Istinjak Menggunakan Tisu Tandas Apabila Ketiadaan Air



Soalan:
Di tempat saya bekerja, tandasnya tiada air yang boleh digunakan untuk istinjak, jadi saya terpaksa menggunakan tisu tandas. Apa yang saya buat ialah, pertama menggunakan tisu tandas yang kering. Kedua saya menggunakan tisu tandas yang saya basahkan dengan air. Selepas itu, barulah saya melakukan istinjak yang sebenar iaitu menyapu tiga kali atau lebih menggunakan tisu tandas sehingga bersih. Adakah sah istinjak yang saya lakukan ini?

Jawapan:
Islam merupakan agama yang sangat mementingkan kebersihan. Allah SWT memerintahkan hamba-Nya supaya menyucikan diri daripada semua hadas, samada hadas kecil mahupun hadas besar sebelum menunaikan sebahagian ibadah seperti menunaikan solat, memegang mushaf al-Quran, tawaf dan lain-lain. Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah al-Baqarah: 222)

Oleh itu, Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk beristinjak bagi membersihkan diri daripada najis dan kekotoran yang keluar daripada qubul dan dubur dengan menggunakan air dan apa yang boleh menggantinya. Penggunaan air dalam beristinjak bukanlah suatu perkara yang wajib. Imam al-Nawawi menyebut bahawa para ulama’ Syafie bersepakat harus untuk beristinjak menggunakan batu dan benda-benda lain seumpamanya yang menepati syarat-syarat alat istinjak yang ditetapkan oleh para ulama’. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:130)

Syarat-syarat sesuatu yang selain air untuk boleh dijadikan alat istinjak ialah:
Pertama, hendaklah benda tersebut sesuatu yang suci dan bukan najis. Jika sekiranya seseorang itu beristinjak dengan sesuatu yang najis maka hendaklah dia membersihkannya sekali lagi dengan air.Kedua, hendaklah benda tersebut kering dan kesat. Oleh itu, tidak sah benda yang bersifat licin dan basah.Ketiga, hendaklah benda tersebut bukan sesuatu yang dihormati seperti makanan, tulang binatang dan lain-lain. (Rujuk Raudah al-Tolibin al-Nawawi, 1 : 68-69)



Antara bahan-bahan kesat dan kering yang boleh menggantikan air bagi istinjak ialah tisu tandas. Ini memandangkan tisu tandas itu mampu untuk menghilangkan najis dan membersihkan anggota badan. Walaubagaimanapun, jika sekiranya mampu untuk dia mendapatkan air bagi beristinjak, maka hendaklah dia melakukan demikian. Begitu jika sekiranya dia mampu untuk menghimpun kedua-duanya, iaitu dengan menghilangkan najis terlebih dahulu dengan benda kesat dan disudahi dengan membasuh dengan air, maka itu lebih afdhal. (Rujuk Kasyifat al-Saja, 266)

Justeru itu, cara yang terbaik untuk melakukan istinjak ialah dengan menggabungkan kedua-duanya tersebut iaitu bahan kesat dan air. Jika sekiranya ketiadaan air, maka hendaklah menggunakan bahan kesat sahaja tanpa membasahkan seperti yang dilakukan oleh saudara yang bertanya. Ini kerana jika ia dibasahkan dengan air dibimbingi bahawa najis tersebut akan merebak kepada tempat yang lain, sekaligus menyebabkan wajib untuk membersihkannya dengan air pula.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan boleh untuk kita menggunakan bahan kesat yang lain bagi menggantikan air. Kami menyatakan bahawa tisu tandas menepati syarat-syarat yang diletakkan para ulama’ terhadap bahan-bahan kesat bagi menggantikan air.

Justeru menggunakan tisu sebagai gantian kepada air adalah sah. Namun kami juga menyatakan bahawa jika mempunyai air dan mudah untuk didapati, sebaiknya hendaklah mendahulukan penggunaan air terlebih dahulu atau mengabungkan kedua-duanya. Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami agamaNya mengamalkan syariahnya dengan sebaik mungkin. Amin. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/istinjak-menggunakan-tisu-tandas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Soda Laici Herb Penyejuk Tekak Di Bulan Puasa

Air Soda Laici Herb Penyejuk Tekak Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 1133 hits
AssalammualaikumLayan Air soda laici herb sedap sgt SeMangkok besar buat ank2 asyik ulang alik buka peti ais
6 Tahun Tiada Kerja Makan Nasi Dengan Garam Air Paip Saya Susah Sangat

6 Tahun Tiada Kerja Makan Nasi Dengan Garam Air Paip Saya Susah Sangat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 460 hits
6 Tahun Tiada Kerja Makan Nasi Dengan Garam Air Paip Saya Susah Sangat Terinspirasi dengar kisah hidup wanita cekal bernama Ras Adiba Radzi ini Secara luaran ramai melihat kehidupan yang dilaluinya cukup mudah Namun di sebalik kesenangan ha...
Jom Lihat Keindahan Air Terjun Blue Green Havasu Canyon

Jom Lihat Keindahan Air Terjun Blue Green Havasu Canyon

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 512 hits
Air Terjun Blue green Havasu Canyon Arizona Havasu Falls Tempat yang indah di Arizona Dengan pemandangan yang indah dengan lokasi yang hebat Terletak 1 km dari Supai Arizona Amerika Syarikat Havasu Falls terletak 1 km di luar kampung Havasu...
Ketahui Punca Darah Dalam Air Kencing

Ketahui Punca Darah Dalam Air Kencing

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 462 hits
FMT Reporters Menyedari kewujudan darah dalam air kencing anda semestinya sesuatu yang merisaukan baik untuk lelaki wanita muda mahupun tua Dalam kelas perubatan punca punca kewujudan darah dalam air kencing dibahagikan kepada dua iaitu dar...
Kasus Suap Air Minum Kpk Periksa Direktur Hutama Karya

Kasus Suap Air Minum Kpk Periksa Direktur Hutama Karya

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 336 hits
Delapan tersangka tersebut yakni Direktur Utama PT Wijaya Kusuma Emindo Budi Suharto Direktur PT WKE Lily Sundarsih Wahyudi Direktur Utama PT Tashida Sejahtera Perkasa Irene Irma dan Direktur PT TSP Yuliana Enganita Dibyo Keempatnya diduga ...
Lelaki Untung Rm525 Sehari Jual Air Ketum

Lelaki Untung Rm525 Sehari Jual Air Ketum

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 566 hits
Penjual air ketum di Sekendi Sungai Besar akhirnya tumpas apabila ditahan sepasukan anggota polis di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Penjualan air ketum yang telah dijalankan selama 2 tahun itu mendapat untun...
Benarkah Air Mineral Jenama Spritzer Tercemar Dengan Air Dari Kawasan Perkuburan Cina

Benarkah Air Mineral Jenama Spritzer Tercemar Dengan Air Dari Kawasan Perkuburan Cina

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 693 hits
Hari ini adalah hari terakhir aku sebagai pekerja di sebuah kilang air mineral yang terbesar di Malaysia yang mana lebih dikenali sebagai jenama Spritzer Kilang ini terletak di kawasan Air Kuning Taiping Ia juga sebenarnya terletak di bahag...
9 Panduan Yang Boleh Diikuti Untuk Melariskan Jualan Bisnes Air Balang

9 Panduan Yang Boleh Diikuti Untuk Melariskan Jualan Bisnes Air Balang

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 563 hits
Untuk memastikan Bisnes Air Balang yang kamu usahakan laris ikuti 9 panduan yang telah terbukti amat berkesan ini 9 panduan
Kedah Antara Negeri Setuju Naik Tarif Air Exco

Kedah Antara Negeri Setuju Naik Tarif Air Exco

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 388 hits
THE MALAYSIAN TIMES ALOR SETAR Kedah merupakan antara enam negeri yang bersetuju dengan rancangan Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli untuk menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna Pengerusi Jawat...
Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Pa Yang Multitasking

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

18 Peserta Big Stage Alpha All Male Spin Off Berentap

Berlindung Daripada Penyakit Ain

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan