Now Bercadang Sertai Pilihan Raya Kata Bekas Ketua Wanita Pkr
Ketika bekas ketua wanita PKR, Haniza Talha, mengumumkan penubuhan sebuah organisasi Nation of Women (NOW) pada Jun lalu, dia menegaskan bahawa ia bukanlah suatu gerakan politik.
Namun, ia tidak bermaksud organisasi bukan kerajaan itu tidak akan sama sekali berjuang dalam politik.
Menurut Haniza, yang bercakap kepada wartawan pada majlis NOW hari ini, mereka juga melihat ada keperluan untuk mencalonkan diri dalam pilihan raya.
"Walaupun NOW ni sebuah NGO, tetapi agenda kami ialah untuk memastikan suara wanita berada di tempat yang sepatutnya, dan salah satunya ialah di tempat membuat keputusan.
"Sama ada dalam syarikat, dalam syarikat multinasional, jabatan kerajaan, atau dalam parlimen pun boleh, sebab itulah keputusan dibuat.
"Kalau dalam negara, peringkat paling tinggi pembuat keputusan ialah di parlimen, kalau di negeri, di dewan undangan negeri.
"Kalau kita perlu letakkan wanita di situ agar suara kita didengar, kami akan buat," katanya.
Boleh tanya kemudian
Adun Lembah Jaya itu yang kini mengetuai NOW berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat kosmetik Muka & Co dan Geomatika University College.
Mereka mengadakan kerjasama untuk membantu mengembangkan bidang keusahawanan wanita.
Haniza dipecat daripada PKR akhir Jun lalu ekoran ekoran siasatan tatatertib terhadap kumpulan yang bersekutu dengan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, iaitu antara watak utama yang mencetuskan Langkah Sheraton pada akhir Feb lalu.
Sebelum disingkirkan, keanggotaan Haniza digantung terlebih dulu oleh Lembaga Disiplin PKR. Pada ketika itulah dia melancarkan penubuhan NOW dan mencetuskan desas-desus mengenai langkah politiknya.
Bagaimanapun, Haniza menegaskan tidak ada rancangan segera seperti itu dan tugas mereka ketika ini difokuskan untuk berfungsi sebagai NGO.
Menurut Haniza cadangan untuk bertanding dalam pilihan raya itu tidak bermakna NOW akan menjadi entiti politik.
"Tidak ada salahnya untuk sebuah NGO untuk bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Walaupun kami bukan kelompok politik, kata Haniza, NOW melihat bahawa ini langkah yang diambil itu boleh menjadi salah satu cara bagi memastikan suara mereka didengar dan dasar digubal ke arah agenda yang diingini.
Antaranya kata Haniza ialah kesaksamaan gender serta mengatasi diskriminasi terhadap wanita.
Ditanya jika itu menunjukkan Haniza akan akhirnya menyertai Azmin dan - bekas ketua Wanita PKR - Zuraida Kamaruddin menyertai Bersatu, dia berkata, buat masa ini tumpuannya adalah NOW.
"Itu tanya kemudianlah... apabila sampai masanya. Setakat ini tak ada lagi," katanya.
MR : Dalam perancangan...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/now-bercadang-sertai-pilihan-raya-kata.html