Perlukah Ganti Solat Setelah Koma Terlalu Lama



Soalan:
Orang koma berbulan-bulan. Apabila dia sedar dari komanya, adakah dia perlu qadha solatnya?

Jawapan:
Istilah koma membawa maksud keadaan tidak sedarkan diri untuk beberapa lama (biasanya akibat kemalangan atau sesuatu penyakit). (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)

Berdasarkan isu di atas, kami mulakan dengan firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya.” (Surah al-Baqarah: 286)

Syeikh al-Maraghi berkata: “Allah SWT tidak membebankan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka kerjakan. Bahkan sifat kemurahan-Nya memberikan kemudahan kepada mereka.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/672)

Menjawab persoalan di atas, orang yang koma dalam tempoh yang lama, tidak perlu qadha kerana dalam tempoh tersebut akalnya dikira tiada. Ini kerana salah satu daripada perkara yang mewajibkan solat adalah berakal. Untuk itu, tidak wajib solat bagi orang yang gila, pengsan, mabuk dan seumpamanya kerana pada waktu itu akal mereka telah hilang.

Ini dinyatakan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

رُفِعَ القَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَشِبَّ، وَعَنِ المعْتُوهِ حَتَّى يَعْقِلَ
“Diangkat pena daripada tiga golongan; orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada bayi sehingga dia remaja (baligh) dan daripada orang yang cacat mental sehingga dia berakal.” [Riwayat al-Tirmizi (1423) dan Ahmad (956)]

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri, ungkapan “المَعْتُوهِ” ialah dengan maksud gila atau yang seumpama dengannya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/570)

Para ulama’ mengqiyaskan bagi setiap orang yang hilang akal dengan orang yang gila sama ada dalam tempoh masa yang sekejap atau lama. Jika dia sembuh dan berbaki masa untuknya solat (bertakbir) maka wajib baginya solat. Akan tetapi, tidak wajib dia mengqadhakan solat dalam tempoh tersebut (hilang akal). (Lihat al-Mu'tamad fi al-Fiqh al-Shafi'i, 1/155)

Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya al-Majmu’: “Sesiapa yang hilang akalnya dengan sebab yang tidak diharamkan (syarak) seperti menjadi gila atau koma/pengsan atau hilang akal dengan sebab sakit atau meminum suatu ubat kerana keperluan atau dipaksa meminum suatu minuman yang memabukkan hingga hilang akalnya, tidak wajib solat atasnya dan bila dia tersedar, tidak diwajibkan qadha solat atasnya sama ada singkat atau lama tempoh gila dan pengsannya itu. Inilah yang menjadi mazhab kami (mazhab Syafi’ie).” (Lihat al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, 3/6)

Secara umumnya, kami nukilkan pelbagai pandangan fuqaha’ dan mazhab untuk memberikan lebih pencerahan dan kefahaman. Para ulama' telah berkhilaf kepada beberapa pendapat:

Mazhab Maliki dan Syafi'i berpendapat, tidak perlu qadha kerana ia tidak termasuk dalam mukallaf, dalam keadaan pengsan atau koma.Mazhab Hanbali berpendapat, perlu qadha'.Mazhab Hanafi berpendapat, perlu qadha' jika tidak melebihi enam waktu solat. (Lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 11/110)
Jika sekiranya keadaan tersebut bukan dalam tempoh yang panjang, maka dia perlu qadha. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan:

أَنَّ عَمَّارًا أُغْمِيَ عَلَيْهِ ثَلَاثًا ، ثُمَّ أَفَاقَ فَقَالَ : هَلْ صَلَّيْتُ ؟ قَالُوا : مَا صَلَّيْتَ مُنْذُ ثَلَاثٍ ، ثُمَّ تَوَضَّأَ وَصَلَّى تِلْكَ الثَّلَاثَ
Bahawa 'Ammar pernah pengsan selama tiga malam. Apabila terjaga, beliau bertanya: “Adakah aku telah solat?” Mereka menjawab: “Kamu tidak solat sejak tiga malam.” Kemudian beliau berwuduk dan sembahyang qadha tiga malam tersebut. [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (2/268)]

Daripada Imran bin Husain dan Samurah bin Jundub R.Anhuma, juga diriwayatkan seumpamanya. Dan tiada sebarang khilaf, maka ia seolah-olah ijma'. (Lihat al-Mughni, 1/240 dan al-Majmu', 3/8)

Kesimpulan

Setelah meneliti hujahan dan pendapat para ulama’ dan fuqaha’, kami lebih cenderung kepada qadha solat jika sekiranya tempoh pengsan adalah pendek seperti kurang dari tiga hari dan tidak perlu qadha jika tempoh koma atau pengsan adalah lama, yang lebih dari tiga hari. Inilah amalan sahabat Rasulullah SAW.

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kefahaman untuk mengamalkan agama Islam ini dengan neraca Syariah yang sebenar. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/perlukah-ganti-solat-setelah-koma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Kesehatan Kulit Ini Bisa Mengancam Jika Terlalu Lama Terpapar Cahaya Matahari

Masalah Kesehatan Kulit Ini Bisa Mengancam Jika Terlalu Lama Terpapar Cahaya Matahari

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 248 hits
Paparan sinar matahari terutama dalam waktu yang lama bisa menyebabkan sejumlah masalah yang mengancam kesehatan kamu Masalah kulit yang bisa muncul akibat cahaya matahari ini beragam mulai dari kulit terbakar hingga jadi berkerut
Sekian Lama Kita Solat Tetapi Masih Belum Hafal Maksud Bacaannya Semoga Memberi Manfaat

Sekian Lama Kita Solat Tetapi Masih Belum Hafal Maksud Bacaannya Semoga Memberi Manfaat

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 301 hits
Marilah kita renung renungkan dan faham fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat Takbiratul Ihram Takbir Allah Maha Besar Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya Maha suci Allah sepanjang p...
Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri

Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 264 hits
Soalan Bolehkah kita solat ke atas jenazah yang mati kerana membunuh diri Kerana ada hadith yang jelas menyebut mereka yang membunuh diri tempatnya di neraka Jawapan Membunuh diri merupakan salah satu dosa besar dan Nabi Muhammad SAW telah ...
Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 469 hits
AssalamualaikumHati manusia ini mudah berubah cepatnya sayang Dari sayang itu boleh juga jadi benci yang mendalam Ianya sejauh mana keyakinan kita keimanan dan kita percaya pada ketentuanNya Awak terlalu baik untuk saya Ayat itu pernah dilo...
Gara Gara Suami Terlalu Obses Dengan Game Mobile Legend Isteri Nekad Tekap Muka Suami Dengan Gam Tikus

Gara Gara Suami Terlalu Obses Dengan Game Mobile Legend Isteri Nekad Tekap Muka Suami Dengan Gam Tikus

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 510 hits
Gara Gara Suami Terlalu Obses Dengan Game Mobile Legend Isteri Nekad Tekap Muka Suami Dengan Gam Tikus Padah terlalu kerap bermain permainan di telefon bimbit seorang lelaki diberi pengajaran yang akan diingatinya sehingga bila bila apabila...
Equanimity Terjual Rm514 Juta Jho Low Sindir Terlalu Murah

Equanimity Terjual Rm514 Juta Jho Low Sindir Terlalu Murah

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 310 hits
Kapal layar mewah Equanimity akan dijual kepada Genting Malaysia Bhd pada harga RM514 juta selepas Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur memberikan kelulusan menerima tawaran membeli Equanimity daripada syarikat Genting atas terma dan syarat pega...
Anak Tantrum Boleh Jadi Berpunca Dari Ayah Yang Terlalu Manjakan Anak Kurang Ilmu Keibubapaan Boleh Beri Kesan Buruk

Anak Tantrum Boleh Jadi Berpunca Dari Ayah Yang Terlalu Manjakan Anak Kurang Ilmu Keibubapaan Boleh Beri Kesan Buruk

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 378 hits
Kesibukkan suami bekerja kadang kadang membuatkan kita terlupa bahawa masa anak anak perlu diisi dengan kehadiran bapa mereka Penglibatan suami dalam hal rumah tangga sangat besar impaknya dan mampu menjadikan sebuah keluarga lebih bahagia ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization