Isu Judi Siasat Segera Kekayaan Bekas Ketua Polis Selangor Jamal


Nizam Zain
KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menggesa Bukit Aman menyiasat kekayaan yang dimiliki oleh bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat.
Jamal tidak menolak kemungkinan Abdul Samah terlibat dalam melindungi taukeh-taukeh yang menjalankan operasi premis perjudian haram di sekitar Ampang sejak 2015.
“Minggu depan saya mungkin ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk buat laporan salah guna kuasa.
“Sebelum ini kami sudah buat laporan kepada SPRM Selangor dan tidak ada juga jawapan.
“Kita minta ketua Pengarah SPRM lihat balik laporan kami dan kami juga mohon siasat tentang kekayaan bekas Ketua Polis Selangor ini kalau betul dia terlibat.
“Kalau tak terlibat Alhamdulillah kita berdoa dia tak terlibat,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Bukti Aman, hari ini.
Terdahulu Jamal menyerahkan memorandum kepada pejabat Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat bekas Ketua Polis Selangor itu dan pendedahan beliau mengenai aktiviti perjudian haram di Taman Kosas, Ampang sejak 2015.
Memorandum setebal enam halaman itu diterima oleh pegawai perhubungan awam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
“Alhamdulillah, ini adalah kerjasama yang kita perlukan daripada pihak polis.
“NGO dan pemimpin masyarakat perlu ada hubungan dan kerjasama dengan pihak polis dengan erat sebab masyarakat dan polis tak dapat dipisahkan,” katanya.
Jamal turut melahirkan rasa kesal terhadap bekas Ketua Polis Selangor itu yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan lantang selepas beliau membuat pendedahan mengenai aktiviti perjudian haram di Ampang.
“Saya terkilan dengan kenyataan-kenyataan ketika itu, di mana ketua polis Selangor ketika itu, sekarang sudah bersara semoga beliau gembira bersama dengan keluarga.
“Tengok kenyataan pedas, lepas dua jam saja saya buat pendedahan, kenyataan merapu-rapu daripada Ketua Polis Selangor,” katanya.
Sebagai pemberi maklum dan pengadu, Jamal pula dikenakan tindakan undang-undang atas pertuduhan samun berkumpulan, sementara peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin pula dituduh sebagai rakan sejenayah.
“Adakah orang yang memberikan maklumat dan pendedahan lebih salah daripada kegiatan aktiviti perjudian haram, ini undang-undang macam mana dalam negara kita.
“Saya yang membuat pendedahan, saya yang bagi maklumat kepada pihak polis, saya yang buat laporan.
“Adakah itu besar lagi kesalahannya daripada menjalankan kegiatan kedai judi haram,” katanya.
Jamal berharap Ketua Polis Negara tidak melindungi mana-mana pegawainya termasuk yang telah bersara sekiranya didapati menyalahgunakan kuasa melindungi kegiatan judi haram ini.
“Yang salah tetap salah, walaupun kesalahan itu sejak 10 tahun lalu.
“Saya harap Tan Sri Hamid Bador seorang yang jujur, amanah dan ikhlas, inilah harapan kami dan rakyat Malaysia kepada PDRM,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/isu-judi-siasat-segera-kekayaan-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Polis Pj Turun Padang Berpuluh2 Kedai Judi Dipotong Bekalan Elektrik

Ketua Polis Pj Turun Padang Berpuluh2 Kedai Judi Dipotong Bekalan Elektrik

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 471 hits
Satu operasi pemotongan bekalan elektrik telah dilakukan melibatkan sebanyak 97 premis perjudian haram di sekitar pentadbiran Petaling Jaya Selangor hari ini Operasi tersebut diketui oleh Ketua Polis Daerah PJ ACP Nik Ezanee Mohd Faisal den...
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Sifatkan Dakwaan Judi Fitnah

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Sifatkan Dakwaan Judi Fitnah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 790 hits
SUNGAI BULOH Dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam hanya tohmahan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar berkata individu terba...
Sindiket Judi Kebal Respon Bekas Pegawai Polis Yang Difitnah Kerana Kacau Sindiket Jenayah Ada Kabel Besar

Sindiket Judi Kebal Respon Bekas Pegawai Polis Yang Difitnah Kerana Kacau Sindiket Jenayah Ada Kabel Besar

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 717 hits
Foto Mohd Ali Ameer BatsyahSeorang bekas Pegawai Polis yang berpangkat tinggi telah memberi respon terhadap pendedahan Asri Janggut mengenai sindiket judi yang kebal Beliau menceritakan pengalaman dirinya yang difitnah gara gara menumpaskan...
Kerajaan Ph Selangor Zalim Dalam Tindakan Roboh Gerai Sedangkan Isu Permis Judi Haram

Kerajaan Ph Selangor Zalim Dalam Tindakan Roboh Gerai Sedangkan Isu Permis Judi Haram

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 379 hits
Lain bengkak Lain Bernanah Saya menyokong tindakan MBSA yang mengambil tindakan kepada permis judi haram penjual rokok haram ataupun kegiatan haram lain di Bandar Baru Sg Buloh Tapi kenapa perlu ambil tindakan merobohkan gerai jualan peniag...
Isu Video Premis Judi Tular Polis Buat Laporan Polis Terhadap Peniaga Burger

Isu Video Premis Judi Tular Polis Buat Laporan Polis Terhadap Peniaga Burger

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 591 hits
832 total views 832 views today POLIS Diraja Malaysia membuat laporan polis berhubung video dakwaan fitnah dan tohmahan yang ditularkan seorang lelaki semalam Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar berkata lapora...
Tiada Ketua Polis Negeri Ketua Polis Daerah Dipegang Tauke Judi Kpn

Tiada Ketua Polis Negeri Ketua Polis Daerah Dipegang Tauke Judi Kpn

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 407 hits
33 total views 3 views today OTiada Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Negeri dipegang oleh tauke judi bagi mengatur perpindahan dan penempatan mana mana pegawai dan anggota polis kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Beliau se...
Isu Sungai Kim Kim Polis Buru Pemilik Kilang Warga Singapura

Isu Sungai Kim Kim Polis Buru Pemilik Kilang Warga Singapura

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 237 hits
Kami difahamkan Polis Johor sedang giat mengesan seorang pemilik kilang warga Singapura bagi membantu siasatan kes melupuskan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang awal bulan ini Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Khalil Kader...
Pendedahan Kepelikan Dalam Serbuan Polis Pusat Judi Sg Buloh

Pendedahan Kepelikan Dalam Serbuan Polis Pusat Judi Sg Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 492 hits
Sumber Facebook MR Rakyat sekarang bukan bodoh ulang sekali lagi rakyat tak bodoh Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda dig...
Now Bercadang Sertai Pilihan Raya Kata Bekas Ketua Wanita Pkr

Now Bercadang Sertai Pilihan Raya Kata Bekas Ketua Wanita Pkr

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 314 hits
Ketika bekas ketua wanita PKR Haniza Talha mengumumkan penubuhan sebuah organisasi Nation of Women pada Jun lalu dia menegaskan bahawa ia bukanlah suatu gerakan politik Namun ia tidak bermaksud organisasi bukan kerajaan itu tidak akan sama ...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Raya Aidilfitri 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Major Brain Drain As Researchers Eye Exit From Trump S America

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter