Betulkah Arak Judi Hak Bukan Islam


Ini larangan semua agama. Jangan hina agama sendiri. Mana ada agama galakkan arak, judi
SEPERTI yang dijangka, apabila Menteri Besar Kedah membuat kenyataan mengenai melarang semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dan membataskan penjualan arak, pemimpin ultra kiasu bagaikan cacing kepanasan.

Tahniah MB Kedah, atas keberanian anda. Rakyat Kedah berbangga dan bertuah mendapat negarawan seperti anda.

Jangan layan sangat ultra kiasu, sepantas kilat ultra kiasu berhujah, itu hak orang bukan Islam.

Bila bercakap soal hak agama bukan Islam, kamulah jaguh mempertahankan hak-hak agamanya. Hairannya, bila tiba kepada amalan, agama mana yang membenarkan judi dan arak ini?

Hina sungguh, manusia seperti ini, mempermainkan agama sendiri.

Semua orang tahu, tidak satu agama atau kepercayaan yang menggalakkan judi dan arak. Kenapa tiba-tiba ultra kiasu katakan ia hak.

Mana perginya persatuan agama-agama bukan Islam begitu lantang bercakap soal hak, kenapa tidak pertahankan larangan agama kamu? Kenapa kamu tidak sokong kenyataan MB Kedah.

Sepatutnya kamu memuji tindakan MB Kedah kerana mahu menyelamatkan bangsa dan agama kamu. Berapa ramai yang telah menjadi korban judi dan arak. Buktinya kamu lihat dengan mata kepala kamu sendiri. Berapa banyak kerosakan yang berlaku akibat arak judi ini.

Bagaimana kamu boleh memperkatakan ia hak bukan Islam. Sedangkan agama bukan turut melarang keras judi dan arak.

Lagi pun MB hanya tidak benarkan dalam konteks negeri Kedah. Kamu boleh pergi ke Pulau Pinang untuk judi dan mandi arak.

Sepatutnya ultra kiasu Pulau Pinang gembira kerana sudah tentu ia menguntungkan peniaga-peniaga judi dan arak negeri mereka apabila bukan Islam Kedah berpusu-pusu ke sana. Bagaimana kamu boleh kata menghalang hak bukan Islam. Tak halang apapun.

Justeru, daripada mana datangnya tuduhan bahawa MB Kedah mahukan publisiti murahan. Yang murahan itu kamu, ultra kiasu, bukan MB Kedah.

MB Kedah mahu bertindak sebagai negarawan. Paling sedih, apabila tengok pemimpin parti politik Melayu dan NGO Islam senyap seribu bahasa.

Dalam agama Hindu, judi ternyata dilarang sama sekali. Kitab suci Manawa Dharmasastra buku IX (Atha Nawano dhyayah) skola 221, 222, 223,224, 225, 226, 227 dan 228 jelas menyebut larangan tersebut

Kaki judi dan kaki minum arak digolongkan sebagai orang “sramana kota” (sloka 225). Disebut sebagai pencuri-pencuri (226) yang mengganggu ketenteraman hidup orang baik-baik. Judi menimbulkan pencurian (sloka 222) dan permusuhan (sloka 227) dan kejahatan (sloka 228).

Walaupun ada sesetengah mazhab seperti Shaktas tidak melarang penggunaan arak adalah sebahagian daripada ritual mereka. Ada pandangan menyatakan itu hanya untuk penyembahan bukan untuk diminum. (Wendy Doniger: The Hindus)

Dalam agama Buddha pun sama. Digha Nikaya ( kumpulan Digha ) di kitab Sutta Pitaka dengan jelas melarang judi dan arak.

Judi disebut antaranya, pemenang memperoleh kebencian dari yang kalah, yang kalah bersedih kerana kekalahannya, kehilangan kekayaan.

Kata-kata pelaku judi tidak boleh dipercayai oleh mahkamah, dipandang rendah oleh saudara dan masyarakat, tidak dipercayai untuk terikat dalam perkahwinan.

Perwakilan Buddha Indonesia, Walubi, menukilkan, judi dan arak boleh membawa kepada pembunuhan, kecurian, hubungan kelamin yang salah dan ucapan yang salah. Ia juga boleh mendorong kepada kejahatan, kebencian, ketakutan dan kebodohan.

Buddha turut berpandangan antara perkara yang boleh menghabiskan kekayaan adalah arak dan judi.

Dalam Pancasila (lima sila) ajaran Buddha, sila yang terakhir menjelaskan akan perlunya menghindari bahan yang memabukkan. Sebutan di dalam bahasa Siam (Hinayana/Theravada) Suk-ra Mey-rak-yak mat-cak Pak-ma-that-tha-na Wey-Rak-Ma-Ni ‘menahan diri daripada meminum minuman memabukkan’.

Dalam Kristian pula, baca, Imamat bab 10 : 9, Bilangan bab 6 : 3, Ulangan bab 29 : 6, Hakim-Hakim bab 13 : 4, Efesus bab 5 : 18, Samuel bab 1 : 15, Yesaya bab 5: 11, Mikha bab 2 : 11, dan Lukas bab 1: 15

Dalam agama Sikh pula, catatan Guru Gobind Singh (guru ke 10), Dasam Granth buku terakhir, dalam kitab Guru Granth Sahib, menyenaraikan lima larangan asas Sikh iaitu tidak boleh potong rambut, tidak boleh berkelakuan buruk, tidak boleh merokok, tidak boleh makan daging yang disembelih dan tidak boleh minum minumaman beralkohol.

Sudah terang, lagi bersuluh.

Jika dari segi mana sekali pun, moral dan sivik juga arak dan judi tidak ada yang boleh menjustifikasikan ianya dibenarkan. Berapa ramai yang menjadi korban arak judi ini.

Dalam kata lain, kamu ultra kiasu percaya kepada agama atau tidak. Bila sentuh sikit agama kamu, kamu melompat bukan main, tetapi kamu sendiri tidak jaga agama kamu

Justeru, kembalilah kepada agama asal kamu, jika kamu tidak mahu menghina atau memperlekeh agama kamu.

Lagipun judi (nombor ekor) dan arak boleh dibeli secara online. Jadi, apa relevannya lagi membuka kedai nombor ekor di negeri majoriti orang Melayu, jika bukan mahu mencabar.

Saya harap MB Kedah tetap dengan pendirian. Jangan mudah goyang dikecam dan dikritik ultra kiasu kira kanan depan belakang. Itu sudah memang kerja mereka. Mengaku beragama, tetapi menghina agama sendiri.

Sementara ada kuasa ini, buatlah yang terbaik wahai MB Kedah. Tahniah, moga Allah memberkati kehidupanmu dunia akhirat.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/11/betulkah-arak-judi-hak-bukan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Samad Kata Lesen Judi Penjualan Arak Hanya Gimik Politik Pas

Khalid Samad Kata Lesen Judi Penjualan Arak Hanya Gimik Politik Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri disifatkan sebagai gimik politik Hal itu antara lain kerana kerajaan Kedah semat...
Judi Ekor Mufti Tegur Sanusi Agar Tidak Hina Institusi Agama Islam Di P Pinang

Judi Ekor Mufti Tegur Sanusi Agar Tidak Hina Institusi Agama Islam Di P Pinang

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 213 hits
Oleh PERJUDIAN hanya akan menambah masalah Gambar hiasan MUFTI Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai judi ekor semalam sebagai suatu penghinaa...
Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 317 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengenang perjuangan parti itu mengehadkan judi dan jualan arak termasuk di Kelantan yang dipimpin mereka sekian lama Katanya ketika memulakan di Kelantan pada tahun 1990 ketika pentadbiran allahyarham...
Kabinet Melayu Islam Arak Pun Tak Boleh Nak Halang Apa Punya Lekeh

Kabinet Melayu Islam Arak Pun Tak Boleh Nak Halang Apa Punya Lekeh

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 266 hits
Jemaah Kabinet majoriti Islam tidak patut buat keputusan menangkan syarikat arak Oleh MOHD ALI HASHIM November 16 2021 Kerajaan disarankan supaya tidak berkompromi dengan syarikat arak walaupun kepentingan syarikat arak yang melabur jutaan ...
Boikot Parti Politik Sokong Judi Arak Perkid

Boikot Parti Politik Sokong Judi Arak Perkid

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 176 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Jangan biar cacing naik ke mata kesilapan pemimpin dahulu mesti dihenti BANGI Umat Islam wajib boikot serta menolak parti politik yang menyokong aktiviti judi arak serta premis mungkar Ini kerana kebanjiran ind...
Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat

Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 259 hits
Assalamualaikum Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku Kewujudannya merentasi masa tempat dan keadaan Ianya perlu dibentung kerana bakal mempengaruhi masyarakat terutama golangan remaja Pernah dengar Ajaran Qadiani Sejarah Ajar...
Benarkah Pejuang Islam Tidak Ikut Islam

Benarkah Pejuang Islam Tidak Ikut Islam

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 217 hits
Siapa kata ISIS dan Kumpulan Pejuang Islam lainnya tidak mengikut Islam Bukankah mereka ikut dan patuh pada Islam yang mereka fahami Kenapa berkata mereka tidak ikut Al Quran dan Sunnah Bukankah ramai yang mengatakan manusia tidak boleh mem...
Salammedia Perintis Pengiklanan Islam

Salammedia Perintis Pengiklanan Islam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 160 hits
adalah satu platform pengiklanan baru yang memfokuskan kepada penulis blog dan media sosial Apa yang membezakan dengan platform pengiklanan yang telah sedia ada ialah ianya berlandaskan Syariah Complaint yang mana ketelusan dan kerpercayaan...
10 Tips Didik Anak Mengikut Cara Islam

10 Tips Didik Anak Mengikut Cara Islam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum Ibu Bapa selalu mengadu anak tak dengar kata suka mengamuk suka menangis suka kacau bila kita buat kerja suka buat perkara perkara yang membahayakan diri suka buat benda benda yang menaikkan kemarahan kita suka sepahkan ruma...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization