Serba Tidak Kena Peniaga Pengunjung Bazar Jalan Raja Mahu Dbkl Dengar Luahan Mereka


Muhammad Azizul Osman Kelihatan pengunjung tidak dapat membeli juadah berbuka puasa kerana peniaga mengambil tindakan memboikot dari berniaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI 
KUALA LUMPUR – Segala-galanya serba tidak kena pada hari pertama Bazar Ramadan Jalan Raja yang terletak bersebelahan Dataran Merdeka memulakan operasi semalam.

Lokasi yang agak terasing dari bangunan pejabat serta ketiadaan gerai menjual juadah berbuka puasa antara yang menjadi rungutan para peniaga.

Rata-rata peniaga yang ditemui agak tawar hati apabila terpaksa akur kepada keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memindahkan tapak bazar dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Raja – satu tindakan yang dilihat mengurangkan nilai kepada jenama rezeki Ramadan yang telah dikenali sejak berpuluh tahun lamanya.

Malah, ada pengunjung yang ditemui MalaysiaGazette menyuarakan pandangan betapa lokasi tersebut tidak strategik dan boleh menghilangkan minat orang ramai untuk berkunjung ke situ.
Peniaga, Sofia Adila Mohd Rizal, foto IQBAL BASRISeorang peniaga, Sofia Adila Mohd Rizal menyuarakan harapan supaya tahun depan tapak perniagaaan itu dipindahkan semula ke lokasi asal.

Walaupun cuba berpandangan positif tentang lokasi baharu, namun wanita itu agak ragu-ragu tentang prospek jualan lantaran bazar Jalan Raja belum dikenali dan bimbang tidak dikunjungi orang ramai.

“Kalau boleh kami nak tempat yang lama, sebab kata sana ramai yang sudah tahu. Kat sini ramai yang belum tahu.

“Kita was-was jugak dengan perpindahan ke sini. Harapan kami akan ditempatkan semula ke Jalan TAR,” kata Sofia Adila.

Katnya, proses pengeluaran nombor untuk para peniaga juga lambat menyukarkan mereka membuat persiapan awal.

Berbanding tahun-tahun sebelum ini, nombor tapak hanya dikeluarkan sehari sebelum operasi bermula menyebabkan suasana agak kelam kabut.

Seorang lagi peniaga, Nur Fatin Ayu Azlan berkata, Jalan Raja bersebelahan Dataran Merdeka kebiasaannya hanya dikunjungi oleh pelancong luar dan bukannya pengunjung yang hendak membeli persiapan raya sepertimana di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Nur Fatin Ayu Alina Azlan“Di tempat lama ramai yang datang, di sini tiada pejabat jadi susah orang nak datang beli persiapan raya.

“Jalan TAR tu banyak pejabat dan ada mall jadi kami tidak risau dengan kehadiran pengunjung. Di sini banyak pelancong sahaja. Dia tidak beli barang kita.

“Harap tahun depan dapat berniaga semula ke Jalan TAR, sini kurang sambutan,” katanya.

Nur Nabila Yacob pula meluahkan harapan semoga keputusan yang dibuat oleh kerajaan baharu untuk para penjaja bazar Ramadan dengan memindahkan mereka ke Jalan Raja akan memberikan sesuatu yang besar kepada mereka.

Katanya, tahun-tahun sebelum ini iaitu ketika mereka berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman jualan sememangnya mencanak kerana populariti lokasi perniagaan serta jenama yang telah dikenali sejak berpuluh tahun.
Nur Nabila Yacob“Semua orang tahu bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah ‘bazar syurga’ kerana harga yang ditawarkan memang sangat berbeza.

“Harapan saya apa yang diperbaharui untuk kami penjaja kecil ini, dan apa yang kerajaan baharu bagi kami ini adalah sesuatu benda yang besar,” katanya yang telah sebati dengan bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman sejak kecil lagi.
Pengunjung, Nor Raizal Mohd Razi bmadan untuk menjual juadah berbuka puasa.Selain lokasi dan populariti, isu yang menyulitkan para peniaga adalah ketiadaan gerai menjual juadah berbuka puasa berbanding lokasi yang lama sekaligus mengurangkan daya tarikan tapak perniagaan sementara itu.

“Peniaga nak buka puasa pun susah, sebab tidak ada bazar Ramadan.

“Saya minta Menteri Wilayah usahakan sesuatu dan letak ‘food truck’ ataupun kena ada jualan makanan untuk para perniaga berbuka puasa,” kata Abdul Rashid Mad Zainal sambil memberitahu sehingga pukul 7 petang semalam hanya juadah hari raya seperti ketupat dan rendang yang dijual di situ.
Abdul Rashid Mad Zainal Seorang pengunjung, Nor Raizal Mohd Razi melahirkan rasa terkilan kerana lokasi baharu itu agak terkilan dengan keputusan DBKL memindahkan tapak perniagaan itu.

Beliau menjangkakan sambutan mungkin agak dingin pada tahun pertama ini disebabkan lokasi yang tidak strategik selain kepelbagai perniagaan yang berkurangan berbanding di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Sambutan mungkin kurang sebab Jalan TAR dulu memang terkenal dengan bazar untuk persiapan raya kan. Mungkin saya akan cari persiapan raya kat tempat lain lah pula tahun ini,” katanya lagi yang turut melahirkan rasa kesal kerana tiada gerai menjual juadah berbuka puasa di situ.
Tapak gerai berkeadaan kosong ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama  Bazar Ramadan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRISebelum ini, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahruddin Md Salleh memberikan jaminan lokasi baharu bazar di Bazar Ramadan Dataran Merdeka akan lebih tersusun dan teratur berbanding di tapak sedia ada di Jalan TAR. -MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/serba-tidak-kena-peniaga-pengunjung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Bazar Ramadhan Jalan Raja Apa Yang Dah Berlaku

Isu Bazar Ramadhan Jalan Raja Apa Yang Dah Berlaku

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 839 hits
Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan lubuk makanan terutamanya pada bulan Ramadan Namun tahun ini pengunjung tidak lagi merasai kemeriahan di kawasan tersebut kerana bazar Ramadan di sepanjang Jalan TAR dipinda...
Kebersihan Mpk Beri Amaran Kepada Peniaga Bazar Ramadan

Kebersihan Mpk Beri Amaran Kepada Peniaga Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 559 hits
KUANTAN Majlis Perbandaran Kuantan memberi amaran kepada peniaga bazar Ramadan di daerah ini untuk memastikan makanan dan minuman yang dijual berada dalam keadaan baik dan bersih Yang Dipertua MPK Datuk Fadzilla Salleh berkata pemantauan ol...
Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh Mpk

Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh Mpk

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 518 hits
KUANTAN Tujuh peniaga bazar Ramadan tapak baharu di Indera Sempurna masing masing dikenakan kompaun RM250 kerana berniaga tanpa permit pada Isnin lalu Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya Nor Kamawati Kamal berkata kompaun itu dik...
4913 Sidang Media Peniaga Dan Pemilik Kedai Bazar Central Dianiaya Ppim 29 4 19

4913 Sidang Media Peniaga Dan Pemilik Kedai Bazar Central Dianiaya Ppim 29 4 19

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 372 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima aduan dari pengusaha Kedai Bazar Central Nilai 3 Negeri Sembilan yang mendakwa telah berlaku perlanggaran perjanjian sewaan dan penganiayaan oleh pihak pengurusan kawasan perniagaan tersebut Kebany...
Bazar Ramadan Jalan Raja Di Bawah Ph Lengang Suram

Bazar Ramadan Jalan Raja Di Bawah Ph Lengang Suram

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 621 hits
SUASANA bazar Ramadan di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka Kuala Lumpur yang kurang pengunjung pada hari pertama bulan Ramadan semalam UTUSAN ONLINE AMIR KHALID KUAL LUMPUR 7 Mei Lengang dan suram Itu gambaran hari pertama operasi bazar...
Sebanyak 250 Lesen Penjaja Terhad Bermasa Dikeluarkan Oleh Dbkl Kepada Peniaga Tepi Jalan

Sebanyak 250 Lesen Penjaja Terhad Bermasa Dikeluarkan Oleh Dbkl Kepada Peniaga Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 464 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 250 lesen penjaja terhad bermasa telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada para peniaga tepi jalan di sekitar ibu kota Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad lesen berkenaan telah mula ...
Carsome Memperluaskan Pusat Pengoperasian Mereka Ke Lebih Banyak Negeri Di Malaysia

Carsome Memperluaskan Pusat Pengoperasian Mereka Ke Lebih Banyak Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 336 hits
Bermula Mei ini Carsome telah mula melancarkan pusat pemeriksaan mereka di Melaka diikuti dengan Ipoh dan Batu Pahat pada bulan hadapan Menerusi matlamat ini Carsome ingin mengembangkan lagi operasi perniagaan mereka diseluruh negeri di Mal...
Mereka Cuma Bergurau

Mereka Cuma Bergurau

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 325 hits
Ketua Polis Daerah Langat Superintendan Azizan Tukiman mengesahkan kejadian seorang lelaki berusia 50 an yang mempunyai masalah lembam dan mental dibuli oleh sekumpulan remaja Perbuatan lima remaja terbabit menimbulkan rasa tidak puas hati ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui