Jangan Gunakan Isu Perkauman Untuk Menidakkan Peluang Pelajar Cemerlang


Kasthuri Jeevendran Dr Mahaaganapathy Dass
KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan bahawa kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu disebabkan janji-janji dan harapan menggunung tentang transformasi dan dasar lebih baik berbanding yang ditawarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Antara janji yang menyebabkan kaum Cina dan India memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan PH termasuk memberikan keistimewaan pendidikan kepada semua.

Tetapi, Naib Presiden Persatuan Alumni India Universiti Malaya (PANI UM), Dr Mahaaganapathy Dass sangat kecewa dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kini oleh PH khususnya Kementerian Pendidikan berhubung kemasukan ke Program Matrikulasi.

Mahaaganpathy berkata, beliau tidak mempersoalkan tentang keistimewaan serta hak-hak Bumiputera mahupun apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan, sebaliknya apa yang dituntut adalah janji-janji yang ditaburkan oleh para pemimpin PH sebelum menang besar dalam pilihan raya lalu.

Jelas beliau, PH berjanji untuk memberi peluang pendidikan jauh lebih baik daripada kerajaan BN namun tindak-tanduk kerajaan pada hari ini tidak memberi gambaran apa yang dijanjikan.

“Kami sebenarnya bukan berniat mahu melakukan sebarang provokasi atau kontroversi dengan isu ini tetapi hanya menuntut janji dan komitmen yang diberikan kepada kami. Itu adalah harapan tinggi menggunung buat kami.

“Malah semangat Malaysia Baharu perlu dikekalkan dengan melakukan apa yang betul, isu ini sebenarnya perlu diteliti dengan serius dan tindakan susulan perlu dilakukan. Anda yang berjanji akan memberikan pendidikan sama rata kepada semua, kini lain pula.

“Saya kecewa dan terkilan dengan respons yang diberikan dalam isu tawaran tempat matrikulasi berdasarkan kaum. Pendidikan sepatutnya diberikan sama rata apatah lagi apabila anda mempunyai pelajar-pelajar cemerlang.

“Seandainya kerajaan terus memainkan isu perkauman dalam tawaran para pelajar cemerlang, termasuk pelajar yang tidak berkemampuan berdasarkan kaum dan latar belakang, kita sebenarnya akan terus mundur.

“Berilah peluang kepada mereka ini untuk melanjutkan pelajaran di institusi awam daripada membiarkan yang cemerlang, berbakat dan berkebolehan itu meninggalkan negara dan mencari peluang di negara lain. Ini akan merugikan kita pada masa hadapan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Mahaaganapathy berkata, adalah tidak adil apabila isu perkauman pelajar-pelajar berkelayakan ini dijadikan alasan mengapa tawaran mereka ditolak dan memaksa ibu bapa yang tidak mampu terpaksa membanting tulang mencari wang bagi memastikan anak-anak mereka belajar di luar negara kerana tiada peluang di sini.

“Jangan buat begini dengan memberi tekanan kepada para pelajar yang sudah bertungkus-lumus siang malam bagi mendapatkan keputusan cemerlang namun kerajaan pula menidakkan kelayakan mereka,” katanya.

Mahaaganapathy mengulas kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong pengekalan dasar penawaran 90 peratus tempat pelajar Bumiputera dan 10 peratus kepada bukan Bumiputera dalam Program Matrikulasi.

Pengekalan dasar itu selaras dengan matlamat asal program itu untuk membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti.

Mahaaganapathy meminta kerajaan PH tidak menggadaikan sama depan para pelajar cemerlang ini dengan polisi dan dasar yang menyulitkan mereka.

“Apa yang anda janji, anda dikotakan. Jangan kata kami meminta ‘lebih-lebih’. Anda yang beri harapan sebenarnya,” tegasnya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/jangan-gunakan-isu-perkauman-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktivis Pelajar Ph Tak Patut Salahkan Orang Lain Isu Statut Rom Icerd

Aktivis Pelajar Ph Tak Patut Salahkan Orang Lain Isu Statut Rom Icerd

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 352 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan PH bersikap tidak bertanggungjawab kerana menyalahkan pihak lain berhubung kekeliruan yang akhirnya membawa kepada keputusan menarik balik penyertaan konvensyen antarabangsa kata aktivis pela...
4889 Sumbangan Dana Pelajar Cemerlang Ppim 12 4 19

4889 Sumbangan Dana Pelajar Cemerlang Ppim 12 4 19

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 390 hits
toqqi nadzim johan mewakili pihak keluarga Azmi Abd Aziz Rahayu Kasmani memohon sumbangan bagi membantu anak anak pasangan ini seperti link di bawah Diharap orang awam dan syarikat korporat untuk turut sama membantu menyumbang dana pembiaya...
Jelang Pencoblosan Masyarakat Diminta Jangan Takut Gunakan Hak Pilih

Jelang Pencoblosan Masyarakat Diminta Jangan Takut Gunakan Hak Pilih

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 268 hits
Pemilu 2019 sudah tinggal menghitung hari Namun berita hoaks dan ujaran kebencian masih saja terjadi
Jangan Dibedung Bayi Beri Bayi Peluang Bergerak Pergerakan Bayi Tingkatkan Pertumbuhan Otak

Jangan Dibedung Bayi Beri Bayi Peluang Bergerak Pergerakan Bayi Tingkatkan Pertumbuhan Otak

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 360 hits
Kenapa perlu beri bayi peluang bergerak gerak Bahagian otak dan saraf yang mengawal pergerakkan tidak boleh dirangsang seperti pancaindera sensori Tetapi sangat penting ianya diberi peluang bergerak gerak Galakkan anggota badan bayi khususn...
Isu Artis Lgbt Laju Je Tibai Kena Kat Member Sendiri Kata Jangan Jaja Aib Dai E Wan Dikecam Netizens

Isu Artis Lgbt Laju Je Tibai Kena Kat Member Sendiri Kata Jangan Jaja Aib Dai E Wan Dikecam Netizens

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1252 hits
VIRAL Dengan kemarahan lautan netizens yang membantai PU Abu Sufyan di laman sosial Dai e Wan turut menerima tempiasnya Troll netizensIni gara gara kicauan Da i Wan Dazrin berkenaan isu rumahtangga PU Abu Sufyan Da i Wan berkata PU Abu tida...
4885 Pelajar Melayu Cemerlang 10a Spm Dari Sekolah Cina Diabaikan Sidang Media 11 4 19

4885 Pelajar Melayu Cemerlang 10a Spm Dari Sekolah Cina Diabaikan Sidang Media 11 4 19

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 387 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengadakan satu sidang media bagi menyuarakan kegusaran rakyat Malaysia terutama golongan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia PPIM telah menerima beberapa aduan mengenai bantua...
Rakyat Pilih Bn Ph Masih Berjiwa Pembangkang Main Isu Perkauman Pecah Belah Keharmonian

Rakyat Pilih Bn Ph Masih Berjiwa Pembangkang Main Isu Perkauman Pecah Belah Keharmonian

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR 17 April Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan Lateffah Ali Kunju berkata kempen yang dilakukan oleh Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau adalah cara yang tidak sihat apabila mereka cuba mera
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Cikbunga Menunaikan Umrah

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders