Kedah Antara Negeri Setuju Naik Tarif Air Exco


THE MALAYSIAN TIMES 

ALOR SETAR: Kedah merupakan antara enam negeri yang bersetuju dengan rancangan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli untuk menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri, Zamri Yusuf bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak bersetuju dengan cadangan kenaikan tarif sebanyak 20 peratus seperti dikemukakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Jumlah tersebut tidak sesuai, kita tidak setuju dengan jumlah tersebut tetapi bukan tolak terus (cadangan menaikkan tarif air)

“Sebelum naikkan kadar tarif, kita mahu pastikan rakyat di negeri ini sentiasa berupaya membayar kadar air tersebut selain mahu pastikan perkhidmatan bekalan air itu sendiri perlu ditambah baik,” katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Mesyuarat Keempat Penggal Pertama DUN Ke-14 di sini, hari ini.

Rabu lepas, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dilaporkan berkata rundingan untuk menaikkan tarif air giat dijalankan kerana kadar berkenaan tidak pernah disemak dalam tempoh 20 tahun dan enam negeri sudah bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Sementara itu, semasa menjawab pertanyaan mulut pada sidang DUN hari ini, Zamri memberitahu bekalan air di Kedah mencukupi dengan paras air di lima empangan di negeri ini mencatatkan bacaan yang memuaskan serta mampu menampung keperluan domestik dan pertanian sepanjang tahun ini.

Beliau berkata paras air itu dianggap terkawal kerana Empangan Beris, Empangan Muda, Empangan Ahning, Empangan Malut dan Empangan Pedu mampu menampung air melebihi tempoh tiga bulan yang ditetapkan pada musim panas.

Katanya, takungan air di Empangan Beris sehingga semalam berada pada paras 56.31 peratus yang dijangka mencukupi sehingga 18 Jun 2019; Empangan Muda (47.80 peratus) sehingga 24 April 2019, Empangan Ahning (67.25 peratus) sehingga Okt 2019, Empangan Malut (75 peratus) sehingga 21 Sept 2019 dan Empangan Pedu pada 79.64 peratus sehingga Mei 2020.

“Pada permulaan musim panas, kita bimbang bekalan air tidak cukup dan hanya mampu bertahan dalam tiga bulan, tapi kini cuaca sudah berubah dan hujan, itu menyebabkan kedudukan paras air lebih baik dan dapat bertahan lebih lama dari tempoh jangkaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Suraya Yaacob (BN-Sungai Tiang) yang ingin tahu mengenai bacaan paras sumber bekalan air terkini di Kedah dan jangkaan untuk tempoh tiga bulan pada musim panas ini.–Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/kedah-antara-negeri-setuju-naik-tarif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enam Negeri Setuju Naik Tarif Air

Enam Negeri Setuju Naik Tarif Air

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 349 hits
Rancangan untuk menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna kini mendapat persetujuan enam negeri Foto hiasanKUALA LUMPUR Rancangan untuk menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan beka...
K Tan Tak Naik Tarif Air Walau 6 Negeri Setuju Naik

K Tan Tak Naik Tarif Air Walau 6 Negeri Setuju Naik

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 287 hits
KOTA BHARU Kerajaan Kelantan tidak berhasrat menaikkan kadar tarif air dalam masa terdekat biar pun ada negeri lain bersedia meningkat tarifnya Timbalan Menteri Besar Dato Mohd Amar Abdullah berkata perkara tersebut tidak dibincangkan pada ...
Tarif Air Naik Tidak Akan Bebankan Rakyat Bawahan Kata Kerajaan Ph Viralhancing

Tarif Air Naik Tidak Akan Bebankan Rakyat Bawahan Kata Kerajaan Ph Viralhancing

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Air Tanah Dan Sumber Asli beri jaminan bahawa kenaikan tarif air secara berperingkat tahun ini tidak akan membebankan golongan isi rumah berpendapatan rendah Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Air Dan Pembentungan Dr ...
Informasi Tak Mampu Bekalkan Air Bersih Bila Ada Yang Bantu Dilarang Ph Kedah Dah Sasau Kot

Informasi Tak Mampu Bekalkan Air Bersih Bila Ada Yang Bantu Dilarang Ph Kedah Dah Sasau Kot

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 324 hits
Kerajaan PH Kedah takut bayang bayangALOR SETAR Kerajaan Pakatan Harapan Kedah dianggap takut bayang bayang sendiri apabila mengarahkan lori menghantar air tajaan wakil rakyat PAS menghentikan operasi Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Mohd ...
Pembangkang Kecewa Kerajaan Negeri Kedah Politikkan Bantuan Kepada Wanita

Pembangkang Kecewa Kerajaan Negeri Kedah Politikkan Bantuan Kepada Wanita

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 580 hits
Tindakan kerajaan negeri menolak borang permohonan Tabung Khas Wanita Kedah yang mempunyai tandatangan pengesahan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang disifatkan sebagai sandiwara politik ADUN Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob mendakw...
Kenaikkan Tarif Air Tanggungjawab Rakyat

Kenaikkan Tarif Air Tanggungjawab Rakyat

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 562 hits
Wartawan Watan Online Kerajaan baharu Pakatan Harapan menjangkakan kenaikkan tarif air secara berperingkat bermula tahun ini bagi penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata ke...
Ph Kedah Bekal Air Bersh Pelbagai Warna Ha Ha Ha

Ph Kedah Bekal Air Bersh Pelbagai Warna Ha Ha Ha

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 413 hits
Air dibekal ada pelbagai warnaALOR SETAR Kerajaan Pakatan Harapan Kedah diminta menangani segera krisis air yang begitu kronik berlaku di Dun Tanjung Dawai dan daerah Merbok Ustaz Hanif Ghazali berkata krisis air di kawasan terbabit mengund...
48 Unit Mesin Air Bertapis Tidak Berlesen Di Sita Di Pulau Pinang

48 Unit Mesin Air Bertapis Tidak Berlesen Di Sita Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 533 hits
KEPALA BATAS Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menyita 48 unit mesin jualan air bertapis bernilai RM230 400 dalam operasi di sekitar negeri ini hari ini Dalam operasi disertai lebih 30 penguat kuasa itu kebanyakan mesin berkenaan dipasang tanp...
Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Penjaja Belon Bertindak Agresif Tolak Anggota Penguat Kuasa Dbkl

Nak Bantu Pun Sanusi Marah Akai Tak Dak

Is Vr And Ar The Next Big Thing In Gaming

Along Bakal Mati Syawal Ini

Preparing Your Home For Hari Raya A Guide To Multigenerational Living

Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akibat Intregriti Yang Atok Musnahkan

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Ambil Kuih Raya

Proton Saga Mc3 Facelift 2025 Adakah Ia Akan Membuat Kejutan Tahun Ini

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Bahan Bahan 2 Ekor Ayam