Boikot Parti Politik Sokong Judi Arak Perkid


 Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Jangan biar cacing naik ke mata, kesilapan pemimpin dahulu mesti dihenti
BANGI – Umat Islam wajib boikot serta menolak parti politik yang menyokong aktiviti judi, arak serta premis mungkar.
Ini kerana kebanjiran industri judi dan arak hanya akan membinasakan institusi keluarga, mendatangkan bala bencana kepada masyarakat dan negara.
Ia termasuk peningkatan kes jenayah dan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa rakyat dalam negara ini.
Selain itu, kewajipan menghapuskan judi sudah jelas perintah Allah SWT dalam al-Quran serta hadis.
Bahkan, Perlembagaan negara seperti yang termaktub dalam Perkara 3, Islam adalah agama Persekutuan serta hak-hak keistimewaan peribumi Melayu dalam Perkara 153, kata Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) Ustaz Masridzi Sat.
Justeru, beliau meminta golongan pemimpin DAP, Gerakan serta yang bukan muslim menghormati keputusan kaum majoriti dan tidak bersikap biadab terhadap pemimpin yang ingin melaksanakan agenda Islam dalam negara ini.
“Sesiapa yang menghalang usaha menghapuskan aktiviti jenayah, mungkar dan maksiat dalam negara adalah pengkhianat dan musuh negara kita.
“Rakyat diminta bersatu hati, berpadu tenaga membantu pihak kerajaan membanteras segala kemungkaran yang ada agar negara kita tidak lagi ditimpa bala bencana seperti wabak COVID-19 yang meragut nyawa puluhan ribu rakyat dalam negara kita,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan negeri Kedah yang tidak akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak.
Meskipun ramai pihak menyambut baik pendekatan itu, tidak kurang juga yang mempertikaikan langkah berkenaan atas alasan kononnya menafikan hak bukan Islam.
Malahan ada beberapa pihak yang dilaporkan telah menghantar permohonan kepada mahkamah untuk mencabar undang-undang mengharamkan kedai judi.
Berikutan itu, Ustaz Masridzi yang juga Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa rakyat memilih pemimpin berintegriti, berani melaksanakan tanggungjawab amar maaruf nahi munkar serta bersungguh membela nasib agama, bangsa dan negara.
“Jangan biarkan cacing naik ke mata. Kesilapan pemimpin terdahulu yang mengakibatkan rakyat dan negara menderita mesti dihentikan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/boikot-parti-politik-sokong-judi-arak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Samad Kata Lesen Judi Penjualan Arak Hanya Gimik Politik Pas

Khalid Samad Kata Lesen Judi Penjualan Arak Hanya Gimik Politik Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri disifatkan sebagai gimik politik Hal itu antara lain kerana kerajaan Kedah semat...
Isu Judi Arak Tak Perlu Jadi Modal Politik Kumaren

Isu Judi Arak Tak Perlu Jadi Modal Politik Kumaren

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 185 hits
Keputusan kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen premis judi dan menghadkan penjualan arak di Kedah tidak perlu dijadikan modal politik bagi menghangatkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan bukan Islam Pengerusi Dewan Himpunan ...
Syed Saddiq Akan Tubuh Parti Politik Baharu

Syed Saddiq Akan Tubuh Parti Politik Baharu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 155 hits
Media melaporkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menubuhkan parti politik baharu Di antara alasan Saddiq ialah sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang lama Tidak pasti sama ada kenyataan Saddiq itu ditujukan...
Isu Judi Jelutong Ajar Mb Kedah Dap Sokong Judi

Isu Judi Jelutong Ajar Mb Kedah Dap Sokong Judi

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 199 hits
ISU JUDI JELUTONG AJAR MB KEDAH DAP SOKONG JUDI SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH
Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 334 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengenang perjuangan parti itu mengehadkan judi dan jualan arak termasuk di Kelantan yang dipimpin mereka sekian lama Katanya ketika memulakan di Kelantan pada tahun 1990 ketika pentadbiran allahyarham...
Tsunami Politik Lompat Parti Di Sabah

Tsunami Politik Lompat Parti Di Sabah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 198 hits
Mengikut blogger kembar seiras akan wujud lebih ramai lagi peserta lompat parti time olimpik di Sabah Ikutilah petikan dari kembar seiras di bawah PANAS DARI SABAH SENARAI MP DAN ADUN YANG BAKAL TINGGALKAN BN Selepas Ahli Parlimen Beaufort ...
Betulkah Arak Judi Hak Bukan Islam

Betulkah Arak Judi Hak Bukan Islam

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 628 hits
Ini larangan semua agama Jangan hina agama sendiri Mana ada agama galakkan arak judiSEPERTI yang dijangka apabila Menteri Besar Kedah membuat kenyataan mengenai melarang semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dan membataskan penj...
Pemandu Lori Cabut Bendera Dan Gegantung Parti Politik Kerana Halang Pemandangan

Pemandu Lori Cabut Bendera Dan Gegantung Parti Politik Kerana Halang Pemandangan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 274 hits
Bendera pelbagai parti politik yang dicabut kerana menghalang pemandangan pengguna jalan raya di simpang Jalan Melaka Perdana Alor Gajah PETALING JAYA Seorang pemandu lori bertindak mencabut bendera dan gegantung parti politik di persimpang...
Persatuan Ulama Kedah Sokong Tidak Keluar Lesen Judi

Persatuan Ulama Kedah Sokong Tidak Keluar Lesen Judi

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 261 hits
Oleh MOHD RIFAAT ABD HAMID HAFIZ MUSTAFA LUBIS ALOR SETAR Persatuan Ulama Kedah menyokong keputusan kerajaan Kedah tidak akan mengeluarkan lagi lesen premis judi nombor 4D di seluruh negeri ini Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah Hafiz Must...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

200 Durian Trees Destroyed Pahang Accused Of Violating Court Order


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025

Resipi Bihun Goreng Limau Purut Yang Sedap Pedas Wangi