Istilah Perdana Menteri Interim Tidak Ada Dalam Perlembagaan


AGONG MENENTUKAN SKOP KUASA PERDANA MENTERI INTERIM
1. Istilah “Perdana Menteri interim” tidak ada dalam Perlembagaan. Oleh itu, pendefinisian fungsi dan skop kuasa PM interim perlu merujuk kepada beberapa peruntukan berkaitan dengan kuasa Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) yang melantik PM interim, kuasa Perdana Menteri dan kaedah penubuhan kerajaan, serta keseluruhan semangat Perlembagaan itu sendiri.

Tun Dr Mahathir2. Perlantikan PM interim ini berlaku setelah YDPA berkenan menerima peletakan jawatan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

3. Ketua Setiausaha Negara kemudiannya mengumumkan bahawa tugas-tugas anggota pentadbiran, merangkumi Timbalan Perdana Menteri, para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, adalah terhenti pada tarikh perletakan jawatan Perdana Menteri. Penamatan fungsi ini adalah berdasarkan peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan.

4. Dari sudut undang-undang Perlembagaan, peletakan jawatan seorang Perdana Menteri menyebabkan seluruh Kabinet tidak lagi berfungsi secara biasa. Dengan lain perkataan, perletakan jawatan Perdana Menteri membawa maksud perletakan jawatan seluruh anggota Kabinet. Prinsip ini dapat difahami dari Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan. Penamatan jawatan anggota kabinet dan pemegang lantikan politik lain di bawah Perkara 43(5) memperkukuhkan konsep ini.

5. Walau pun tiada kabinet, pentadbiran biasa kerajaan tetap berjalan tanpa terhenti. Situasinya hampir sama dengan situasi pembubaran Parlimen. Konsep Raja Berperlembagaan yang berjalan seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen menjadikan sistem pentadbiran negara mampu terus utuh, stabil dan kukuh walau pun terdapat kekosongan dalam konteks perjawatan politik.

6. Dalam situasi ketiadaan anggota kabinet, YDPA dapat melaksanakan peranan asasi Baginda sebagai ketua utama negara. Diperturunkan di sini beberapa peruntukan Perlembagaan berkaitan kedudukan YDPA:

a. Perkara 32(1): Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

b. Perkara 39: Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.

c. Perkara 41: Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.

7. Berdasarkan kuasa asas yang dimiliki oleh YDPA ini, maka bagi melancarkan pentadbiran, Baginda telah melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM interim. Perkataan interim bermaksud sementara. Oleh itu, ia tentunya tertakluk kepada skop kuasa yang dihadkan oleh YDPA dan tertakluk kepada arahan YDPA dari masa ke masa.

8. PM interim tidak mempunyai kuasa seperti Perdana Menteri biasa yang dilantik di bawah Perkara 43(2)(b). Sebaliknya PM interim ini dilantik berteraskan kuasa YDPA secara umum di bawah Perkara 32(1) dan Perkara 39. Ia juga dilantik bagi tujuan khusus yang dinyatakan dalam kenyataan Ketua Setiausaha Negara.

9. Dalam kenyataan Ketua Setiausaha Negara, disebut bahawa “Baginda telah berkenan untuk melantik YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu. Dinyatakan juga bahawa, “selaku Perdana Menteri interim, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baharu dibentuk.”

10. Berdasarkan kenyataan tersebut, peranan PM interim ini adalah terhad kepada dua fungsi, iaitu:

a. Menguruskan pentadbiran negara. Dalam hal ini skop kuasa PM interim hampir serupa dangan skop kuasa kerajaan sementara (caretaker government) yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan.

b. Membantu bagi melancarkan proses pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

11. Perlu diingatkan juga bahawa dalam pelantikan Perdana Menteri baharu YDPA mempunyai budibicara yang mutlak berdasarkan:

a. Perkara 40(2) yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; 
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran 
Parlimen; 
dan

b. Perkara 43(2)(b) yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

12. Pendapat atau hemat YDPA berkaitan seseorang yang “mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat” tidak boleh dicabar di mahkamah atau mana-mana tribunal. Jika ada pihak yang tidak puas hati, dia boleh mengemukakan usul tidak percaya di Dewan Rakyat kemudiannya.

13. Bahkan, dalam situasi tiada siapa yang memenuhi kriteria “mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat”, YDPA boleh menggunakan kuasa asasi Baginda untuk membubarkan Parlimen, demi kebaikan rakyat dan untuk menamatkan polemik yang ditimbulkan oleh pemimpin politik.

Tun Dri Mahathir ketikan menjalan tugasan sebagai Perdana Menteri Interim
14. Ringkasnya, skop kuasa PM interim adalah tertakluk kepada kuasa YDPA yang mempunyai kuasa asas sebagai ketua utama negara. Perjalanan pentadbiran negara tidak terjejas dengan ketiadaan kabinet. Sementara menunggu urusan penubuhan kerajaan baharu selesai, seluruh rakyat wajar bersabar dan bertenang serta memberikan kesetiaaan dan kepercayaan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi merungkaikan kekusutan yang berlaku.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
Pusat Polisi Perdana
Fakulti Teknologi dan Informatik Razak
Universiti Teknologi Malaysia
Kuala Lumpur
25 Februari 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adarain.com/2020/02/istilah-perdana-menteri-interim-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempoh Kritikal Untuk Perdana Menteri Interim Tadbir Negara Penganalisis

Tempoh Kritikal Untuk Perdana Menteri Interim Tadbir Negara Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 227 hits
Bernama Anuar Shah menegaskan keadaan ini tidak seharusnya mengambil masa yang panjang kerana ia boleh membawa negara kepada situasi yang tidak menentu KUALA LUMPUR Seluruh perhatian kini tertumpu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad semasa belia...
Pelantikan Perdana Menteri Interim Kes Pertama Di Malaysia

Pelantikan Perdana Menteri Interim Kes Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 691 hits
Semua jawatan menteri Kabinet digugurkanKetua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan mengesahkan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan menteri m...
Agong Lantik Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim

Agong Lantik Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 480 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu TUN Dr Mahathir Mohamad dilantik Perdana Menteri Interim TUN Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri int...
Tiada Pm Ke 8 Setakat Ini Tun Mahathir Dilantik Perdana Menteri Interim

Tiada Pm Ke 8 Setakat Ini Tun Mahathir Dilantik Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 361 hits
Pelantikan Perdana Menteri Interim yang pertama berlaku dalam sejarah negara dan tidak terdapat dalam peruntukan Perlembagaan Pakar Undang Undang Profesor Datuk Salleh Buang berkata mengikut peruntukan Perlembagaan negara mesti mempunyai se...
Maksud Sebenar Perdana Menteri Interim

Maksud Sebenar Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1457 hits
Maksud Sebenar Perdana Menteri Interim Pasti ada yang tertanya tanya apa yang dimaksudkan dengan Perdana Menteri Interim Seperti semua sedia maklum bahawa semalam Perdana Menteri Tun M telah meletakan jawatan sebagai YAB Perdana Menteri Mal...
Proses Pemilihan Perdana Menteri Oleh Yang Di Pertuan Agong Menurut Perlembagaan Persekutuan

Proses Pemilihan Perdana Menteri Oleh Yang Di Pertuan Agong Menurut Perlembagaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 447 hits
Kemelut berkaitan politik Malaysia semakin hari semakin memeningkan kepala terutama kepada rakyat yang kurang berpengetahuan seperti saya Ia menjadi begitu rumit dan penuh dengan drama sejak adanya percubaan pihak tertentu untuk menumbangka...
Video Dan Teks Penuh Perutusan Khas Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim Malaysia

Video Dan Teks Penuh Perutusan Khas Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 879 hits
Sedia maklum bahawa Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7 Malaysia telah dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Interim Malaysia Perlantikan ter...
Pengumuman Pm Interim Panggil Sidang Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu Cabar Hak Kuasa Agong Majlis Presiden Ph

Pengumuman Pm Interim Panggil Sidang Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu Cabar Hak Kuasa Agong Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 375 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan sebentar tadi dalam satu sidang media memaklumkan pendirian bahawa tidak wajar untuk seorang Perdana Menteri Interim mendahului titah Seri Yang Dipertuan Agong dipercayai dalam hal melibatkan pelantikan Perda...
Saya Mohon Maaf Perutusan Khas Perdana Menteri Interim Di Pejabat Perdana Menteri

Saya Mohon Maaf Perutusan Khas Perdana Menteri Interim Di Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 547 hits
SAYA mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar kacir dan mungkin menimbulkan keresahan di kalangan rakyat kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata demikian dalam Perutusan ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor