Isu M Kesihatan Air Panas Buktikan Lks Tak Reti Bahasa





KETIKA  semua manusia yang ada perasaan sedang memerhatikan dengan serius perkembangan keadaan terkini wabak COVID-19 yang melanda negara kita yang tercinta ini, tiba-tiba muncul watak pengacau yang sangat dibenci oleh rakyat Malaysia yang waras di dalam media sosial.Isunya cukup mudah. Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan mengatakan minum air panas boleh membantu menyahkan virus masuk ke dalam perut yang kemudian akan kalah dengan asid di situ. Kemudiannya saranannya mendapat bantahan dari ramai doktor-doktor.Selepas itu, ia menjadi tular dan Pak Menteri ditertawakan orang dengan berbagai lawak yang diposkan oleh mereka. Bagi saya yang tidak tahu tentang ilmu perubatan, pada mulanya berfikir, ikut kamulah Menteri, siapa yang suruh cari pasal, buat kenyataan kelakar.Setelah itu saya membaca satu kenyataan dari Lim Kit Siang yang telah cuba menjadikan isu ini bagaikan satu kesalahan Dr Adham yang sangat serius, sehingga meminta beliau ditukarkan atas alasan negara tidak memerlukan pelawak ketika waktu genting sebegini. Saya terfikir perkara lain.Dan sebelum itu, saya juga mendapat mesej dari doktor yang mengatakan Dr Adham menjadi bahan lawak oleh doktor-doktor dari ‘satu kaum’ dalam kumpulan aplikasi WhatsApp. Hanya ‘satu kaum’, tiada bangsa lain dalam kumpulan itu yang mempermainkan Dr Adham. Saya mula ragu dan mencari bahan. Ia seperti sokongan kepada LKS supaya Menteri dilihat bodoh, perlu ditukar. Ianya gerakan berkumpulan.Alhamdulillah, saya menjumpai sedikit perkongsian dari doktor pakar yang lain. Dr Amalina dan Dr Imelda dalam kenyataan mereka, tidaklah sampai menghina apa yang mereka katakan sebagai kesilapan mitos Dr Adham, cuma dakwa mereka tiada bukti saintifik. Seorang rakan saya doktor pakar pun begitu. Dia jelas tidak setuju, tetapi malas komen. Saya cari lagi dan berjumpa komen pakar lain.Baik, Dr Adham melakukan kesalahan. Saya ambil ini sebagai pegangan. Ia menyalahi WHO. Tetapi ianya tidak memudharatkan kerana saranan beliau hanya minum air suam. Jika kita minum sekalipun, tak akan ada apa-apa terjadi. Hanya virus sahaja yang tak dibuktikan turun ke perut. Tetapi meminum banyak air suam, adalah digalakkan. Itu tiada siapa yang nafikan. Titik.Tetapi apabila Lim Kit Siang mencadangkan supaya Dr Dzulkefly Ahmad diangkat kembali bagi mengetuai Kementerian Kesihatan, maka mata rakyat yang bijak seharusnya menjadi terbeliak kerana kesalahan Dr Dzul lebih parah. Beliau tidak menyekat pergerakan rakyat ke China yang ketika itu sedang dilanda wabak yang diisytiharkan oleh WHO.Setelah keputusan diambil Dr Dzul ketika itu tidak mengendahkan dengan pengumuman WHO konon takut panik, adakah beliau sekali lagi dicadang diangkat menjadi Menteri? Kegilaan apakah atas cadangan ini? Apa jasa besar yang Dr Dzul lakukan sehingga kita mesti meletakkan sekali lagi nyawa rakyat Malaysia dalam risiko?Dapatkah kita membezakan, antara mengajak rakyat minum air suam dan salah menerangkan virus akan terhapus kerana air suam itu, dengan kesalahan menyanggahi WHO bagi menyelamatkan negara dan menuduh pula WHO yang menasihat itu sebagai hanya menyusahkan kerana rakyat panik? Dan, rakyat majoritinya bersetuju tindakan lambat PH dahululah yang menjadikan keadaan kini semakin parah. Mereka mahu rakyat melupakannya.Jadi jelas, Lim Kit Siang belum puas menari di pentas politik dengan politik jeleknya. Dia pernah berjanji akan meletakkan jawatan jika sekiranya Tun Mahathir tidak menyerahkan jawatan PM kepada Anwar. Nah sekarang, inilah masanya bagi dia bersara dari persada politik Malaysia.Tidak boleh cara baik, cara jahat dibuatnya. Sedang rakyat berkabung dengan kematian demi kematian, kes demi kes, dia cuba mengangguk di air keruh bagi kepentingan politiknya. Memang dasar kurang ajar, tidak tahu adab berpolitik, dalam keadaan negara perlukan kesatuan, kepercayaan antara satu sama lain, dia kelihatan cuba memecahkan. Sungguh ‘tak reti bahasa’ LKS ini.Lihatlah semua wahai rakyat, sama ada Melayu, Cina dan India yang cintakan negara, politik penipuan yang dibawakan oleh DAP ini, sebenarnya sudah berakhir. Apa yang mereka mahukan ialah memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja, bukan kepentingan negara. Bukan hanya DAP, bahkan PH keseluruhannya.Buktinya lagi, ketika negara dalam keadaan cemas begini, Ulamak PAN yang sudah sangat lama disimpan dalam peti sejuk, keluar mengemukakan fatwanya, bukan berkenaan isu terkait dengan masalah wabak yang menyerang negara sekarang, tetapi fatwa dosa besar jika mengkhianati amanah Kerajaan Pakatan Harapan. Apa kata anda? Bukankah itu mementingkan diri?Anwar pula tidak habis-habis melalak-lalak memberitahu dunia yang Tun Mahathir menipu dia. Bak kata P.Ramlee “Kamu kan tahu dia tu penipu, muka dia pun muka penipu. Yang kamu berdua bijak pandai yang boleh kena tipu dengan dia tu, pasal apa? Kamu berdua yang bodoh”. Saya yakin semua bersetuju dengan ayat P. Ramlee ini.Tetapi dalam episod ini, yang paling menyedihkan ialah ada lagi Melayu-Islam yang cukup dungu, masih mengharapkan kemenangan DAP sekali lagi. Mereka tetap gagah menyokong DAP ini. Gembira sungguh mereka dengan lawak Dr Adham itu, bagaikan menang PRU, bagaikan negara mereka dapat tawan kembali. Setia sungguh mereka dengan DAP. Apa yang DAP kutuk, mereka kutuk sama, bagaikan kumpulan koir, berpadu suara mereka bersama-sama mengikut arahan konduktor muzik. Dulu mereka tuduh PAS ambil rasuah RM90 juta. Kemudian ‘kerajaan pintu belakang’, mereka pun ikut kata. Sekarang sudah diam kerana ditegur Tuanku. Tidakkah kamu malu dan mahu berubah?Berbakul kenyataan lawak Menteri-menteri PH dahulu yang boleh kita arkibkan. Tetapi mereka perasan yang merekalah yang terbaik. Sama seperti isu air suam tadi, tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan kebodohan Menteri-menteri PH akan menyelamatkan Malaysia. Tiada langsung. Apatah lagi peratusan undi popular mereka lebih rendah dari PN.Cukuplah kita semua berpolitik ala DAP ini. Mereka tahu segala isu yang mahu mereka bangkitkan, tidak lagi akan dilayan oleh rakyat kerana kepercayaan rakyat terhadap pimpinan negara. Maka lama kelamaan jika ini berterusan mereka akan hilang dari radar dan sememangnya mereka mesti dihilangkan kerana tiada keperluan kewujudan mereka ini. Maka mereka mesti memusnahkan reputasi Kerajaan PN, bermain politik, walaupun dalam keadaan meruncing begini. Jadi bagi memastikan Malaysia aman tanpa pemecah kesatuan negara, marilah kita menyokong kerajaan sekarang yang berada dalam keadaan yang sangat mencemaskan. Kita bantu pasukan hadapan negara. Jangan dilayan LKS dan pakatannya itu yang menyusahkan negara.MOHD NASIR ABDULLAH 
23 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 23/3/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/isu-mkesihatan-panas-buktikan-lks-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virus Ini Tak Suka Air Panas Beri Petua Mitos Menteri Kesihatan Dikritik Doktor Netizen

Virus Ini Tak Suka Air Panas Beri Petua Mitos Menteri Kesihatan Dikritik Doktor Netizen

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 750 hits
Gara gara memberi petua minum air suam dapat menghalang virus Covid 19 Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dikritik oleh pengamal perubatan dan netizen Dalam program bual bicara TV1 petang semalam Adham berkata amalan meminum air suam dapat men...
Najib Mengaku Komen Air Suam Menteri Kesihatan Kurang Bijak

Najib Mengaku Komen Air Suam Menteri Kesihatan Kurang Bijak

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 378 hits
BORHAN AHMAD Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai air suam sebelum ini sebagai kurang bijak Sehubungan itu beliau mempertikaikan tindakan DAP yang sentiasa me...
Minum Air Bawang Putih Panas Sebelum Tidur Dan Bangun Tidur

Minum Air Bawang Putih Panas Sebelum Tidur Dan Bangun Tidur

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 342 hits
Selain berfungsi sebagai anti bakteria bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser Menjadi satu budaya di Korea dimana orang orang tua memakan bawa...
Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan

Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 295 hits
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan Biar betul minum air kosong pun boleh memudaratkan kesihatan Pok Ucu Seolah oleh tidak pecaya yang minum...
Dr Amalina Sangkal Menteri Kesihatan Tiada Bukti Petua Minum Air Suam Elak Covid 19

Dr Amalina Sangkal Menteri Kesihatan Tiada Bukti Petua Minum Air Suam Elak Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 500 hits
Malaysiakini Doktor pakar bedah Dr Amalina Bakri menyangkal petua daripada Menteri Kesihatan Dr Adham Baba supaya orang ramai digalakkan minum air panas bagi mengelakkan jangkitan Covid 19 Ia bukan nasihat dan tiada bukti di sebalik syor in...
Doktor Bidas Doktor Kerana Air Panas Bunuh Covid19

Doktor Bidas Doktor Kerana Air Panas Bunuh Covid19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 303 hits
Seorang lagi doktor pakar tampil menyanggah petua yang dicadangkan oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengenai kaedah melawan virus berbahaya yang menyebabkan Covid 19 Kali ini orang itu ialah bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon ...
Menteri Kesihatan Jangan Kelirukan Rakyat Air Suam Untuk Kekal Hidrat Bukannya Cegah Covid19

Menteri Kesihatan Jangan Kelirukan Rakyat Air Suam Untuk Kekal Hidrat Bukannya Cegah Covid19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 376 hits
WHO sebelum ini menolak dakwaan air suam boleh mencegah jangkitan Covid 19 Persatuan Perubatan Malaysia menolak dakwaan meminum air suam dapat mencegah jangkitan Covid 19 Ia berkata demikian susulan pengguna media sosial termasuk pakar kesi...
Keadaan Isteri Makin Kritikal Tapi Dia Berdiri Disitu Setia Menanti Air Mata Lelakinya Bertakung Tahan Sedih

Keadaan Isteri Makin Kritikal Tapi Dia Berdiri Disitu Setia Menanti Air Mata Lelakinya Bertakung Tahan Sedih

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 510 hits
Melihat sekeping gambar yang tular ini sungguh hati manusia pasti sayu Sedih melihat penderitaan yang ditanggung suami ini Tiada satu kata pun dapat mengambarkan perasaanya Pasti seluruh jiwa terasa lumpuh apabila pasangan diuji dengan kesa...
Who Sangkal Dakwaan Minum Air Masak Lindungi Dari Covid 19

Who Sangkal Dakwaan Minum Air Masak Lindungi Dari Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 479 hits
WHO Sangkal Dakwaan Minum Air Masak lindungi dari Covid 19Sebelum ini WHO telah menyangkal pendapat ini melalui twitter rasminya maklumat ini mesti disebarkan kerana bimbang ramai mempercayai nasihat salah yang diberikan oleh Menteri Kesiha...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip