Benarkah Air Mineral Jenama Spritzer Tercemar Dengan Air Dari Kawasan Perkuburan Cina




Hari ini adalah hari terakhir aku sebagai pekerja di sebuah kilang air mineral yang terbesar di Malaysia, yang mana lebih dikenali sebagai jenama Spritzer. Kilang ini terletak di kawasan Air Kuning, Taiping. Ia juga sebenarnya terletak di bahagian kaki Bukit Larut yang menjadi salah satu simbol bagi Bandar Taiping, Perak.

Sebagai seorang yang pernah melihat dan terlibat secara dekat dalam proses penghasilan produk air mineral jenama Spritzer ini, aku rasa dah menjadi tanggungjawab aku untuk membuat pencerahan terhadap khabar angin yang telah sekian lama disebarkan orang awam khususnya warga tempatan tanpa mengetahui kebenarannya.




Aku akui, salah satu sebab aku memohon untuk bekerja di Spritzer dulu adalah untuk melihat sendiri dari dalam, apakah benar atau tidak khabar angin tersebut. Alhamdulillah, ditakdirkan aku akhirnya diterima masuk sebagai eksekutif yang dipertanggungjawabkan terhadap seksyen pemprosesan air.

Tahukah anda, air mineral jenama Spritzer ini telah diekstrak keluar dari bawah tanah melalui telaga-telaga atau punca air yang telah digali sedalam lebih daripada 420 kaki (128 meter)? Kawasan telaga atau punca air mineral jenama Spritzer ini pula terletak di dalam kawasan hutan hujan tropika yang berada di dalam kawasan persendirian yang mempunyai keluasan seluas 330 ekar, bersamaan dengan keluasan 266 buah padang bola! Kawasan hutan hujan tropika yang luas dan dikawal ini memastikan telaga atau punca air terlindung dari segala unsur pencemaran dan unsur sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jirat atau perkuburan Cina yang dikaitkan dengan khabar angin pula terletak di luar kawasan persendirian ini.

Tahukah anda, setiap telaga atau punca air yang digunakan ini perlu mendapatkan kelulusan atau lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Anda boleh semak label di setiap botol air mineral yang anda beli, pasti terdapat label lesen punca air ini. Proses untuk mendapatkan lesen punca air ini pula bukan mudah, kerana pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan kawasan punca air tersebut mematuhi syarat-syarat tertentu, contohnya terletak jauh dari kawasan yang berpotensi mencemari punca air. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan melakukan pemeriksaan sebelum meluluskan dan mengeluarkan lesen punca air kepada pihak yang memohon.

Tahukah anda, air mineral yang diekstrak keluar ini sebenarnya telah pun ‘ditapis’ secara semula jadi oleh lapisan-lapisan bawah tanah yang terdiri dari pelbagai jenis batuan. Tapi untuk menghasilkan produk air mineral yang akan dipasarkan atau dijual kepada pengguna, proses rawatan tambahan perlu dilakukan bagi memastikan kualiti dan air yang dipasarkan selamat untuk diminum. Oleh itu, air mineral yang diekstrak keluar dari bawah tanah tadi seterusnya akan dibawa ke bahagian pemprosesan atau rawatan air mineral. Di sana, pelbagai jenis proses penapisan dan rawatan air mineral dilakukan bagi menyingkirkan mikroorganisma berbahaya, bendasing, dan lain-lain lagi yang tidak diingini. Selepas air mineral tadi dirawat, barulah ia dihantar ke bahagian pembotolan dan seterusnya dipek sebelum dipasarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia dan juga di luar negara.

Tahukah anda, produk air mineral jenama Spritzer ini mempunyai lesen atau sijil Halal dan telah disahkan Halal oleh pihak JAKIM? Bukan mudah bagi sesuatu produk makanan/minuman untuk memiliki sijil Halal ini kerana terdapat prosedur-prosedur ketat yang perlu dipatuhi dan audit secara berterusan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan semua kriteria dipenuhi. Selain Halal, pemantauan secara berterusan turut dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kualiti air mineral yang dihasilkan di kilang Spritzer ini.

Jadi, benarkah air mineral jenama Spritzer tercemar dengan air dari jirat (kawasan perkuburan) Cina?

Jawapannya adalah TIDAK BENAR, atau lebih tepat lagi adalah khabar angin semata-mata.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan melihat dari dekat proses penghasilan produk air mineral jenama Spritzer ini, anda boleh datang terus ke Spritzer Eco Park yang terletak berhadapan dengan kilang Spritzer yang terletak di Air Kuning, Taiping, Perak. Di sana anda boleh mendaftar untuk plant tour yang diadakan hampir setiap hari. Sila hubungi 05-8072663 atau email kepada [email protected] untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Sekian, semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua yang membaca. Sebagai peringatan dan nasihat, janganlah kita menyebarkan sesuatu informasi yang kita sendiri tak pasti akan kebenarannya. Kalau nak sebarkan juga, pastikan anda sendiri dah semak fakta dan kebenarannya.

Penafian : Artikel ini ditulis mewakili pendapat penulis sendiri sebagai bekas pekerja dan tidak mewakili syarikat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/benarkah-air-mineral-jenama-spritzer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi 4 Jenama Minyak Masak Air Spritzer Halal Jakim

Informasi 4 Jenama Minyak Masak Air Spritzer Halal Jakim

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1197 hits
Produk Helang Vesawit Knife dan Buruh masih pemegang sijil halalBANGI 12 Syaaban 1440H Khamis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menafikan dakwaan kononnya beberapa jenama minyak masak termasuk air minuman Spritzer mengandungi bahan tidak hala...
Warna Air Mineral Bening Atau Putih

Warna Air Mineral Bening Atau Putih

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 524 hits
Sambil blogging di depan ada TV channel Trans7 Di acara Tau Gak Sih salah satu segmen membahas warna air mineral bening atau putih Menggunakan reportase gaya Vox Pop host bertanya pada berapa orang Mereka menjawab air mineral itu warnanya b...
577 Kawasan Akan Hadapi Gangguan Bekalan Air Selama 86 Jam

577 Kawasan Akan Hadapi Gangguan Bekalan Air Selama 86 Jam

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 395 hits
Gangguan bekalan air hingga 86 jam dijangka berlaku di Klang Shah Alam Petaling Gombak Kuala Lumpur Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Se...
Benarkah Konsumsi Air Lemon Bisa Buat Badan Kurus

Benarkah Konsumsi Air Lemon Bisa Buat Badan Kurus

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 321 hits
Konsumsi air dengan irisan lemon ini disebut hanya memiliki satu manfaat yaitu mengubah rasa minuman Minuman ini tidak akan membakar lemak baik dengan cara apapun jelas Karen Ansel R D N penulis buku Healing Superfoods for Anti Aging Stay Y...
Gangguan Bekalan Air 86 Jam Di Kl Selangor Dan Beberapa Kawasan Lagi Rabu Depan

Gangguan Bekalan Air 86 Jam Di Kl Selangor Dan Beberapa Kawasan Lagi Rabu Depan

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 348 hits
Gangguan bekalan air 86 jam di KL Selangor Dan Beberapa Kawasan Lagi Rabu depan Gangguan bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang Shah Alam Petaling Gombak Kuala Lumpur Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja kerja penamb...
Gangguan Bekalan Air 24 April Ini 4 14 Juta Pengguna Di 577 Kawasan Ini Akan Terjejas Selama 4 Hari Syabas

Gangguan Bekalan Air 24 April Ini 4 14 Juta Pengguna Di 577 Kawasan Ini Akan Terjejas Selama 4 Hari Syabas

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 338 hits
Lebih dari empat juta penduduk akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari bermula 24 April ini berikutan kerja kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 nbsp Kerja kerja penambahbaikan itu...
Novel Sebut Isu Partisan Gerindra Upaya Pengalihan Kasus Penyiraman Air Keras

Novel Sebut Isu Partisan Gerindra Upaya Pengalihan Kasus Penyiraman Air Keras

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 220 hits
Novel menduga ada pihak pihak tertentu yang sengaja menyebarkan hal tersebut untuk mengalihkan isu menjelang dua tahun penyerangan dirinya Pada 11 April 2019 mendatang sudah dua tahun teror penyiraman air keras Novel tak terungkap oleh kepo...
Wanita Ini Kongsi Petua Buat Air Barli Lemon Untuk Singkirkan Lemak Dan Berat Badan

Wanita Ini Kongsi Petua Buat Air Barli Lemon Untuk Singkirkan Lemak Dan Berat Badan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 437 hits
Masalah kolesterol tinggi dah jadi macam masalah biasa sekarang Salah satu petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan mengamalkan minum air barli bersama lemon Menariknya ia bukan saja untuk untuk turunkan koles...
Cerita Sumber Mata Air Banteng Di Kediri Yang Diyakini Berkhasiat

Cerita Sumber Mata Air Banteng Di Kediri Yang Diyakini Berkhasiat

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 695 hits
Jika musim kemarau tiba sumber mata air di kawasan konservasi Banteng Kediri tidak menyusut apalagi kekeringan Setiap harinya masyarakat yang tinggal di Wakelan Kelurahan Tempur Rejo Kecamatan Pesantren Kota Kediri Jawa Timur memanfaatkan s...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris

Openai Batalkan Model Ai O3 Demi Peluncuran Generasi Baru Yang Bersatu

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

Che Ta Sifatkan Ayu Raudhah Amp Zaquan Bertuah 4 Orang Anak Syurga Dah Menanti