Kerajaan Fail Rayuan Keputusan Mahkamah Isu Kalimah Allah


Oleh UtusanTV
SEPERTI mana desakan ramai umat Islam, kerajaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi minggu lalu yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam kalangan bukan Islam.
Notis rayuan itu difailkan pagi ini di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Salinan notis itu turut diberikan kepada Pendaftar Mahkamah Rayuan dan firma peguam yang mewakili wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengesahkan rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia itu , menurut laporan BERNAMA.
Dalam notis rayuan difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, ia menyatakan rayuan itu dibuat selepas tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin pada 10 Mac lepas.
“Perayu (Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia) merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap  keseluruhan keputusan tersebut,” kata notis itu.
Hakim Nor Bee sebelum ini mendengar kes itu semasa menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Kini beliau adalah Hakim Mahkamah Rayuan.
Dalam keputusannya, Nor Bee memutuskan kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.
Selain kalimah Allah, tiga lagi perkataan yang dibenarkan dalam penerbitan bahan agama Kristian ialah “Kaabah’, Baitullah dan ‘solat’.
Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata arahan oleh KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional.
Isu ini bermula 13 tahun lepas apabila Jill Ireland memulakan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan CD (cakera padat) yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008, sebaik tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.
CD berkenaan bertajuk ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’.
Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar penyitaan CD tersebut serta memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian.
Baca artikel berkaitan: Wajib rayu keputusan kalimah Allah, noktah

UMNO dan Pas serta puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menerusi Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) sebelum ini menggesa kerajaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/kerajaan-fail-rayuan-keputusan-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalimah Allah Pas Beri Sokongan Kepada Kdn Failkan Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi

Kalimah Allah Pas Beri Sokongan Kepada Kdn Failkan Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu penggunaan kalimah Allah bersama tiga perkataan Arab dalam bahan penerbitan Kristian wajar diperhalusi semula Menurut Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad tindakan Kementerian Dalam N...
Kalimah Allah Keputusan Mahkamah Titik Hitam Perjuangan Martabat Perundangan Islam

Kalimah Allah Keputusan Mahkamah Titik Hitam Perjuangan Martabat Perundangan Islam

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 314 hits
BANGI 26 Rejab 1442H Rabu Kebenaran kepada penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama untuk mendidik ahli dalam komuniti mereka merupakan salah satu daripada titik titik hitam yang telah...
Video Tular Isu Kalimah Allah Pdrm Kenal Pasti Individu Bertanggungjawab Sebar Kenyataan Berbaur Hasutan

Video Tular Isu Kalimah Allah Pdrm Kenal Pasti Individu Bertanggungjawab Sebar Kenyataan Berbaur Hasutan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 260 hits
733 total views 502 views today KUALA LUMPUR Polis telah mengenal pasti pemilik akaun sebuah laman sosial yang dilihat cenderung menghasut orang ramai menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian Pengarah Jabatan Siasatan...
Awani Ringkas Muktamad Isu Kalimah Allah Hari Ini Malaysia Tetap Beli Astrazeneca

Awani Ringkas Muktamad Isu Kalimah Allah Hari Ini Malaysia Tetap Beli Astrazeneca

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 603 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Isu Kalimah Allah Retakkan Kesepakatan Dalam Pn

Isu Kalimah Allah Retakkan Kesepakatan Dalam Pn

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 245 hits
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam mungkin akan meretak atau memecahkan kesepakatan dalam Perikatan Nasional Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak Dr Aziz Bari sikap tidak ma...
Wajib Rayu Keputusan Kalimah Allah Noktah

Wajib Rayu Keputusan Kalimah Allah Noktah

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 305 hits
DEMI Melayu demi Islam atau yang satu genre seumpamanya sering sangat didendangkan ahli politik Malaysia Sebab itu makin hari makin ramai golongan di luar kepompong parti skeptikal dengan dendangan tersebut yang bagi mereka terlalu klise Na...
Isu Kalimah Allah Jangan Tafsir Perkara 11 Perlembagaan Secara Berasingan

Isu Kalimah Allah Jangan Tafsir Perkara 11 Perlembagaan Secara Berasingan

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 347 hits
BANGI 3 Syaaban 1442H Rabu Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama tidak sepatutnya dipecahkan atau ditafsir secara berasingan Bahkan di antara satu perkara dengan perkara yang lain juga tidak seharusnya ada percangg...
Kalimahallah Umno Pas Gesa Kerajaan Rayu Keputusan Mahkamah

Kalimahallah Umno Pas Gesa Kerajaan Rayu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 339 hits
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional yang berlangsung malam tadi menggesa kerajaan membawa keputusan penghakiman berhubung isu penggunaan kalimah Islam ke Mahkamah Rayuan Menerusi kenyataan dikeluarkan MN gabungan itu menyatak...
Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Zikir Penghapus Dosa Sebanyak Buih Dilaut

Elcafe Premix Coffee With Ginseng Moringa Harum Wangi

Cambodia Plans To Nominate Trump For Nobel Peace Prize But Netizens Ask Why Not Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Resepi Kentang Goreng Tepung Bistari

Jurutera Rugi Hampir Suku Juta Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Sydney Masai Mara Ke Kejohanan Dunia

Koleksi Khas Di Balik Nombor Giliran

Blog Ini Adalah Luahanku