Isu Liwat Kalimah Allah Umno Pas Tak Boleh Harap Bela Melayu



Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai undang-undang syariah berhubung enakmen seks luar tabii di Selangor dan keputusan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjadi isu panas dalam sebulan kebelakangan ini.
Keadaan lebih mendesak apabila kerajaan 95% Melayu-Islam Perikatan Nasional (PN) tidak memberikan komen yang diharapkan sebagai pemerintah dalam kedua-dua isu berkenaan.
Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, kedua-dua kes tersebut telah mencabar kewibawaan Umno dan Pas sebagai parti Melayu kerana mereka begitu hebat menghentam kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya anti Islam sepanjang pemerintahan 22 bulan yang lalu.
“Kita diberi gambaran (baru-baru ini), di mana mahkamah membuat perisytiharan bahawa tindakan pihak berkuasa menyekat penggunaan kalimah Allah (oleh bukan Islam) bersalahan dengan undang-undang. Selain memutuskan bahawa kalimah tertentu yang tidak dibenarkan kepada kalangan bukan Islam juga diisytiharkan sebagai tidak menurut undang-undang.
“Sebelum itu, kes di Mahkamah Persekutuan mengenai seks luar tabii yang keputusannya sebulat suara bahawa kesalahan liwat (yang) dibuat oleh pihak (kerajaan) negeri diisytiharkan sebagai tidak sah.
“Apa yang menarik dalam kes yang melibatan soal kalimah Allah yang melibatkan satu tindakan (saman) dari seorang wanita di Sarawak mendapat respons yang pantas dari pihak Umno dan Pas.
“Berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes kes seks luar tabii itu, kali ini kedua-dua pihak ini segera mengambil sikap.
“Namun setakat membuat rayuan (di mahkamah lebih tinggi) saja, itu sesiapa pun boleh buat. Sepatutnya pihak yang ada akses kepada kuasa pemerintahan berbuat lebih daripada itu.
“Ini melibatkan mekanisme, sistem, inisiatif dan sebagainya,” katanya dalam siaran langsung Facebook rasmi beliau, malam tadi.
Justeru, Ketua Pembangkang DUN Perak itu bersetuju dengan keresahan sebuah NGO memperjuangkan hak-hak Melayu-Islam beberapa hari lalu, yang kecewa dengan langkah hambar diambil Umno dan Pas berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah.
“Yang menarik disebutkan, salah satu NGO yang aktif dalam isu-isu ini mereka jelas mengkritik Umno dan Pas yang antara lain menyebut parti yang ada kuasa tidak seharusnya mengkritik semata-mata. Sama seperti yang saya sebutkan sebelum ini, sebagai pihak berkuasa mereka harus bertindak sebagai kerajaan.
“Ada langkah yang proaktif menangani isu, itu kita masih tidak nampak. Itu menyebabkan NGO Melayu berkenaan kecewa dengan Umno dan Pas yang tidak berguna jadi kerajaan.
“Begitu juga menteri yang diberi potforlio agama masih senyap, masih menunggu, tak tahu apa hendak ditunggu,” katanya.
Oleh itu, Dr Aziz menyeru rakyat memikirkan semula sokongan mereka kepada Umno dan Pas pada Pilihan Raya Umum ke 15. Bukan sahaja sebab kegagalan menunaikan janji membela bangsa dan agama tetapi, katanya, kedua-dua parti tidak ada idea apa yang seharusnya dilakukan bagi membetulkan keadaan.
“Mereka tak ada idea macam mana nak menangani isu ini. Kata mudahnya Umno dan Pas tidak boleh diharap jaga kepentingan orang Islam dan Melayu.
“PH pula apa yang boleh dibuat (dalam hal ini)? Kita ada benda yang mahu dibuat. Sekarang ini walaupun kita menerima keputusan mahkamah tetapi ada perkara yang perlu diperbaiki.
“Ini memerlukan beberapa langkah di pihak kerajaan dan Parlimen perlu menjelaskan. (Anehnya dalam hal ini) ahli akademik yang condong kepada PN tidak memberikan pandangan.
“Atau pun ada pandangan tetapi kerajaan sibuk membeli Ahli Parlimen sehingga mereka tak peduli dengan kebajikan orang Islam dan Melayu. Saya ingatkan rakyat kena nyahkan Umno dan Pas (dalam PRU) kerana tidak boleh diharap,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31746

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejak Awal Isu Kalimah Allah Yang Dimainkan Pas Umno Bukan Soal Aqidah Tetapi Politik

Sejak Awal Isu Kalimah Allah Yang Dimainkan Pas Umno Bukan Soal Aqidah Tetapi Politik

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 317 hits
March 12 2021 KALIMAH ALLAH DAN KONSEP KALIMATUN SAWAA Sejak awal isu Kalimah Allah yang dimainakan UMNO dan PAS bukanlah menyentuh soal Aqidah Tetapi Politik Sudah lama Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah di dalam Bible ...
Umno Pas Akan Guna Isu Kalimah Allah Raih Populariti Pru15 Kata Baru Bian

Umno Pas Akan Guna Isu Kalimah Allah Raih Populariti Pru15 Kata Baru Bian

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 244 hits
Umno PAS akan guna isu kalimah Allah raih populariti PRU15 kata Baru Bian Dikemas kini 57 minit yang lalu Diterbitkan pada
Zulkifli Perlu Bertegas Isu Kalimah Allah

Zulkifli Perlu Bertegas Isu Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 204 hits
PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri disaran lebih tegas berhubung isu kalimah Allah berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaannya oleh penga nut Kristian Pensyarah Kanan Kolej...
Sarawak Dcm Tells Umno Pas Not To Interfere With Allah Ruling

Sarawak Dcm Tells Umno Pas Not To Interfere With Allah Ruling

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 237 hits
Sarawak Deputy Chief Minister James Masing chastised Umno and PAS over their call for the government to appeal a court ruling on the use of the word Allah This is after the that a Sarawakian Christian had the right to use the word Allah for...
Zaman Pas Memerintah Orang Kafir Boleh Guna Perkataan Allah

Zaman Pas Memerintah Orang Kafir Boleh Guna Perkataan Allah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 255 hits
March 10 2021 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah Allah pada tahun 1986 kepada masyarakat bukan Islam Justeru mahkamah sama memutuskan seo...
Awani Ringkas Muktamad Isu Kalimah Allah Hari Ini Malaysia Tetap Beli Astrazeneca

Awani Ringkas Muktamad Isu Kalimah Allah Hari Ini Malaysia Tetap Beli Astrazeneca

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 504 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Resolusi Isu Kalimah Allah Dimuktamadkan Esok

Resolusi Isu Kalimah Allah Dimuktamadkan Esok

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR 1 Syaaban 1442H Isnin Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata satu pertemuan dengan mufti di seluruh negara dan pakar undang undang bagi memuktamadkan resolusi berkaitan isu kalima
Kerajaan Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Isu Kalimah Allah

Kerajaan Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Isu Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 276 hits
Oleh SEPERTI mana desakan ramai umat Islam kerajaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi minggu lalu yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam kalangan bukan Islam Notis rayuan itu difa...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord