Isu Isu Di Tempat Kerja


Assalamualaikum
Bismilla
Kerjaya dapat didefinisikan sebagai sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan seharian mereka yang mana berfokuskan untuk memperoleh wang bagi memenuhi keperluan perbelanjaan seharian bagi menjamin kehidupan yang lebih baik dan sempurna pada masa sekarang mahupun masa akan datang kelak

Selain itu, kerjaya secara langsung berkait dengan organisasi ataupun syarikat yang beroperasi dalam mencapai matlamat yang diinginkan termasuklah melalui keuntungan yang besar, serta produktiviti yang berkulaiti di samping hubungan di kalangan ahli dalam syarikat mahupun organisasi tersebut berada dalam keadaan yang stabil dan harmoni. 
Namun, setiap organisasi dan syarikat tidak akan lepas daripada isu-isu atupun masalah-masalah yang timbul yang sememangnya akan memberikan pelbagai kesan yang negatif terhadap perjalanan serta kelancaran pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi tersebut. 
1. ISU GANGGUAN SEKSUALIsu gangguan seksual di tempat kerja merupakan salah satu isu yang serius kerana ia melibatkan maruah mangsa yang mendapat gangguan tersebut yang mana majoritinya adalah di kalangan pekerja wanita. Isu ini bukan sahaja mengganggu kesalamatan mereka tetapi juga mampu memberi kesan terhadap emosi mangsa. 

Menurut Wilson 1995, isu gangguan seksual sudah lama wujud dan ianya dikatakan bermula semenjak kaum wanita mula menceburkan diri dalam dunia pekerjaan sebagai tenaga pekerja dalam organisasi. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak diambil serius pada zaman dahulu dan kurang dilaporkan. Namun pada pertengahan tahun tujuh-puluhan, isu gangguan seksual ini sudah mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab dan ianya juga sudah dianggap sebagai satu bentuk kesalahan perilaku yang negatif.
Terdapat beberapa jenis gangguan seksual yang dikategorikan oleh negara Eropah menurut Wilson 1995, iaitu gangguan secara bukan lisan, gangguan secara lisan, gangguan secara fizikal, intimidasi serta peras-ugut seksual. Gangguan secara bukan lisan adalah seperti pemaparan gambar-gambar lucah, siulan, isyarat pergerakan dan sebagainya. Gangguan secara lisan pula melibatkan percakapan ataupun pernyataan yang mengandungi unsur lucah atau unsur seksual yang tidak boleh diterima. Gangguan seksual secara fizikal pula tidak semestinya melalui sentuhan tetapi juga melalui pandangan dan sebagainya. Intimidasi pula melibatkan komen secara terus terhadap pemakaian, rupa paras, bentuk badan mangsa yang bersifat lucah. Peras ugut seksual yang mana pemangsa akan memeras ugut mangsa untuk melakukan gangguan ataupun perbuatan seksual ke atasnya.
2. ISU TEKANAN/STRESStres di tempat kerja adalah salah satu isu yang paling popular dan paling dominan berlaku di kalangan pekerja dan organisasi. Isu ini telah menjadi isu global yang perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap organisasi di seluruh dunia. McGrath (1976) mendefinisikan stres di tempat kerja sebagai situasi di mana kebolehan dan sumber pekerja dianggap oleh pekerja melebihi keperluan persekitaran. Manakala menurut Choudhury 2013, stres di tempat kerja berbeza pada setiap individu, ia bergantung kepada keadaan, berapa lama dan tahap kekuatan stres yang berlaku terhadap diri seseorang yang terdedah kepada stres.

Punca utama atau yang paling dominan bagi stres di tempat kerja dalam kebanyakan organisasi di seluruh dunia adalah disebabkan oleh beban kerja yang melampau dan tempoh masa bekerja yang panjang, kurangnya kawalan kerja yang rutin, konflik antara individu, kurangnya ganjaran dan masalah organisasi (Karasek dan Theorell, 1990). 
3. ISU KETIDAKHADIRAN PEKERJASetiap organisasi akan mengalami masalah ketidakhadiran pekerja dan masalah ini tidak dapat dielakkan. Menurut Barmase dan Shukla (2013), ketidakhadiran adalah masalah tempat kerja yang serius dan hampir semua majikan menghadapi masalah yang sama hari ini. Oleh sebab itu, isu ini sangat hangat diperkatakan dari dahulu sehingga sekarang. 
Merurut Noraizah Mohamed (2015), masalah kesihatan merupakan faktor yang menyebabkan ketidakkhadiran pekerja berlaku. Beliau juga menyatakan bahawa produktiviti kerja pekerja terganggu disebabkan oleh masalah kesihatan dan sebanyak 60% responden bersetuju dengan penyataan ini. Pekerja yang mengalami masalah kesihatan akan menyebabkan mereka sentiasa mengalami kekangan untuk datang dan bekerja sepeti biasa. 
Seterusnya, masalah ketidakhadiran pekerja berlaku disebabkan oleh masalah keluarga. Faktor ini disokong oleh S.Vijayalatha dan G.Brindha (2014) dimana kajian mereka memperoleh sebanyak 58% responden setuju bahawa kebanyakan pekerja tidak datang ke tempat kerja kerana masalah keluarga yang mereka hadapi. 
4. ISU PENYALAHGUNAAN DADAHDadah bukanlah sesuatu yang baharu kerana ianya telah digunakan sejak berabad-abad yang lalu. Sehingga kini, dadah telah menjadi suatu ancaman besar kepada organisasi dan juga kepada negara. Mizan Adiliah (2000) menyatakan bahawa penagihan dadah bukan sahaja golongan yang berpendapatan rendah, malahan ia telah merebak kepada golongan yang lebih mewah dan merentasi umur dan jantina.
Faktor penyebab pekerja mengambil dadah kerana mengalami masalah keluarga. Selain masalah di pejabat, masalah keluarga juga penyebab individu itu mengambil dadah kerana ia tidak dapat menangani masalah yang dihadapinya berseorangan. Oleh sebab itu, dia mengambil dadah untuk menenangkan dirinya. Masalah keluarga yang selalu menjadi penyebab pekerja mengambil dadah adalah masalah kewangan keluarga. Oleh sebab itu, pihak majikan perlu menitikberatkan kebajikan pekerja dengan sebaiknya


Kadang-kadang, individu yang terlibat dengan masalah penagihan dadah juga daripada pengaruh rakan sekeliling. Individu yang mudah terpengaruh dengan rakan-rakan akan menjerumuskan diri mereka ke lembah keburukan yang mana akan menyebabkan prestasi kerja merosot dan konflik dalam keluarga. Oleh sebab itu, setiap pekerja perlu ambik peduli akan masalah yang berlaku sekiranya mereka tersalah langkah dengan mengambil dadah

5. ISU BULI Gejala membuli berlaku di mana-mana dan setiap hari, termasuk di tempat kerja. Malangnya, ramai tidak sedar membuli juga membabitkan diri pekerja. Menurut Einarsen (1999), buli di tempat kerja merupakan satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan dalam sesebuah organisasi berbanding dengan kes-kes lain seperti gangguan seksual, keganasan di tempat kerja dan diskriminasi kaum (perkauman). Kajian turut melaporkan bahawa mangsa buli di tempat kerja cenderung untuk mempunyai ketidakhadiran yang tinggi di tempat kerja kerana mendapat cuti sakit yang berpanjangan, kurangnya kepuasan kerja (job dissatisfaction) dan motivasi untuk bekerja (reduced work motivation).  
Menurut Einarsen (1999), buli di tempat kerja dapat ditakrifkan dengan tindakan dan perlakuan berulang kali yang dilakukan keatas pekerja tanpa kerelaan pekerja tersebut dan dilakukan dengan secara sengaja atau tidak sengaja tetapi jelas tindakannya menyebabkan kesusahan kepada pekerja dan mengurangkan kepuasan kerja, meningkatkan tekanan dan mengganggu prestasi pekerjaan dan mewujudkan persekitaran kerja yang tidak menyenangkan bagi pekerja tersebut. 
Menurut Rayner & Hoel, (1997), tingkah laku buli di tempat kerja dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu, mengancam status professional seseorang (merendahkan pendapat dan tuduhan kurangnya usaha dalam tugas)ancaman peribadi (menghina, mengugut)pengasingan/ dipulaukan (isolation)memberi kerja lebih (tekanan yang tidak wajar, impossible deadlines) dan destabilization (gagal memberi kredit/ ganjaran pada waktu yang ditetapkan)Antara faktor mengapa buli di tempat kerja berlaku adalah disebabkan oleh persaingan yang tidak sihat antara pekerja. Menurut Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Dr Marhani Midin, buli di tempat kerja melibatkan tindakan penganiayaan atau penindasan secara fizikal atau mental. Beliau menyatakan bahawa organisasi selalu mengukur tahap pencapaian seseorang pekerja melalui pencapaian menerusi persaingan dengan rakan sekerja sehingga menyebabkan berlakunya penindasan kepada orang lain akibat rasa tidak puas hati. 

Apabila seseorang mengalami stress maka susah untuk seseorang itu untuk mengawal tingkah lakunya. Bagi individu yang tidak berpuas hati dengan pekerja, mereka akan cuba menukar jadual kerja, membuatkan pekerja terbeban dengan tugasan. Selain itu, buli di tempat kerja juga terjadi disebabkan oleh hasil ketidakseimbangan kuasa apabila mangsa itu selalunya tidak setanding dengan pembuli itu. 
Setiap manusia harus dilayan secara adil, baik dan saksama lebih-lebih lagi apabila bekerja dalam satu organisasi. Isu-isu ini seharusnya tidak terjadi supaya tidak memberi kesan negatif kepada pekerja lalu membuatkan prestasi pekerja dalam organisasi menurun dan terjejas. 
Korang mungkin ada pendapat lain tentang isu-isu di tempat kerja, kongsikan di ruangan komen. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2019/04/isu-isu-di-tempat-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Hari Kerja Menko Luhut Banggakan Pembangunan Sirkuit Motogp Di Mandalika

100 Hari Kerja Menko Luhut Banggakan Pembangunan Sirkuit Motogp Di Mandalika

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 218 hits
Menteri Luhut membeberkan capaian kerjanya selama menjadi pembantu Presiden Jokowi dalam 100 hari Salah satunya adalah pembangunan Street Race Circuit tepi pantai di Kawasan Ekonomi Khusus Mandalika Street Race Circuit tepi pantai ini akan ...
Sri Mulyani Sebut Omnibus Law Cipta Lapangan Kerja Solusi Kemiskinan

Sri Mulyani Sebut Omnibus Law Cipta Lapangan Kerja Solusi Kemiskinan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 187 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan Omnibus Law Cipta Lapangan Kerja menjadi salah satu upaya pemerintah menjaga masyarakat rentan miskin dari kemiskinan Omnibus Law ini menjadi satu benteng untuk menjaga masyarakat tetap memi...
Usai Terima Nurmansjah Lubis Psi Dki Akan Pilih Cawagub Bisa Kerja

Usai Terima Nurmansjah Lubis Psi Dki Akan Pilih Cawagub Bisa Kerja

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 191 hits
Walaupun singkat pihaknya menyampaikan terkait proses pemilihan Cawagub PSI ingin ada tes kompetensi untuk mengukur kecocokan dan kerja sama dengan Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan
Siapa Punya Kerja Ni

Siapa Punya Kerja Ni

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 415 hits
Foto Mana letaknya akal dan fikiran manusia yang kejam ini Hanya syaitan yang bertopeng manusia yang sanggup buat macam ini Tentu tersangat sakit apabila terpisah ekor daripada badan kucing itu Semoga sipelaku dapat balasan setimpal
Tkw Dipaksa Kerja Tanpa Upah Dua Perempuan Malaysia Ditangkap

Tkw Dipaksa Kerja Tanpa Upah Dua Perempuan Malaysia Ditangkap

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 261 hits
Direktur Departemen Kedah Arzanil Bahadon mengatakan kedua tersangka wanita itu ditangkap setelah pihaknya menggerebek tempat tinggal mereka Penggerebekan ini dilakukan berdasarkan keluhan warga
Jokowi Shio Saya Kerbau Tahun Ini Saya Harus Kerja Keras

Jokowi Shio Saya Kerbau Tahun Ini Saya Harus Kerja Keras

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 189 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi menghadiri acara Perayaan Imlek Nasional 2020 di ICE BSD Tangerang Selatan Kamis Jokowi mengucapkan selamat kepada warga Tionghoa yang merayakan Imlek
Kerja Tidak Akan Pernah Habis Hargai Masa Yang Ada Untuk Diri Sendiri Amp Keluarga

Kerja Tidak Akan Pernah Habis Hargai Masa Yang Ada Untuk Diri Sendiri Amp Keluarga

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 485 hits
Mencari pekerjaan tetap pada zaman sekarang bukanlah sesuatu perkara yang mudah tidak kira lah korang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi sekalipun Jika sudah diambil bekerja pasti seseorang akan menunjukkan sikap komited terhadap kerja ...
Lupakan Happy Ending Buat Kerja Kamu Kata Peguam Indira

Lupakan Happy Ending Buat Kerja Kamu Kata Peguam Indira

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 201 hits
MALAYSIAKINI Firma guaman yang mewakili M Indira Gandhi menolak kenyataan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berhubung kes mencari anak perempuannya yang hilang Mengambil maklum kenyataan Abdul Hamid bahawa dirinya berharap akan ada kesud...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut