Isu Musang King Raub Samka Kumpul 400 Tanda Tangan Yang Akan Diserahkan Pada Pm Dan Sultan Pahang




RAUB: Save Musang King Alliance (SAMKA) mengumpul sekitar 400 tandatangan dalam masa kurang tiga jam hari ini untuk petisyen bagi menuntut supaya operasi penebangan pokok durian oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) di tanah yang menjadi pertikaian, dihentikan.
Menurut penasihat SAMKA yang juga Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui, petisyen itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
“Lebih 1,000 pokok durian Musang King telah dimusnahkan menggunakan jentolak dalam operasi penguatkuasaan berskala besar yang berlangsung sejak tiga hari lalu.
“Banyak pokok tersebut berusia lebih 40 tahun, dan merupakan hasil penat lelah seumur hidup para pekebun,” kata Chow dalam kenyataan hari ini.
Semalam, berlaku pertembungan antara pekebun durian di Raub dengan anggota UPNP ketika pihak penguat kuasa sedang menebang pokok Musang King di tanah yang menjadi pertikaian yang terletak berhampiran Sungai Klau.
Pada 9 April lalu, Malaysiakini melaporkan sekumpulan pekebun durian mendakwa kerajaan Pahang telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King.
Bagaimanapun, kerajaan Pahang menafikan pihaknya melanggar perintah mahkamah. Penasihat Undang-undang Pahang Saiful Edris Zainuddin berkata pokok-pokok tersebut berada di atas tanah yang diceroboh secara haram, dan justeru tidak dilindungi oleh perintah mahkamah.
Mahkamah Rayuan juga telah menolak permohonan pekebun untuk menangguhkan perintah pengusiran atas alasan pemohon tidak mengikut prosedur undang-undang yang betul, kata Saiful lagi,  sambil menegaskan tanah berkenaan adalah milik kerajaan.
Hari ini, Chow berkata pekebun durian di Raub mengemukakan tiga tuntutan utama, iaitu operasi penebangan pokok dihentikan serta-mera, rundingan diadakan antara kerajaan negeri dan para pekebun dan alternatif pengusiran yang adil dan mampan serta tanpa kekerasan.
Dia turut menegaskan bahawa isu “kebun haram” ini merupakan isu negarayang melibatkan puluhan ribu pekebun yang bekerja di atas tanah yang tidak mempunyai hak milik.
“Pekebun bersedia untuk membayar cukai tanah, sewa atau bayaran munasabah lain mengikut undang-undang. Namun, permohonan mereka untuk mendapatkan lesen selama bertahun-tahun telah diabaikan.
“Oleh itu, mereka menggesa kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan meja bulat dengan para pekebun bagi mencari penyelesaian menang-menang yang membolehkan mereka terus menyumbang kepada sektor pertanian negara dan ekonomi tempatan,” katanya. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/isu-musang-king-raub-samka-kumpul-400.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penceroboh Haram Musang King Raub Sekat Laluan Pegawai Unit Penguatkuasa Negeri Pahang

Penceroboh Haram Musang King Raub Sekat Laluan Pegawai Unit Penguatkuasa Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 120 hits
RAUB Tiada kejadian rusuhan melibatkan pekebun durian dan pegawai Unit Penguat Kuasa Negeri Pahang yang disekat ketika melalui jalan di kawasan Pekan Klau seperti yang tular dalam Facebook Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril ...
Musang King Raub Pas Pahang Tuntut Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kes Ceroboh Tanah Kerajaan

Musang King Raub Pas Pahang Tuntut Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kes Ceroboh Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 130 hits
KUANTAN PAS Pahang hari ini mendesak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dalam isu penerokaan tanah kerajaan untuk ditanam pokok musang king di Raub Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Ros...
Kes Kebun Durian Musang King Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi Samka Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Kes Kebun Durian Musang King Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi Samka Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 129 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance Wilson Chang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam oper...
Isu Kebun Durian Musang King Haram Muda Pahang Syor Agar Kerajaan Tubuhkan Siasatan Diraja

Isu Kebun Durian Musang King Haram Muda Pahang Syor Agar Kerajaan Tubuhkan Siasatan Diraja

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 131 hits
KUANTAN Parti Ikatan Demokratik Malaysia Pahang mengesyorkan agar Siasatan Diraja ditubuhkan ekoran isu pencerobohan haram tanah kerajaan oleh pekebun durian di negeri ini Pemangku Pengerusinya Ahmad Zarul Afiq Arifudin berkata RCI itu juga...
Isu Musang King Raub Aktivis Desak Supaya Penceroboh Haram Dan Pelindung Mereka Diheret Ke Mahkamah

Isu Musang King Raub Aktivis Desak Supaya Penceroboh Haram Dan Pelindung Mereka Diheret Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 131 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang disaran membawa semua penceroboh tanah haram kebun durian musang king ke mahkamah tanpa perlu melayan sebarang bentuk rundingan daripada pihak itu Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli berkata pihak yang bersekon...
Kes Kebun Haram Musang King Ahli Parlimen Raub Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghalang Penjawat Awam

Kes Kebun Haram Musang King Ahli Parlimen Raub Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghalang Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 138 hits
RAUB Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui ditahan polis petang ini kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas semasa Op Sekat 3 0 di sini minggu lalu Perkara itu dimaklumkan melalui satu hantaran oleh pentadbir Facebook Yu Hui seb...
Bersatu Pahang Mahu Ahli Parlimen Raub Henti Manipulasi Isu Ladang Durian Usah Kelirukan Rakyat

Bersatu Pahang Mahu Ahli Parlimen Raub Henti Manipulasi Isu Ladang Durian Usah Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 131 hits
KUANTAN Penasihat gerakan Save Musang King Alliance Chow Yu Hui perlu berhenti mengelirukan rakyat dalam hal berkaitan tindakan kerajaan Pahang menebang pokok durian ditanam secara haram di Sungai Klau dekat Raub Pahang kelmarin Timbalan Pe...
Operasi Penguatkuasaan Kebun Musang King Polis Pahang Nafi Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia

Operasi Penguatkuasaan Kebun Musang King Polis Pahang Nafi Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 118 hits
KUANTAN Angkatan Tentera Malaysia tidak terlibat dalam operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub seperti yang tular di media sosial sejak semalam Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata setakat ini tiada pergerakan mahupun ...
Samka Gathers 400 Signatures To Be Brought To Pm Pahang Ruler

Samka Gathers 400 Signatures To Be Brought To Pm Pahang Ruler

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 107 hits
Save Musang King Alliance gathered around 400 signatures today in under three hours for its petition to halt durian tree felling operations by the Pahang State Enforcement Unit on disputed land The petition will be brought to Prime Minister...
The Rise Of Haptic Feedback Technology In Virtual Training

Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku Kpdn

Isyarat Protes Rafizi Sedia Undur Diri Dari Parti Dan Kabinet Anwar

Kerajaan Terengganu Didakwa Menindas Pengusaha Kebun Kelapa

Dr Dzulkefly Reda Gp Nak Protes Tak Halang Tapi Harap Faham Perjuangan Kkm

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Lirik Lagu Lebih Indah Berpisah Bella Astillah Ade Govinda

Ada Modal Satu Bonus Untuk Pencapaian Segera

Another Projek Dan Kontrak Gone Wrong

Public Roads Off Limits For E Scooters Says Melaka Rtd

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T