Lagi Masalah Bazar Ramadhan Kl 100 Penjaja Danau Kota Masih Samar



NOTIS arahan penutupan bazar sehari sebelum puasa itu disifatkan sebagai sangat keterlaluan dan merugikan peniaga kerana persediaan telah dibuat beberapa bulan sebelumnya.


Nasib lebih 100 penjaja Bazar Ramadan Danau Kota masih samarKUALA LUMPUR: Lebih 100 penjaja dan peniaga Bazar Ramadan Danau Kota, di sini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan mereka berniaga di tapak itu sekali gus mengeluarkan lesen perniagaan.Hal ini berikutan tindakan DBKL yang mengeluarkan notis arahan penutupan bazar sehari sebelum puasa itu disifatkan sebagai sangat keterlaluan dan merugikan peniaga kerana persediaan telah dibuat beberapa bulan sebelumnya.Jurucakap persatuan penjaja Bazar Ramadan Danau Kota, Mior Rahimi Mior Harun, 67, berkata pihaknya kesal terhadap pengurusan DBKL berhubung status perniagaan tapak mereka yang belum menemui jalan penyelesaian.Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sepatutnya memaklumkan penutupan bazar sebulan lebih awal dan bukannya memberi arahan secara tiba-tiba.“Kami diberitahu sehari sebelum bulan Ramadan itu secara lisan, tiada arahan ataupun notis dikeluarkan sebelum ini berkenaan dengan tapak sedia ada tidak dibenarkan berniaga, mana kami sempat nak buat apa-apa?“Dalam masa yang sesingkat itu, mustahil peniaga dapat mencari tapak baharu kerana mereka sudah membuat persiapan untuk berniaga pada bulan Ramadan ini, jika ditutup kami akan mengalami kerugian RM2,000 hingga RM6,000,” katanya kepada Bernama.Beliau berkata, pihaknya telah menghantar permohonan bazar sejak 22 Jan lepas namun dalam tempoh empat bulan tiada sebarang maklum balas daripada DBKL sehinggalah arahan penutupan dikeluarkan Ahad lalu.Dalam pada itu, Mior Rahimi menegaskan bahawa peniaga tidak akan berganjak daripada berniaga di bazar itu walaupun dihalang DBKL.“Selama tempoh lebih 20 tahun kami berniaga tapak bazar Ramadan di sini, kami tidak pernah berdepan dengan masalah sedemikian...selagi kami tidak mendapat kata putus daripada DBKL, selagi itulah kami tetap mahu meneruskan perniagaan kerana persediaan sudah dilakukan beberapa bulan lepas, jika tidak berniaga kami tiada pendapatan untuk raya,” katanya.Peniaga roti canai, Omar Abdul Jalil, 50, berkata beliau telah mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan untuk berniaga di tapak Bazar Ramadan Danau Kota semata-mata untuk mencari rezeki tambahan.“Selama lebih tujuh tahun berniaga di sini, inilah pertama kali kami berniaga tanpa lesen dan hampir setiap hari kami risau gerai-gerai kami disita oleh DBKL, jika tidak boleh berniaga kami hilang punca pendapatan dan kami sangat berharap DBKL dapat memberi lesen kepada kami,” katanya.Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff, berkata tiada sebarang kelulusan dikeluarkan pihaknya terhadap pengoperasian tapak bazar Ramadan Danau Kota pada tahun ini.Beliau berkata, pihak penguat kuasa DBKL telah turun padang untuk memberi amaran kepada penjaja-penjaja kawasan itu supaya jangan meneruskan perniagaan mereka.“Mereka perlu memohon daripada DBKL jika mahukan lesen untuk perniagaan mereka...sebab tapak tiada kelulusan dan jika mereka masih degil untuk berniaga tindakan sita akan dilakukan,” katanya.Ketua Bahagian Penguatkuasaan Zon DBKL Muhammad Irwan Abdullah berkata tindakan menyita akan dilakukan sekiranya peniaga didapati masih degil menjalankan perniagaan tanpa lesen di kawasan itu.Beliau berkata ia bagi memastikan keselamatan baik daripada penjaja mahupun pengunjung terjamin.“Ada sebabnya kenapa DBKL tidak membenarkan mereka berniaga di tapak itu dan jika mereka masih lagi tidak berganjak, kami akan mengambil tindakan menyita gerai-gerai terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/lagi-masalah-bazar-ramadhan-kl-100.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Beli Makanan Di Bazar Ramadhan

Tips Beli Makanan Di Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 689 hits
Jangan tengok makanan je menarik kena tengok penjual dan gerainya juga Kalau tak bersih penjualnya juga tak bersih baik jangan beli Seram kan kalau beli Apa pun Beli ikut apa yang dimakan Sesekali nak jumpa payah kan Kecuali bulan Ramadhan ...
Masih 800 000 Pengguna Air Di 65 Kawasan Terjejas Sejak Sebelum Ramadhan

Masih 800 000 Pengguna Air Di 65 Kawasan Terjejas Sejak Sebelum Ramadhan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 388 hits
PEMUDA PAS Selangor melahirkan rasa keprihatinan atas musibah yang berlaku ke atas warga Klang dan sekitarnya dengan masalah bekalan air Gangguan bekalan air yang menjejaskan hampir 800 000 pengguna di 65 kawasan sekitar Klang terjadi sejak...
Skandal Bazar Ramadhan Kingfisher Sprm Perlu Siasat Libatkan Uppm Adun Karambunai Dan Dbkk

Skandal Bazar Ramadhan Kingfisher Sprm Perlu Siasat Libatkan Uppm Adun Karambunai Dan Dbkk

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 369 hits
Peniaga dan penjaja bising apabila lot bazar ramadhan dipajak oleh DBKK kepada UPPM dan agennya Akhirnya peniaga terpaksa membayar kos lebih mahal Di Dun Karambunai dilaporkan surat sokongan Adun Karambunai digunakan untuk monopoli tapak ba...
Bulan Ramadhan Masih Gagah Alhamdulillah Tasha Manshahar Masih Mampu Berpuasa Walaupun Sarat Hamil

Bulan Ramadhan Masih Gagah Alhamdulillah Tasha Manshahar Masih Mampu Berpuasa Walaupun Sarat Hamil

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 665 hits
Penyanyi Tasha Manshahar berkongsi di laman instagramnya bahawa dia masih lagi kuat dan mampu berpuasa di bulan Ramadhan meskipun sarat hamil anak pertamanya Ini merupakan pengalaman pertama bagi Tasha berpuasa ketika sedang hamil Dia juga ...
Ibu Kota Pindah Solusi Untuk Kerugian Rp 100 T Jakarta Akibat Macet Hingga Polusi

Ibu Kota Pindah Solusi Untuk Kerugian Rp 100 T Jakarta Akibat Macet Hingga Polusi

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 273 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi telah memutuskan ibu kota pindah ke luar Jawa Namun hingga saat ini pemerintah belum mengungkap lokasi ibu kota baru Pemerintah memiliki sejumlah alasan di balik rencana pemindahan ibu kota tersebut misalnya...
Lapak Daging Di Bazar Murah Balai Kota Bogor Sempat Diwarnai Protes Warga

Lapak Daging Di Bazar Murah Balai Kota Bogor Sempat Diwarnai Protes Warga

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 240 hits
Saat mengantre tiba tiba ada petugas membagikan kupon pada warga yang menyerobot Mereka yang sudah menunggu lebih awal protes dan meneriaki petugas tersebut
Masalah Kesehatan Jiwa Di Indonesia Dianggap Masih Terbelakang Dan Disepelekan

Masalah Kesehatan Jiwa Di Indonesia Dianggap Masih Terbelakang Dan Disepelekan

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 290 hits
Ini bukan lagi hanya dinomorduakan Menurut saya ini sudah paling belakang kata psikoterapis Yusa Azis pada Health Liputan6 com
Mee Kawah Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam Icookasia

Mee Kawah Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam Icookasia

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 515 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes

Pkr Rep Lodges Report Against Najib S Facebook Admin

Car Solid Perfume Fragrance


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Resepi Kaswi Pandan

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You