Kerajaan Negeri Ambil Perhatian Terhadap Isu Lubang Besar Di Jalan Industri Semambu Yang Tular




KUANTAN: Sebuah lubang besar dipercayai pada kedalaman 4.0 meter dikesan dekat Jalan Industri Semambu dekat sini. Perkara dikongsikan menerusi video oleh @pubgnewinarea yang bimbang jika ada pengguna jalan raya terjejas akibat lubang besar yang didakwa berlaku sejak berbulan-bulan.
Perakam video berkenaan berharap kerajaan negeri mengambil tindakan segera mengambil kira keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
”Ini jalan, paip pecah lebih empat bulan, hari ini saya sudah hampr jatuh, ini lubang cukup bahaya. Kalau boleh kerajaan negeri Pahang tolong kasi tengok, wakil rakyat Semambu kasi fokus ini jalan.
“Kalau orang bawa motosikal jatuh dalam ini mesti mati punya. Jangan tunggu sampai berlaku kejadian seperti di Kuala Lumpur, seorang warga asing jatuh dalam lubang baru hendak ambil tindakan,” katanya.
Video yang dimuatnaik itu menarik perhatian netizen dan  rata-rata bersetuju dengan pendapat pengadu.
Video tular itu mendapat perhatian Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Ir Razali Kassim yang bertindak turun padang bersama agensi terlibat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Telekom Malaysia (TM) bagi meninjau keadaan sebenar.
Jelas Razali, lubang tersebut berpunca dari penyusupan pengaliran air melalui sesalur kabel telekomunikasi bawah tanah yang akhirnya menyebabkan berlaku mendapan.
”Semakan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)  dan YP Maintenance (YPM) di tapak kejadian kerosakan ini mendapati lubang berlaku  dari sesalur kabel TM yang mengalirkan air dan menyebabkan tanah terhakis dan menjadi sinkhole berikutan lokasi adalah kawasan yang paling rendah.
”Sebelum ini JKR Kuantan telah memaklumkan kepada pihak TM melalui surat pada 8 Oktober 2024 dan 30 April 2024, selain laporan polis juga telah dibuat oleh YP Maintenance Sdn. Bhd. pada 10 Oktober lalu,” katanya.
Tambah Razali  beliau difahamkan pihak YPM juga telah memaklumkan kepada pihak TM untuk menyediakan pelan kawalan trafik  (TCP) di lokasi kerosakan.
Bagaimanapun, Razali memberi jaminan kerja-kerja pengalihan kabel akan dilakukan dalam tempoh seminggu oleh agensi terlibat dan proses penutupan jalan dilakukan dengan segera.
”TM pula melakukan kerja-kerja pengalihan kabel baharu dalam tempoh seminggu atau dua minggu
”Kerja-kerja penukaran kabel sepanjang 180 meter berada pada kedalaman tiga hingga empat meter akan dilakukan dan ia melibatkan kos RM250,000,” katanya.
Razali tidak menolak kegagalan mengalihkan kabel berkenaan timbul kerana TM memerlukan kelulusan peruntukan daripada pihak atasan terlebih dahulu
”Selepas kelulusan diterima, TM mula melantik kontraktor panel untuk memulakan kerja-kerja pembaikan segera.
”Setakat ini, kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa jadi saya berharap berharap kerja pembaikan ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya. #MalaysiaGazette
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/kerajaan-negeri-ambil-perhatian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Nasihat Pihak Berkuasa Tempatan Kerajaan Negeri Periksa Semula Bangunan Lama

Sultan Pahang Nasihat Pihak Berkuasa Tempatan Kerajaan Negeri Periksa Semula Bangunan Lama

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 206 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri Pahang memastikan bangunan lama di negeri ini berada dalam keadaan selamat untuk diduduki Baginda bertitah i...
Masalah Sosial Di Kelantan Setakat Itu Je Ke Alasan Kerajaan Negeri

Masalah Sosial Di Kelantan Setakat Itu Je Ke Alasan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 246 hits
Jika benda tak baik nak masuk kena lalu kita dulu Timbalan MB KelantanSiti Rohana Idrisam hmetro com myKota Bharu Kita umpama di barisan hadapan jika benda tak baik pil kuda nak masuk ke Malaysia terpaksa melalui Kelantan dulu jika kita buk...
Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 199 hits
ROMPIN PAS Pahang menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakyat menerusi pembinaan Rumah Budi 3 0 walaupun tanpa sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS negeri Rohaya Razali ke...
Adun Sungai Lembing Gesa Kerajaan Negeri Pahang Beri Penjelasan Mengenai Pembersihan Hutan

Adun Sungai Lembing Gesa Kerajaan Negeri Pahang Beri Penjelasan Mengenai Pembersihan Hutan

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 141 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang digesa untuk segera memberikan penjelasan mengenai pembersihan kawasan Hutan Sungai Lembing yang telah berlangsung hampir 20 hari tanpa sebarang maklumat lanjut Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing Mohama...
Tuduhan Kerajaan Diam Membisu Dalam Isu Kibar Bendera China Di Festival Kebudaya

Tuduhan Kerajaan Diam Membisu Dalam Isu Kibar Bendera China Di Festival Kebudaya

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 181 hits
Tuduhan kerajaan diam membisu dalam isu kibar bendera China di festival kebudayaan adalah salah dan tak tepat Seorang pemimpin pembangkang fitnah menteri yang rasmi juga adalah salah dan tak benar Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post ...
Menjawab Fitnah Poster Dari Pembangkang Isu Nafas

Menjawab Fitnah Poster Dari Pembangkang Isu Nafas

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 156 hits
HarapandailySYAM GHAZNaratif yang dimainkan oleh pembangkang lima orang Ahli Jemaah Pengarah ini yang terlibat dalam skandal baja NAFAS RM1 8 billion yang ditahan SPRM berberapa hari lepas Padahal kami yang lapor kepada SPRM dan kuburkan ka...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru