Isu Judi Arak Tak Perlu Jadi Modal Politik Kumaren



(Harakah Daily) – Keputusan kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen premis judi dan menghadkan penjualan arak di Kedah tidak perlu dijadikan modal politik bagi menghangatkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan bukan Islam.
Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kedah, K. Kumaren berkata, tabiat berjudi dan ketagihan arak jelas membawa kemudaratan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama
Menurutnya, masyarakat boleh melihat sendiri bagaimana tabiat buruk itu telah membawa kebinasaan khususnya kepada keluarga kaum India.
“Kesan buruk judi dan arak ini sangat membimbangkan kaum India. Oleh itu, saya mewakili kaum India di Kedah menyokong keputusan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang diumumkan pada 14 November lalu,” tegasnya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Tambahnya, keputusan itu turut mendapat sokongan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hindu selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama.
“Ini permulaan dimensi baru dalam pentadbiran Menteri Besar untuk menjadikan Kedah bebas judi dan arak,” ujar beliau.
Kumaren yang juga Pegawai Khas Menteri Besar untuk hal ehwal masyarakat India juga bersetuju sekiranya kerajaan negeri memperkasakan lagi undang-undang penjualan arak di negeri itu.
Sekarang ini jelasnya, harga minuman keras di pasaran murah, selain pelajar (bawah umur) mudah membeli dan mendapatkannya.
“Perkara ini kalau tidak dibendung lama kelamaan boleh membinasakan kaum dan generasi mudanya.
“Kesihatan, tanggungjawab, kewangan, keperibadian dan moral sesuatu bangsa itu akan binasa akibat ketagihan arak dan judi ini.
“Sedangkan dalam masa yang sama hanya satu kelompok sahaja meraih keuntungan dalam perniagaan sementara yang lainnya sengsara,” jelas beliau.
Justeru, beliau amat berharap agar tindakan kerajaan Negeri Kedah ini dicontohi dan diikuti oleh negeri lain.
“Andainya bimbang kehilangan undi dan sokongan pada pilihan raya akibat tindakan seumpama itu, maka sampai bila-bila pun judi dan arak tidak dapat dibenteras malah kesejahteraan rakyat sukar dikecapi,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/11/27/isu-judi-arak-tak-perlu-jadi-modal-politik-kumaren/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Samad Kata Lesen Judi Penjualan Arak Hanya Gimik Politik Pas

Khalid Samad Kata Lesen Judi Penjualan Arak Hanya Gimik Politik Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri disifatkan sebagai gimik politik Hal itu antara lain kerana kerajaan Kedah semat...
Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 359 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengenang perjuangan parti itu mengehadkan judi dan jualan arak termasuk di Kelantan yang dipimpin mereka sekian lama Katanya ketika memulakan di Kelantan pada tahun 1990 ketika pentadbiran allahyarham...
Boikot Parti Politik Sokong Judi Arak Perkid

Boikot Parti Politik Sokong Judi Arak Perkid

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 229 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Jangan biar cacing naik ke mata kesilapan pemimpin dahulu mesti dihenti BANGI Umat Islam wajib boikot serta menolak parti politik yang menyokong aktiviti judi arak serta premis mungkar Ini kerana kebanjiran ind...
Isu Judi Jelutong Ajar Mb Kedah Dap Sokong Judi

Isu Judi Jelutong Ajar Mb Kedah Dap Sokong Judi

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 218 hits
ISU JUDI JELUTONG AJAR MB KEDAH DAP SOKONG JUDI SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH
Panas Zolkharnain Sekolahkan Sanusi Isu Tutup Premis Judi

Panas Zolkharnain Sekolahkan Sanusi Isu Tutup Premis Judi

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 268 hits
November 15 2021 1 Nak tutup semua premis judi di Kedah bagus Cuma tak perlu sebut Pi Penang sebab di Perak juga berlambak premis judi Selama Kedah sempadan Selama Perak 2 Mengubah suatu mungkar perlu dipastikan tidak wujud suatu mungkar ba...
Apabila Ada Ahli Politik Yang Hilang Pengaruh Isu Perkauman Ditiupkan

Apabila Ada Ahli Politik Yang Hilang Pengaruh Isu Perkauman Ditiupkan

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 244 hits
Lepas lebih 60 tahun merdeka masih nak bercerita tentang ketuanan melayu cerita isu perpaduan isu sekolah vernakular Tak terasa bodoh ke Selama ni boleh je kita hidup aman damai Tak timbul isu macam ni pun Kan Kenapa boleh Sebab tu aku kata...
Menteri Wp Buat Pengumuman Isu Sekatan Jual Arak Khamis Ini

Menteri Wp Buat Pengumuman Isu Sekatan Jual Arak Khamis Ini

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 210 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada Khamis ini berhubung sekatan penjualan arak Kami telah mencapai kata sepakat dengan pengeluar dan pengedar minuman keras dan saya akan membuat pengumuma...
Betulkah Arak Judi Hak Bukan Islam

Betulkah Arak Judi Hak Bukan Islam

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 650 hits
Ini larangan semua agama Jangan hina agama sendiri Mana ada agama galakkan arak judiSEPERTI yang dijangka apabila Menteri Besar Kedah membuat kenyataan mengenai melarang semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dan membataskan penj...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Spring Blossom Wildflower Dan Country Festival

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

Frame Ala Ala Country Cottage

Perkampungan Fridge Magnets Ole Ole Dari Italy

Sarapan Pagi Di Krunch And Munch Perth

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Puji Sedap Mat Saleh Terus Jatuh Hati Dengan Nasi Kerabu

Tiga Termasuk Kanak Kanak Maut Empat Cedera Dalam Kemalangan Di Rompin

Lyodra Bodohnya Aku Chord

Stereowall Haru Senyap Chord

Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Indonesia S National Themed Animation Slammed For Poor Quality And Rushed Production