Doktor Bidas Doktor Kerana Air Panas Bunuh Covid19


Seorang lagi doktor pakar tampil menyanggah 'petua' yang dicadangkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, mengenai kaedah melawan virus berbahaya yang menyebabkan Covid-19.

Kali ini orang itu ialah bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Katanya, meminum air suam bukanlah cara yang berkesan untuk merawat atau mencegah virus yang setakat petang ini meragut nyawa hampir 10 orang di negara ini.

Menurut beliau, hal yang sama juga berlaku jika pesakit Covid-19 meminum alkohol, seperti yang dilaporkan di Iran.

"Walaupun suhu panas dan air panas boleh membunuh virus, anda sebenarnya perlu menyiram air panas ke dalam paru-paru dan ini akan membanjiri paru-paru, sekali gus membunuh pesakit sebelum virus itu mati!" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin - semasa temu bual bersama RTM - Adham menyatakan virus "tidak suka panas" dan ia akan dinyahkan dari kerongkong sehingga "kalah" apabila memasuki perut yang berasid.

Bagaimanapun kenyataan tersebut mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk dalam kalangan pakar perubatan. Seorang daripada mereka ialah Dr Amalina Bakri yang berkhidmat di United Kingdom.


Bukan cuma di tekak

Kepecayaan sebegitu juga sudah dinafikan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada akhir Feb lalu dan badan tersebut menganggap ia sebagai suatu mitos.

Adham ialah ialah ahli parlimen Umno mewakili kawasan Tenggara di Johor. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menggantikan menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Dr Dzulkefly Ahmad.

Petang tadi, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, menganggap Adham sebagai seorang "pelawak" kerana memberikan kenyataan berkenaan air suam itu.

Lee berkata saluran pernafasan manusia mempunyai laluan yang berbeza daripada sistem gastrointestinal walaupun ia berkongsi kawasan umum di dalam kerongkong.

"Semasa kita makan atau minum, ada mekanisme untuk mencegah makanan atau minuman itu masuk ke dalam paru-paru.

"Apabila makanan atau minuman secara tidak sengaja memasuki paru-paru, ia menyebabkan pneumonia aspirasi dan akibatnya adalah serius.

"Covid-19 adalah jangkitan saluran pernafasan khususnya di saluran pernafasan yang lebih mendalam. Bagi pesakit yang dijangkiti, virus ini berada terutamanya di saluran pernafasan dalam dan bukan hanya di tekak," katanya.

Menurut ahli parlimen Gopeng itu lagi, cara terbaik mencegah jangkitan Covid-19 ialah dengan kerap membasuh tangan, mengelak daripada menyentuh muka, duduk di rumah dan menggunakan penutup hidung dan mulut semasa berada di tempat awam.

"Duduk di rumah dan patuhi perintah kawalan pergerakan," katanya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/doktor-bidas-doktor-kerana-air-panas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuaca Panas Tidak Mampu Bunuh Virus Covid19 Dr Rafidah

Cuaca Panas Tidak Mampu Bunuh Virus Covid19 Dr Rafidah

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 370 hits
Pakar perunding buah pinggang Dr Rafidah Abdullah menyanggah dakwaan koronavirus boleh dibunuh dengan cuaca panas Cuaca panas tidak membunuh Covid 19 Benda yang tak betul diperbesarkan Adakah ini bertanggungjawab catatnya di Twitter Cuaca p...
Virus Ini Tak Suka Air Panas Beri Petua Mitos Menteri Kesihatan Dikritik Doktor Netizen

Virus Ini Tak Suka Air Panas Beri Petua Mitos Menteri Kesihatan Dikritik Doktor Netizen

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 779 hits
Gara gara memberi petua minum air suam dapat menghalang virus Covid 19 Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dikritik oleh pengamal perubatan dan netizen Dalam program bual bicara TV1 petang semalam Adham berkata amalan meminum air suam dapat men...
Dr Rafidah Dr Amalina Bidas Laporan Cuaca Panas Membunuh Covid 19 Adalah Kurang Tepat

Dr Rafidah Dr Amalina Bidas Laporan Cuaca Panas Membunuh Covid 19 Adalah Kurang Tepat

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 398 hits
Ekoran dari penularan wabak COVID 19 yang semakin membimbangkan ada segelintir pihak mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan mengenai pencegahan virus itu secara umum Dr Rafidah Dr Amalina Bidas Laporan Cuaca Panas Membunuh Covid 19 Ada...
Doktor Bidas Pengasas Kosmetik Tukar Karier Buat Hand Sanitizer Berkeliaran Cari Pelanggan

Doktor Bidas Pengasas Kosmetik Tukar Karier Buat Hand Sanitizer Berkeliaran Cari Pelanggan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 330 hits
DALAM waktu waktu genting seperti ini nampaknya masih ada lagi pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan dengan menjual cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer tiruan Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan pelbagai jenama h...
Menteri Kesihatan Jangan Kelirukan Rakyat Air Suam Untuk Kekal Hidrat Bukannya Cegah Covid19

Menteri Kesihatan Jangan Kelirukan Rakyat Air Suam Untuk Kekal Hidrat Bukannya Cegah Covid19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 399 hits
WHO sebelum ini menolak dakwaan air suam boleh mencegah jangkitan Covid 19 Persatuan Perubatan Malaysia menolak dakwaan meminum air suam dapat mencegah jangkitan Covid 19 Ia berkata demikian susulan pengguna media sosial termasuk pakar kesi...
Cara Mudah Refund Atau Ubah Tiket Penerbangan Air Asia Kerana Covid19

Cara Mudah Refund Atau Ubah Tiket Penerbangan Air Asia Kerana Covid19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 771 hits
AssalamualaikumSeharusnya pada 24 Mac ini acik bakal ke Jogjakarta untuk bercuti bersama sama kawan kawan untuk backpacker Semua sudah disiapkan tinggal pergi sahaja Jika diikutkan sifat pentingkan diri acik teruskan sahaja tetapi demi utam...
Doktor Dari Us Puji Usaha Malaysia Tangani Covid19

Doktor Dari Us Puji Usaha Malaysia Tangani Covid19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 361 hits
Wabak Covid 19 di Malaysia semakin meruncing Hari demi hari jumlah pesakit positif dan angka kematian bertambah tinggi Ketika pihak Kementrian Kesihatan Malaysia berhempas pulas melawan wabak ini masih ada netizen mempertikaikan usaha merek...
Covid19 Doktor Menjadi Mangsa Kesembilan Meninggal Dunia

Covid19 Doktor Menjadi Mangsa Kesembilan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 554 hits
DOKTOR menjadi mangsa kesembilan meninggal dunia akibat Covid 19 hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa warga Malaysia berusia 48 tahun adalah kes ke 890 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki Mang...
Isu M Kesihatan Air Panas Buktikan Lks Tak Reti Bahasa

Isu M Kesihatan Air Panas Buktikan Lks Tak Reti Bahasa

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 328 hits
KETIKA semua manusia yang ada perasaan sedang memerhatikan dengan serius perkembangan keadaan terkini wabak COVID 19 yang melanda negara kita yang tercinta ini tiba tiba muncul watak pengacau yang sangat dibenci oleh rakyat Malaysia yang wa...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

Setiap Orang Ada

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Tersentuh Sebab Surah Maryam

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tehyeash Cafe Baling Kedah

Radzi Ganti Peja Ketua Penerangan Pn

Iqoo Neo 10 Akan Tiba Telefon Gaming Pertama Guna Snapdragon 8s Gen 4 Di Malaysia

Orang Ramai Diingatkan Agar Jangan Terpedaya Akaun Tiktok Palsu Guna Nama Tengku Ampuan Pahang

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Buah Jambu Air Hijau