Isu Penindasan Pekerja Tempatan Di Mckip Aktivis Hantar Surat Terbuka Kepada Pm


KUANTAN - Rata-rata pekerja tempatan di kilang Alliance Steel (M) Sdn Bhd Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang terletak di Gebeng dekat sini, merayu kepada pihak kerajaan untuk masuk campur masalah yang dihadapi oleh mereka sekarang ini.
Aktivis, Mohd Shukri Mohd Ramli yang banyak mengangkat isu penindasan pekerja di kilang terbabit pada satu kenyataan dalam surat terbukanya berkata, tiba masanya kerajaan Malaysia mengambil perhatian dan membela nasib pekerja di kilang terbabit.
Mereka bukan sahaja ditindas, malahan hak mereka juga dinafikan, kata Shukri.
Terdahulu, Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) itu menyebarkan surat terbuka yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia berkaitan isu tersebut.
"Kes di MCKIP berbeza dengan kes di kilang-kilang lain sebenarnya. Isunya hak pekerja memang sudah lama dinafikan. MCKIP sewenangnya menafikan hak pekerja tempatan dan dalam masa yang sama menggantikan kerja tersebut kepada warga asing terutamanya dari China dan Bangladesh.
"Banyak isu yang kami bangkitkan, namun apa yang paling penting ialah menggesa kerajaan arahkan MCKIP longgarkan syarat pekerja tempatan yang dipaksa tinggal di asrama kilang untuk berulang alik bekerja dari rumah masing-masing," kata kenyataan Shukri.
Pada masa ini katanya, pekerja hanya diberi pilihan mahu bekerja wajib duduk diasrama atau bercuti tanpa gaji.
"Sudah hampir dua bulan pekerja dikurung dan dilarang balik bertemu keluarga, hatta untuk urusan kecemasan sekali pun. Jika ambil cuti maka gaji akan ditolak.
"MCKIP layan pekerja tempatan dah macam buruh paksa. Saya simpati dengan nasib mereka kerana terpaksa berpisah dari anak, isteri dan keluarga gara-gara dipaksa tinggal diasrama, kononnya tidak mahu virus Covid-19 merebak dari luar ke dalam kilang.
" Namun, apa yang berlaku sekarang sudah ada kluster industri ByPass Gebeng yang melibatkan 233 pekerja MCKIP disahkan positif Covid-19. Malah, kes berlaku dari dalam kawasan kilang. Sebab itulah pekerja tempatan merayu duduk di rumah masing-masing bekerja ulang alik," dakwa Shukri lagi.
Difahamkan, lebih 1,000 pekerja tempatan telah dikuarantin di beberpa buah lokasi di Pahang. Ada pekerja yang sudah tamat kuanrantin, namun dihalang masuk ke asrama untuk mengambil barangan mereka yang sudah diselongkar dan disimpan dalam plastik hitam, di stor dalam kawasan kilang terbabit.
"Mereka selongkar dan kemas bilik asrama ketika pekerja dikuarantin tanpa keizinan atas alasan untuk tujuan sanitasi. Kini selepas habis kuarantin, mereka halang masuk dan diarahkan bercuti tanpa gaji. Tidak dibenarkan ambil barang sehingga dipanggil semula pada satu tarikh yang tidak dimaklumkan.
"Mereka cutikan pekerja tempatan, dalam masa yang sama kilang terbabit memungkat pekerja asing China Bangladesh, Acheh dan Rohingya masuk menggantikan tempat pekerja tempatan. Jika kilang ditutup, mungkin tidak jadi masalah sebab tiada operasi. Ini kilang berjalan seperti biasa, pekerja tempatan direhatkan tanpa gaji, pekerja asing dibawa masuk. Inilah penindasan yang berlaku, " dakwa beliau. 
Menurut Shukri, kini timbul pula isu ada pekerja yang menerima notis diberhentikan atau ditamatkan kontrak selepas mereka selesai menjalani kuarantin selama 14 hari baru-baru ini.
"Bayangkan mereka diberhentikan selepas dikuarantin dan balik ke kilang untuk kembali bekerja. Jika nak tamatkan, kenapa perlu 14 hari dikuarantin dulu., baik tamatkan terus.
"Inilah bukti sikap zalim dan penindasan MCKIP terhadap pekerja tempatan. Ini adalah ulangan ribuan pekerja yang dipecat pada tahun lalu (2020) sebenarnya.
"Anehnya, kerajaan seolah-olah tiada kuasa untuk membela nasib pekerja terbabit. Sebab itulah kami terpaksa buat surat terbuka," tambah Shukri lagi.
Difahamkan, surat terbuka sudah dibuat atas nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan Ekonomi, Menteri Besar Pahang, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahli Parlimen Kuantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah.
Selepas ini akan menyusul lagi surat terbuka untuk ditujukan kepada pemimpin politik lain seperti bekas Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan lain-lain lagi.
"Jika isu ini tetap tidak diambil perhatian oleh kerajaan, maka kami terpaksa menghantar surat terbuka kepara Yang Dipertuan Agong dan Pemangku Raja Pahang pula. Apa yang terjadi, kami tetap akan membela rakyat tempatan yang teraniaya ini," katanya. 
Info lanjut surat terbuka beliau kepada Perdana Menteri boleh dilihat di https://angkaraterjah.blogspot.com/2021/07/surat-terbuka-buat-kerajaan-malaysia_18.html?m=1. #PahangDaily


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/isu-penindasan-pekerja-tempatan-mckip.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angkatan Pembela Rakyat Akan Buat Surat Terbuka Gesa Kerajaan Campur Tangan Isu Penindasan Pekerja Tempatan Di Mckip

Angkatan Pembela Rakyat Akan Buat Surat Terbuka Gesa Kerajaan Campur Tangan Isu Penindasan Pekerja Tempatan Di Mckip

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 432 hits
KUANTAN Angkatan Pembela Rakyat hari ini bertegas akan membuat surat terbuka kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang berkaitan isu penindasan pekerja tempatan di kilang besi dan keluli Alliance Steel Sdn Bhd yang terletak di Tam...
Surat Terbuka Kepada Panglima Tni Terkait Tindakan 2 Oknum Anggota Militer Di Merauke

Surat Terbuka Kepada Panglima Tni Terkait Tindakan 2 Oknum Anggota Militer Di Merauke

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 231 hits
YAYASAN KEADILAN DAN KEUTUHAN MANUSIA PAPUA Kepada Yth Panglima Tentara Nasional Indonesia Di JakartaDengan hormat Bersama ini saya ingin menyampaikan keperihatinan saya sebagai pembela Hak Asasi Manusia di tanah Papua atas peristiwa terhad...
Isu Pecat Pekerja Nube Buat 93 Laporan Polis Terhadap Ceo Hsbc

Isu Pecat Pekerja Nube Buat 93 Laporan Polis Terhadap Ceo Hsbc

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 207 hits
July 14 2021 NUBE membuat 93 laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia Berhad Stuart Milne PETALING JAYA Kesatuan Kebangsaan Pekerja pekerja Bank membuat 93 laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Ma...
Tolak Wacana Perpanjangan Ppkm Darurat Didi Riyadi Tulis Surat Terbuka Untuk Presiden

Tolak Wacana Perpanjangan Ppkm Darurat Didi Riyadi Tulis Surat Terbuka Untuk Presiden

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 278 hits
PPKM berdampak pada banyak orang terutama rakyat menengah ke bawah Didi pun mengusulkan 4 alternatif agar perpanjangan tak terjadi
Surat Terbuka Untuk Kaum Intelektual Dan Berhati

Surat Terbuka Untuk Kaum Intelektual Dan Berhati

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 251 hits
PARA HABAIB PARA KYAI Seluruh Rakyat Situbondo yang dimulyakan Allah Swt Untuk mengadakan amar makruf nahi mungkar untuk mengadakan pencerahan dan penyelamatan Ummat ranah politik memang salah satu bidang yang harus digeluti dan didalami un...
Aktivis Buat Laporan Sprm Isu Salah Guna Kuasa Dan Penyelewengan Tanah Di Kuantan

Aktivis Buat Laporan Sprm Isu Salah Guna Kuasa Dan Penyelewengan Tanah Di Kuantan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 249 hits
KUANTAN Satu laporan berkaitan isu salahguna kuasa dan penyelewengan tanah telah di buat oleh aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli di Komplek SPRM Pahang Indera Mahkota dekat sini hari ini Beliau yang tiba pada jam 10 00 pagi tadi memb...
Top Glove Disiasat Pindah 1 600 Pekerja Ke Hotel Sebelum Pkpd

Top Glove Disiasat Pindah 1 600 Pekerja Ke Hotel Sebelum Pkpd

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 269 hits
Top Glove didakwa memindahkan 1 606 pekerjanya dari asrama mereka di Bandar Sunway Petaling Jaya selepas kerajaan mengumumkan PKPD akan dikuatkuasakan mulai 3 Julai lalu PETALING JAYA Polis Selangor memulakan siasatan ke atas pengeluar saru...
18 000 Pekerja Sabah Bakal Divaksin

18 000 Pekerja Sabah Bakal Divaksin

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 285 hits
Sabah sasar 18 000 pekerja sektor industri divaksin KOTA KINABALU Kerajaan Sabah menyasarkan 18 000 pekerja dari 407 kilang pembuatan diberi suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Industri Covid 19 Kerjasama Awam Swasta di Sabah bermula...
Netizen Bengang Lihat Parcel Pelanggan Dibaling Pekerja Syarikat Kurier Terkenal Skmm Akan Siasat Jika Terima Aduan

Netizen Bengang Lihat Parcel Pelanggan Dibaling Pekerja Syarikat Kurier Terkenal Skmm Akan Siasat Jika Terima Aduan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 204 hits
nbsp Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menjalankan siasatan jika menerima aduan berhubung penularan video dipercayai menunjukkan bungkusan barang pelanggan syarikat kurier JnT Express dibaIing Pengerusi SKMM Dr Fadhlullah
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation