Ucapan Fitnah Muhyiddin Saman Anwar Isu Pelupusan Hutang Peneroka Felda


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa perdana menteri itu memfitnahnya membabitkan isu pelupusan hutang peneroka FELDA.
Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan melalui firma guaman Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership, Muhyiddin menuntut ganti rugi teladan dan teruk masing-masing sepadan dengan jumlah RM200 juta pampasan yang dituntut Anwar dalam jawapan kepada surat tuntutannya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Muhyiddin berkata Anwar memberikan ucapan yang memfitnahnya ketika sambutan Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023 di Serdang, Selangor (Sambutan Hari Peneroka FELDA) pada 7 Julai lalu.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kenyataan itu disiarkan secara langsung melalui halaman Facebook dengan nama "Anwar Ibrahim."
Katanya, beliau menjelaskan pelupusan hutang peneroka sebanyak RM8.3 bilion sudah dilaksanakan pada 2021 melalui siaran Facebook pada 8 Julai lalu, bagaimanapun Anwar terus memfitnahnya dan menyatakan hutang masih tidak dilupuskan ketika berucap pada sesi dialog di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Julai lalu.
Menurut bekas perdana menteri itu, ia disiarkan secara langsung melalui YouTube Live di halaman YouTube Anwar pada hari sama.
"Pada 13 Julai lalu, apabila menyedari hutang peneroka sudah dilupuskan pada 2021, defendan (Anwar) memutarbelitkan kenyataan fitnah pertama dan kedua dengan menyatakan walaupun Majlis Jemaah Menteri meluluskan RM8.3 bilion, tiada peruntukan kewangan dan oleh itu terpaksa membuat peruntukan baru-baru ini.
"Jelas sekali, defendan kini mengakui bahawa pelupusan hutang sudah dilaksanakan ketika saya menjadi perdana menteri, namun beliau tetap meneruskan dakwaan palsu dan jahat terhadap saya.
"Tanpa mengendahkan tuntutan peguam saya, Anwar berterusan menyebarkan fitnahnya dan pada 19 Julai lalu ketika Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Selangor, defendan mengisytiharkan akan mengemukakan dokumen membuktikan beliau menandatangani pelupusan hutang itu.
"Akibat penerbitan fitnah itu, ia menjejaskan integriti, nama dan reputasi saya kerana orang ramai mempercayai bahawa kenyataan fitnah berkenaan adalah benar," katanya.
Muhyiddin berkata, melalui kenyataan media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 20 Julai lalu, Anwar mempamerkan dokumen 'Assignment of Finance Service Reserve Account 1 (FSRA 1)' bertarikh 26 Jun lalu yang ditandatanganinya sebagai Menteri Kewangan bersama-sama satu lagi dokumen 'Kerajaan Malaysia – Arahan Pembayaran' bertarikh 18 Julai lalu bagi jumlah RM990 juta.
Beliau berkata pada hari sama, Kementerian Kewangan turut mengeluarkan kenyataan media mengesahkan dokumen itu ditandatangani Anwar dan menyatakan ia mengenai Sukuk FELDA sebanyak RM9.9 bilion dan geran 10 tahun oleh kerajaan sebanyak RM990 juta setahun.
Katanya, jelas sekali, dokumen itu bukan dokumen pelupusan hutang peneroka yang dilaksanakan pada 2021.
"Sama ada defendan jahil atau dikelirukan atau beliau sengaja memanipulasikan Sukuk FELDA sebanyak RM9.9 bilion dan geran kerajaan sebanyak RM990 juta setahun dan mengelirukannya sebagai pelupusan hutang yang dilaksanakan saya pada tahun 2021," katanya.
Muhyiddin seterusnya berkata, kenyataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau berbohong mengenai pelupusan hutang peneroka FELDA, seorang yang tiada integriti dengan memungkiri dan mengkhianati janji dan tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri serta tidak melaksanakan pelupusan hutang sehingga menyebabkan beban hutang peneroka meningkat.
Selain ganti rugi, Muhyiddin turut menuntut perintah antaranya Anwar memadamkan video siaran langsung menerusi Facebook bertajuk Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 dan Temu Anwar Kedah @ UUM' dengan serta-merta.
Beliau turut memohon satu injunksi untuk menghalang Anwar dan sekutu, serta ejen atau wakilnya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah berkenaan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/07/ucapan-fitnah-muhyiddin-saman-anwar-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tuntut Anwar Tarik Balik Kenyataan Lupus Hutang Peneroka Felda

Muhyiddin Tuntut Anwar Tarik Balik Kenyataan Lupus Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 244 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Muhyiddin Yassin menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan berhubung pelupusan hutang peneroka Felda dan memohon maaf secara terbuka kerana ia disifatkan sebagai fitnah Selain menarik balik ke...
Hutang Felda Najib Pencetus Muhyiddin Dan Anwar Penyambung

Hutang Felda Najib Pencetus Muhyiddin Dan Anwar Penyambung

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 422 hits
Julai 2017 Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mengumumkan enam insentif bagi peneroka FELDA bagi tahun tersebut Antaranya melibatkan pelupusan hutang bagi penanaman semula serta geran khas untuk aktiviti te...
Anwar Akan Tunjuk Bukti Hari Ini Hutang Felda Telah Dilupuskan Bukti Penipuan Muhyiddin Yang Mengaku Dia Yang Lupus

Anwar Akan Tunjuk Bukti Hari Ini Hutang Felda Telah Dilupuskan Bukti Penipuan Muhyiddin Yang Mengaku Dia Yang Lupus

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 201 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan bukti bahawa beliau telah menandatangani dokumen bagi penghapusan hutang peneroka Felda esok Saya boleh bawa tak perlu tunggu 24 jam dalam 12 jam saya boleh Memang saya tandatangan ...
Tetap Saman Cukuplah Muhyiddin Anwar Tetap Penyelamat Felda Rm8

Tetap Saman Cukuplah Muhyiddin Anwar Tetap Penyelamat Felda Rm8

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 240 hits
Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin akan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar Ibrahim berhubung dakwaan perdana menteri itu mengenai pelupusan RM8 3 bilion hutang peneroka Felda yang tidak dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin ...
Isu Hutang Felda Bapa Saya Tok Guru Pesan Jangan Bohong Muhyiddin

Isu Hutang Felda Bapa Saya Tok Guru Pesan Jangan Bohong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 330 hits
malaysiakini comPengerusi PN Muhyiddin Yassin kekal dengan pendiriannya dalam isu pelupusan hutang peneroka Felda dan menegaskan akan berdepan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di mahkamah Hari ini dia saman saya dia kata saya bohong Tak...
Dokumen Tersebut Bukan Perjanjian Pelupusan Hutang Peneroka Felda

Dokumen Tersebut Bukan Perjanjian Pelupusan Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 204 hits
Dr Marzuki Mohamad Baru sekejap tadi Perdana Menteri menyiarkan sebahagian dokumen yang dikatakan perjanjian pelupusan RM8 3 bilion hutang peneroka FELDA Sekali pandang saya sudah tahu Dokumen tersebut bukanlah perjanjian pelupusan hutang p...
Hutang Felda Muhyiddin Heret Anwar Ke Mahkamah

Hutang Felda Muhyiddin Heret Anwar Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 230 hits
malaysiakini comMuhyiddin Yassin memfailkan writ saman ke atas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu penghapusan hutang peneroka Felda yang menyaksikan kedua dua pemimpin politik itu terbabit dalam pertikaian Saman berkenaan difailkan...
Itu Perjanjian Sukuk Bukan Pelupusan Hutang Peneroka Kata Dr Marzuki Kepada Anwar

Itu Perjanjian Sukuk Bukan Pelupusan Hutang Peneroka Kata Dr Marzuki Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 270 hits
wartarakyat com myBy July 20 2023BEKAS Setiausaha Sulit Kanan PM Datuk Dr Marzuki Mohamad hari ini mendakwa dokumen yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan perjanjian pelupusan hutan peneroka Felda Tetapi kata beliau dokumen te...
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah Cepat Siap Confirm Tambah Nasi

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Weekend That Brought Us Back To Simple Joy

Tax Responsibilities For Startups

Tauhu Bergedil

Presbyond Laser Explained The Science Behind Age Related Vision Correction

Bahagia Lepas Kahwin Sufian Suhaimi Akui Rezeki Makin Murah Jiwa Pun Makin Tenang

Pemilik Akhirnya Tinggalkan Rumah Di Tengah Lebuh Raya Tidak Tahan Bunyi Bising Utusan Malaysia