Isu Bazar Ramadhan Jalan Raja Apa Yang Dah Berlaku



Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan lubuk makanan terutamanya pada bulan Ramadan. Namun, tahun ini pengunjung tidak lagi merasai kemeriahan di kawasan tersebut kerana bazar Ramadan di sepanjang Jalan TAR dipindahkan ke Jalan Raja

Segala-galanya serba tidak kena pada hari pertama Bazar Ramadan Jalan Raja yang terletak bersebelahan Dataran Merdeka memulakan operasi pada 6 Mei. Lokasi yang agak terasing dari bangunan pejabat serta ketiadaan gerai menjual juadah berbuka puasa antara yang menjadi rungutan para peniaga. 

DILEMA PENIAGA MELAYU BERPINDAH KE TAPAK DI JALAN RAJA

Rata-rata peniaga yang ditemui agak tawar hati apabila terpaksa akur kepada keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memindahkan tapak bazar dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Raja – satu tindakan yang dilihat mengurangkan nilai kepada jenama rezeki Ramadan yang telah dikenali sejak berpuluh tahun lamanya.

Pada 3 April lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, membuat keputusan menempatkan peniaga bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India ke Jalan Raja selaras dengan penyusunan semula. 
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata keputusan perpindahan ini dibuat bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang berurusan di sekitar kawasan Jalan TAR. Tambahnya lagi, keputusan tersebut diambil bagi menjaga kepentingan peniaga Melayu di kawasan tapak lama bazar Ramadan dan mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas. Kesemua peniaga dipindahkan ke kawasan Jalan Raja secara berperingkat sejak 15 Mac yang lalu.

Sebelum ini, pada 2 April, kira-kira 300 peniaga membantah pemindahan tapak bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Raja. Protes berkenaan dilakukan ketika proses pengundian tapak bazar Ramadan di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur, apabila sekumpulan peniaga menyerbu pentas pengundian.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, sebelum proses pengundian dilakukan, peniaga yang memohon tapak berkenaan diberitahu akan berniaga di Jalan TAR. Bagaimanapun, seminggu sebelum proses pengundian dilakukan, peniaga diberitahu tapak berkenaan akan bertukar ke Jalan Raja.

“Jika di Jalan TAR terdapat lebih 400 tapak untuk peniaga, jika dipindahkan hanya 225 tapak disediakan,” katanya ketika ditemui.

Rosli berkata, terdapat seramai 1400 peniaga yang memohon tapak secara dalam talian berbanding hanya 225 tapak disediakan.

Terkini sebanyak 344 petak bazar bawah kanopi berbumbung disediakan dan tiada sebarang aktiviti perniagaan dibenarkan di kawasan Dataran Merdeka.


PENIAGA DAN PENGUNJUNG BAZAR MERUNGUT NAK TAPAK LAMA DI JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Hari pertama operasi bazar Ramadan Jalan Raja suram dan lengang apabila kebanyakan peniaga masih belum membuka gerai jualan masing-masing manakala bilangan pengunjungnya pula boleh dihitung dengan jari. Menurut beberapa peniaga, walaupun lokasinya bersebelahan bangunan bersejarah, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka namun banyak faktor lain menyebabkan bazar Ramadan itu gagal menarik perhatian ramai

Peniaga pakaian, Kamarulzaman Che Hashim, 55, berkata, pemilihan kawasan berkenaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bersesuaian kerana agak jauh dengan kemudahan pengangkutan awam. Menurutnya, penutupan laluan Jalan Raja juga hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak.

Sementara itu, Fatin Ayu Eleena Azlan, 21, memberitahu, sejak pukul 10 pagi hingga 5 petang dia menjaga gerai di bazar Ramadan itu, hasil jualan kurma dan biskut tradisionalnya masih belum mencecah RM100.

“Kalau di tapak lama, sekurang-kurangnya kami berjaya mengumpul hasil jualan pagi sahaja sebanyak RM500, kira sudah balik modal sewa tapak di sini. Berbeza di sini, ramai yang tanya tapi tak beli pun sebab rata-rata pelancong asing hanya minat ingin tahu sahaja dan tidak membeli sebab bukannya mereka yang nak sambut raya,” katanya.


TIADA JUALAN JUADAH BERBUKA PUASA DALAM BAZAR RAMADHAN

Selain lokasi dan populariti, isu yang menyulitkan para peniaga adalah ketiadaan gerai menjual juadah berbuka puasa berbanding lokasi yang lama sekaligus mengurangkan daya tarikan tapak perniagaan sementara itu

Bagi peniaga pakaian kanak-kanak, Muhammad Saifuddin Abdul Rashid, 25, mereka terpaksa membungkus makanan dari luar atau rumah ekoran peraturan ditetapkan DBKL sebelum ini iaitu tidak membenarkan jualan juadah berbuka puasa di tapak bazar Ramadan tersebut.

“Satu kerja pula kawan saya kena pergi membeli juadah berbuka di Kampung Baru sebab di sini tiada langsung makanan berbuka puasa yang dijual. Maknanya, peniaga pun kena sedia sebuah motosikal juga untuk berniaga di sini. Secara tak langsung, jualan pun kurang sebab pengunjung akan mencari tempat hendak berbuka. Lain sangatlah situasi tahun ini dengan dulu, kita boleh berniaga dan layan pelanggan sambil berbuka sebab gerai juadah bersebelahan sahaja,” katanya.

Peniaga makanan kering, Nur Safidatul ani Mat Nasir, 30, mengambil sikap positif dan menyifatkan pembaharuan yang dilakukan DBKL dari segi menyediakan kemudahan lebih selesa adalah langkah yang wajar.

“Tempat lebih selesa dan tak sempit. Untuk pengunjung saya rasa lokasi ini sudah bagus. Dari segi jualan, saya positif saja kerana perkara baharu. Dalam masa sama jika DBKL dapat sediakan 'foodtruck' untuk juadah lebih baik demi menarik lebih ramai pengunjung,” katanya.


DBKL BERI AMARAN TARIK BALIK TAPAK NIAGA

Sehubungan laporan "rungutan" peniaga dan pengunjung itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa kegagalan para peniaga memulakan perniagaan dalam tempoh tiga hari akan menyebabkan tapak tersebut ditarik balik dan senarai nama mereka akan disenarai hitamkan.

DBKL memberi tempoh sehingga 8 Mei kepada peniaga-peniaga yang berjaya memperolehi tapak di bazar Ramadan Jalan Raja untuk mula beroperasi bagi mengelakkan tapak terlibat ditarik balik.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslina Nordin, berkata, peniaga-peniaga terlibat juga akan disenarai hitam sekiranya gagal mematuhi arahan ditetapkan. Menurutnya, tempoh itu telah diberikan sejak Ahad lalu untuk memasuki tapak yang telah ditetapkan.

“Wang cagaran berjumlah RM1,000 tidak akan dikembalikan jika mereka gagal untuk berniaga. Tapak mereka akan ditawarkan semula kepada peniaga lain yang layak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majoriti peniaga sudah mula memenuhi tapak bazar Ramadan di Jalan Raja setelah memasuki hari ketiga pengoperasiannya di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad yang bermula pada Isnin lepas.


TRADISI BAZAR RAMADHAN SINONIM DENGAN ORANG MELAYU TERHAKIS?

Pakar ekonomi berpandangan tradisi dan kemeriahan bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di Kuala Lumpur yang sinonim dengan orang Melayu terutama sempena perayaan Aidilfitri mungkin sedikit terhakis.

Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, ia susulan perubahan lokasi bazar Ramadan Jalan TAR yang selama ini sinonim dengan orang Melayu yang dipindahkan ke Jalan Raja.

“Jalan TAR menjadi seperti tradisi orang Melayu berbuka puasa serta membeli-belah setiap kali Ramadan. Bila tukar tempat atau lokasi baharu, semua akan berubah,” katanya.

Amir Hussin memberikan gambaran situasi Jalan TAR ibarat sekiranya pusat pentadbiran Putrajaya berpindah ke Kuala Lumpur pastinya keadaan dan persekitaran berbeza sama sekali. Pada masa sama katanya, keserasian dengan lokasi baharu pasti memberikan kesan kepada peniaga dan pelanggan sekali gus menjurus kepada kemungkinan risiko perniagaan merundum.

“Pengunjung biasa beli-belah di situ serta di gedung-gedung perniagaan berhampiran Jalan TAR, Bila bazar Jalan TAR pindah, mungkin ada pengunjung tak serasi dengan tempat baharu itu. Keserasian dan keselesaan itu sudah hilang,” jelasnya.

Bagaimanapun, bagi pakar ekonomi, Profesor Dr. Barjoyai Bardai, perpindahan lokasi Jalan TAR mungkin tidak memberi kesan ketara kerana orang Islam berbelanja lebih di bazar Ramadan untuk bagi persiapan lebaran.

“Kuasa beli rakyat Malaysia khasnya orang Melayu makin bertambah setiap tahun. Kumpulan orang muda Melayu pula walaupun pendapatan masih dalam lingkungan RM3,000 tetapi golongan ini telah berbelanja lebih daripada kemampuan hidup. Perbelanjaan ini disokong melalui kad kredit dan pinjaman. Ini bukan sesuatu yang positif tetapi realitinya kuasa beli orang Melayu sudah meningkat,” katanya.

Dari segi lokasi perniagaan bazar Ramadan, adakalanya pemindahan sesebuah tempat perniagaan mampu memberi impak positif dan lebih berdaya maju.

“Contohnya pemindahan uptown di Damansara Utama dan Uptown Bangi yang dipindahkan ke kawasan berhampiran Kajang," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2019/05/bazar-ramadhan-jalan-raja-jalan-tar-peniaga-mengeluh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Bagi Resepi Ayam Golek Untuk Meniaga Di Bazar Ramadhan

Mak Bagi Resepi Ayam Golek Untuk Meniaga Di Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 849 hits
Mak Bagi Resepi Ayam Golek Untuk Meniaga Di Bazar RamadhanAYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA tuk niaga jadi uols adjust la ye
Serba Tidak Kena Peniaga Pengunjung Bazar Jalan Raja Mahu Dbkl Dengar Luahan Mereka

Serba Tidak Kena Peniaga Pengunjung Bazar Jalan Raja Mahu Dbkl Dengar Luahan Mereka

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 591 hits
Kelihatan pengunjung tidak dapat membeli juadah berbuka puasa kerana peniaga mengambil tindakan memboikot dari berniaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Dataran Merdeka Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Segal...
Lagi Masalah Bazar Ramadhan Kl 100 Penjaja Danau Kota Masih Samar

Lagi Masalah Bazar Ramadhan Kl 100 Penjaja Danau Kota Masih Samar

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 285 hits
NOTIS arahan penutupan bazar sehari sebelum puasa itu disifatkan sebagai sangat keterlaluan dan merugikan peniaga kerana persediaan telah dibuat beberapa bulan sebelumnya Nasib lebih 100 penjaja Bazar Ramadan Danau Kota masih samarKUALA LUM...
Mee Kawah Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam Icookasia

Mee Kawah Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam Icookasia

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 511 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Skandal Bazar Ramadhan Kingfisher Sprm Perlu Siasat Libatkan Uppm Adun Karambunai Dan Dbkk

Skandal Bazar Ramadhan Kingfisher Sprm Perlu Siasat Libatkan Uppm Adun Karambunai Dan Dbkk

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 361 hits
Peniaga dan penjaja bising apabila lot bazar ramadhan dipajak oleh DBKK kepada UPPM dan agennya Akhirnya peniaga terpaksa membayar kos lebih mahal Di Dun Karambunai dilaporkan surat sokongan Adun Karambunai digunakan untuk monopoli tapak ba...
Bazar Ramadan Jalan Raja Di Bawah Ph Lengang Suram

Bazar Ramadan Jalan Raja Di Bawah Ph Lengang Suram

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 621 hits
SUASANA bazar Ramadan di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka Kuala Lumpur yang kurang pengunjung pada hari pertama bulan Ramadan semalam UTUSAN ONLINE AMIR KHALID KUAL LUMPUR 7 Mei Lengang dan suram Itu gambaran hari pertama operasi bazar...
Tips Beli Makanan Di Bazar Ramadhan

Tips Beli Makanan Di Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 686 hits
Jangan tengok makanan je menarik kena tengok penjual dan gerainya juga Kalau tak bersih penjualnya juga tak bersih baik jangan beli Seram kan kalau beli Apa pun Beli ikut apa yang dimakan Sesekali nak jumpa payah kan Kecuali bulan Ramadhan ...
Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

Bubur Lambuk Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 653 hits
Bubur lambuk adalah antara makanan yang cukup sinonim dengan bulan Ramadhan Kampung Baru akan menjadi lebih popular di bulan Ramadhan kerana banyak gerai yang menjual bubur lambuk akan didirikan di bulan ini Sebelum kita masuk bab resepi sa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat