Istimewa Menghampiri Ramadhan Adakah Anda Terlalu Sibuk Dan Terlalai Tertinggal Solat




Asalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca apeyop blog spot,diam tak diam kita kurang 28 hari lagi untuk sampai ke penghulu bulan yakni bulan Ramadhan Al Mubarakh. Ini bermakna pada bulan ini kita sebagai umat Islam kita di wajibkan berpuasa . Udah ke Qada’ puasa tahun sudah Yop dan Yong . Yong ( Wanita ) memang ada cuti ABC Allah swt bagi tetapi bagi yang Yop ( Lelaki ) tak ada cuti Yop kecuali Uzur ( Sakit / Musafir ) , Uzur ni cuma bidang khasnya untuk perempuan seperti haid dan tiada ada maknanya serta tidak pernah di buat oleh orang berkhatan di bulan Ramadhan . Jangan dibuatkan cerita songsang , ajaran sesat tu .

Firman Allah swt menerusi surah Al Baqarah melalui ayat 185 :




                (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka , Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan , dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Cerita kita pada kali ini adalah berkenaan Istimewa Menghampiri Ramadhan :
Adakah Anda Insan Terlalu Sibuk Dan Terlalai hingga Tertinggal Solat ?

kita ni sebagai manusia dari tinggi pangkat sampai yang takada pangkat, baik pangkat yang diberikan oleh Allah swt seperti Atuk , Nenek , Atuk Saudara , Ayah , Ibu , Bapak Saudara , Mak Saudara , Abang abang atau Kakak kakak , Saudara Ipar Piut , Anak dan sebagainya atau pangkat yang diberi oleh manusia seperti yang sedia maklumlah . Nak tulis panjang pangkatnya nanti tak cukup muka surat . Firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan
atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al-Nisa: 103)


Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan. Sebelum Yop menulis panjang bin lebar apa yang nak dikongsikan ini , suka dinyatakan dalil berkenaan solat seperti yang diterangkan di dalam Al Quran menerusi surah Al Hud pada ayat 114 :


Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu),pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
Menurut pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa. Ini kerana hutang Allah SWT itu lebih utama dibayar . Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh , maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan yakin supaya solat itu dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan

Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya
di samping beriman dengan firman Allah SWT pada Surah Al Baqarah ayat 286 :

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 
" Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum yang kafir ".

Berkenaan dengan qada’ seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW. Perlu diketahui juga ada dua perkara berbeza , Qada’ sunat dan Qada’ Wajib .
Apa itu Qada’ Wajib ?

Qada’ Wajib adalah perkara yang wajib kita perlu lakukan tetapi kita lupa atau tertinggal sama ada dengan tidak sengaja atau sengaja meninggalkan,maka wajib dilakukan . Ia melibatkan semua perkara yang wajib seperti solat lima waktu , puasa di bulan Ramadhan dan nazar. Tiba-tiba datang satu persoalan. Eh Abang Yop, Saya terlupa nak pergi umrah lah atau saya terlupa nak pergi haji , jadi saya fikir nak Qada’ Umrah atau Haji saya tahun ini. Itu adalah satu kepeningan kepala yang susah nak di garu sedikit di kepala , kerana apa ? itu bukan perkara wajib . Bukankah Mengerjakan Fardu Haji itu Wajib Yop ? .

Jawapannya adalah benar, itu adalah wajib tetapi bagi yang mampu untuk pergi menunaikan fardu haji . Jangan ler pandai pandai pergi beli model kaabah kemudian kamu tawaf dan mengaku bahawa kamu sudah pergi haji . Itu sebetulnya ajaran sesat . Model Kaabah itu khas untuk praktikal apa yang patut di lakukan bagi orang yang nak pergi haji dan di ajar oleh tenaga pengajar bertauliah . Apakah dalil yang menyatakan mengerjakan haji itu wajib bagi yang mampu ? inilah dalilnya menerusi surah Al Baqarah melalui ayat 197 yang menerangkan :

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

Apa Itu Qada' Sunat ?

Qada’ Wajib adalah perkara yang perkara ibadah yang sunat dilakukan . Seperti , puasa sunat Rejab , Syaban dan hari hari tertentu seperti puasa Isnin , Rabu , Khamis atau Puasa Enam . Itu Yang melibatkan puasa sunat manakala jika berkaitan dengan solat pula adalah seperti Solat Sunat Subuh yang fadilatnya jika dilakukan seolah-olah digambarkan mendapat ganjaran seluruh alam . Besar seluruh alam tu , jangan buat hal . Jika Bos bagi Rm 10 sedekah beli makan tengah hari pun dah besar Rahmat . Selamat poket hari ni . Inikan pula Allah swt nak beri ganjaran pahala yang besarnya seperti seluruh alam. Alam yang kita nampak pakai Teleskop tu pun tak terkira berapa banyak galeksinya . Subhanallah , Allah Huakbar . Itu baru cerita Solat Sunat Subuh dan begitulah solat sunat pada setiaap 4 waktu lagi seperti Zohor , Asar , Maghrib dan Isyak . Malah Banyak lagi jenis Solat sunat yang boleh kita buat . Rajin dengan tidak jer. Pendek ceritanya perkara sunat ini hukumnya. Buat dapat pahala , tak buat perkara tersebut tidak mendatangkan Dosa . Belum pernah ada yang dalam masih kewarasan akal Yop ni hadir bagi tahu . " Yop , Teman terlupa nak tunai Solat Sunat Subuh . Teman Nak Qada' Solat Sunat Subuh . Boleh ke Yop ? " . Jawapannya , boleh . Sila-sila. Tapi nanti orang garu ler kepala . Demam gamaknya kawan kita ni . Apa ketidaknya , Nak Qada' solat sunat subuh selepas Bilal laungkan azan Maghrib . Memang pening , tapi tak menjadi dosa. Sewajarnya , buatlah Solat Sunat Maghrib atau setidak tidaknya Solat Sunat Masjid 2 Rakaat . 
CARA MENGQADA SOLAT
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah :

1) Solat Subuh      = “Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2) Solat Zuhur      = “Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3) Solat Asar        = “Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala "

4) Solat Maghrib  = “Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

5) Solat Isyak       =  "Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat? Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal.

Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah. Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?

Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Apa yang Yop kongsikan yang baik datangnya ilmu dari Allah swt , jika Ilmu yang kureng baik tu buruknya datangnya dari yop sendiri . Semoga perkongsian ini memberi sedikit manafaat bagi yang tercari cari , tersuluh suluh . tersesat datang pulak mengetuk dan nak membaca nurkilan saja-saja Yop ni. jika baik ,nak shere . sila lah . mungkin dapat membantu kawan-kawan kita yang mungkin tengah muskil ler kate orghang Perak























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://apeyop.blogspot.com/2019/04/istimewa-menghampiri-ramadhan-adakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah Ganti Solat Setelah Koma Terlalu Lama

Perlukah Ganti Solat Setelah Koma Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 318 hits
Soalan Orang koma berbulan bulan Apabila dia sedar dari komanya adakah dia perlu qadha solatnya Jawapan Istilah koma membawa maksud keadaan tidak sedarkan diri untuk beberapa lama Berdasarkan isu di atas kami mulakan dengan firman Allah SWT...
Pentadbiran Dap Dibidas Sibuk Jaga Negeri Orang Rakyat Di Tempat Sendiri Terabai

Pentadbiran Dap Dibidas Sibuk Jaga Negeri Orang Rakyat Di Tempat Sendiri Terabai

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR 1 April Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Rosesarwandi Saad membidas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy yang bersuara soal isu petani di Cameron Highlands Pahang sedangkan masalah masalah berbangkit di P...
Sibuk Kampanye Jokowi Manfaatkan Waktu Luang Makan Bersama Keluarga Jelang Debat

Sibuk Kampanye Jokowi Manfaatkan Waktu Luang Makan Bersama Keluarga Jelang Debat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 235 hits
Jokowi menuturkan bahwa kedua putranya Gibran Rakabuming Raka dan Kaesang Pangarep tak ikut makan siang lantaran sedang berada di Solo
Perencah Asam Pedas Adabi Pilihan Terbaik Untuk Ibu Ibu Yang Sibuk Tapi Masih Mahu Memasak Untuk Keluarga

Perencah Asam Pedas Adabi Pilihan Terbaik Untuk Ibu Ibu Yang Sibuk Tapi Masih Mahu Memasak Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 857 hits
Perencah Asam Pedas ADABI pilihan terbaik untuk ibu ibu yang sibuk tapi masih mahu memasak untuk keluarga Assalamualaikum wbt Cikla agak semua orang suka makan masakan asam pedas kan Kalau cikla hari hari menu asam pedas pun takpe Haha Mema...
Kerja Keras Dapatkan Stok Susu Buat Baby Ally Dr Tengku Ezulia Kongsi Tip Konsisten Susukan Bayi Walaupun Sibuk Bekerja

Kerja Keras Dapatkan Stok Susu Buat Baby Ally Dr Tengku Ezulia Kongsi Tip Konsisten Susukan Bayi Walaupun Sibuk Bekerja

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 660 hits
Bila habis sahaja tempoh berpantang satu hal yang menjadi kerisauan ibu ibu pastinya untuk menyediakan stok bekalan susu sebelum kembali bekerja Risau anak tidak cukup susu ketika bekerja nanti Perkongsian Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad ...
Sibuk Jadi Baby Sitter

Sibuk Jadi Baby Sitter

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 362 hits
Mula Sibuk Jadi Baby Sitter Walaupun busy ada masa In Shaa Allah Fiza cuba untuk update blog This week adik dah start kerja balik selepas pantang bersalin Anak dia seperti kebiasaan akan diamanahkan kepada emak untuk menjaganya Boleh je car...
Henti Buat Bising Jangan Sibuk Sultan Johor

Henti Buat Bising Jangan Sibuk Sultan Johor

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 334 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Sultan Johor bertitah mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sebaliknya pihak tersebut harus tumpukan kepada usaha menjaga negara ...
Jangan Sibuk Urusan Johor Ini Jawapan Mahathir

Jangan Sibuk Urusan Johor Ini Jawapan Mahathir

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 474 hits
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi iaitu Raja Berperlembagaan bukan raja yang berkuasa mutlak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu jelas ketika membentuk Persekutuan Tanah Melayu dengan menggubal undang undang nega...
Fraksi Gerindra Dpr Paling Banyak Tak Lapor Lhkpn Fadli Zon Bilang Sibuk Di Dapil

Fraksi Gerindra Dpr Paling Banyak Tak Lapor Lhkpn Fadli Zon Bilang Sibuk Di Dapil

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 262 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi merilis daftar anggota DPR RI yang tak melaporkan Laporan Harta Kekayaan Pejabat Negara Tahun 2018 Hasilnya anggota Fraksi Partai Gerindra menjadi yang terbanyak belum melaporkan LHKPN
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025