Angkatan Pembela Rakyat Akan Buat Surat Terbuka Gesa Kerajaan Campur Tangan Isu Penindasan Pekerja Tempatan Di Mckip




KUANTAN - Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini bertegas akan membuat surat terbuka kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang berkaitan isu penindasan pekerja tempatan di kilang besi dan keluli Alliance Steel (M) Sdn Bhd yang terletak di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng dekat sini.
Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli, 50, berkata tindakan tersebut dilakukan selepas melihat isu yang melanda kilang terbabit tidak  berkesudahan dan pasti akan berterusan. 
Katanya, jika kerajaan menutup mata atas isu yang berlaku maka sampai bila-bila pun rakyat akan disajikan dengan adengan cukup memilukan ini.
"Banyak isu penindasan dan soal kebajikan yang terjadi di kilang ini sejak ia mula beroperasi. Anehnya, ia hanya melibatkan sebahagian brsar pekerja tempatan yang majoritinya berbangsa Melayu.
"Isu paksaan tinggal di asrama, cuti tahunan dan kecemasan dipotong elaun, isu kes Covid-19, isu makanan serta isu kebajikan dan sosial yang lainya. Layanan berat sebelah terhadap pekerja tempatan dengan pekerja warga asing dari negara China dan Bangladesh," kata aktivis rakyat itu.
Beliau mendakwa, bila ada sesuatu kes yang melibatkan pekerja di kilang terbabit, MCKIP hanya akan berpihak kepada pekerja asing tapi pekerja tempatan akan diberikan surat amaran (warning letter).
Pada tahun lepas, seribu lebih pekerja telah diberhentikan tanpa alasan yang kukuh. Malah, pampasan yang ditawarkan juga tudak setimpal dan tidak seperti dijanjikan. 
"Pekerja tetap hanya diberi pampasan gaji sebulan. Pekerja lain apatah lagi. Mereka layan pekerja tempatan umpama pendatang asing tanpa izin (PATI). Tetapi tidak kepada pekerja asing yang memperolehi berbagai keistimewaan," kata Shukri lagi.
Menurutnya, pada masa ini 1,300 pekerja tempatan ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari hingga 20 dan 23 Julai ini. 
"Selepas tamat kuarantin, MCKIP hanya beri dua pilihan iaitu duduk di asrama jika mahu bekerja atau tidak dibayar gaji (unpaid) jika balik ke rumah masing-masing.
"Sudah hampir dua bulan pekerja tempatan dikurung di asrama dan tidak dibenarkan balik. Alasannya Covid-19, namun kini kes merebak pula dari dalam bukan dari luar. Maka sepatutnya pekerja dibenarkan ulang alik dari rumah. Sudah terlalu lama mereka tidak bertemu anak isteri dan keluarga masing-masing sebenarnya," kata Shukri.
MCKIP mendera mental dan fizikal pekerja tempatan seolah-olah mereka"buruh paksa". Inilah bukti kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kilang terbabit.
Dakwa Shukri lagi, Kerajaan Negeri Pahang ada membantu pada tahun lepas (2020), namun isu yang sama  berlaku tahun ini.
"Daripada lebih 4,000 pekerja tempatan kini hanya tinggal seribu lebih sahaja sebab mereka pecat sesuka hati terutamanya bagi pekerja yang bersuara mempertahankan hak yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.
"MCKIP pecat pekerja tempatan dan diganti dengan pekerja warga asing dari negara China dan Bangladesh. Ini jelah menunjukkan kilang terbabit melanggar janji mereka kepada kerajaan Malaysia, iaitu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
"Banyak lagi isu yang berlaku dan kami dedahkan dalam surat terbuka yang akan dihantar kepada Perdana Menteri (Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Haju Md Yasin, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) , Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M Saravanan) , Menteri Komunikasi Dan Multimedia (Datuk Saifuddin Abdullah) dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Rina Harun) ," tambah beliau lagi.
Surat terbuka itu juga akan ditujukan kepada Menteri Besar Pahang (Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail) , Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Pahang (Dato' Sri Johari Hussin)  dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Beserah (Andansura Rabu) .
"Kami turut akan hantar surat tersebut kepada Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan dua bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir, dan kepada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang (Pezman Che Hussin)," tambah beliau.
Surat terbuka akan dihantar pada Isnin ini dan turut akan disebarkan di dalam media sosial dan wartawan media arus perdana serta portal-portal yang berkenaan. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/isu-mckip-angkatan-pembela-rakyat-akan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Penindasan Pekerja Tempatan Di Mckip Aktivis Hantar Surat Terbuka Kepada Pm

Isu Penindasan Pekerja Tempatan Di Mckip Aktivis Hantar Surat Terbuka Kepada Pm

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 391 hits
KUANTAN Rata rata pekerja tempatan di kilang Alliance Steel Sdn Bhd Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia China yang terletak di Gebeng dekat sini merayu kepada pihak kerajaan untuk masuk campur masalah yang dihadapi oleh mereka ...
Yang Di Sana Tu Dah Gaduh Ke Isu Keluar Kerajaan Ni

Yang Di Sana Tu Dah Gaduh Ke Isu Keluar Kerajaan Ni

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 564 hits
PETALING JAYA Pertemuan sekumpulan ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di ibu negara malam tadi memfokuskan hanya satu isu iaitu perlu atau tidak keluar dari kerajaan Perikatan Nasional yang disambut perasaan berbe...
Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 361 hits
Disaat seluruh rakyat terkesan dengan pandemik Covid 19 serta kegagalan kerajaan untuk bertindak cepat di dalam proses vaksinasi Pas yang menjadi sebahagian dari kerajaan PN tetap mengatakan bahawa kerajaan PN ini tidak gagal malah mereka b...
Kerajaan Ph Selangor Sombong Berlagak Pandai Rakyat Terima Padah

Kerajaan Ph Selangor Sombong Berlagak Pandai Rakyat Terima Padah

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 271 hits
Sikap Tunjuk Lagak dan Tunjuk Pandai Punca Covid Jadi Haru Biru Di Selangor Haru biru covid yang berlaku di Selangor sekarang bagi saya bukan sesuatu yang mengejutkan Malah dari awal2 kes covid dulu saya telah jangkakan satu hari akan berla...
Gesa Bantu Rakyat Dan Henti Berpolitik Tpm Tegur Siapa

Gesa Bantu Rakyat Dan Henti Berpolitik Tpm Tegur Siapa

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 363 hits
agendadaily com11 7 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden Datuk Seri Najib Razak antara yang lantang mengkritik kerajaan Perikatan Nasional Semua pihak termasuk ahli politik digesa membantu rakyat dan berhenti b...
Pemuda Umno Gesa Kerajaan Perluaskan Skop Siasatan Rci Tabung Haji

Pemuda Umno Gesa Kerajaan Perluaskan Skop Siasatan Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 457 hits
Ketuanya Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini bagi memastikan kemurnian institusi Islam itu tercapai PETALING JAYA Pemuda Umno menggesa kerajaan memperluaskan skop Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji bagi memastikan kemurnian ins...
Isu Tepis Tangan Dakwa Team Ebit Lew Macam Mafia Ini Reaksi Mengejutkan Oleh Caprice

Isu Tepis Tangan Dakwa Team Ebit Lew Macam Mafia Ini Reaksi Mengejutkan Oleh Caprice

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 315 hits
Siaran langsung oleh Ustaz Ebit Lew yang berlangsung petang tadi telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia
Syok Juga Tanam Nenas Belakang Rumah

Samsung Galaxy Tab S9 Fe Menjadi Pilihan

Singapore S Operation Lalang Against The Catholic Church 1987 Majulah Singapura

How Regular Hvac Maintenance Can Improve Indoor Air Quality Across Kansas Communities

Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

Floods Number Of Evacuees In Sabah S Sook Rises To 392

Rafeah Buang 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

10 Tempat Makan Popular Di Perlis Lunch Sarapan Pagi

Road Tested Purpose Built Moto S Scrambler Bar End Mirrors

5 Alasan Kenapa Agz Bikin Pencinta Drakor Akhirnya Melirik Sinetron Indonesia

Makan Kenduri Kesyukuran Aqiqah Pontian

Pagi Ahad Sarapan Pagi Kenangan