Resipi Nasi Butter Ala Kfc Kalau Buat Confirm Suami Anak Jilat Jari
Esok kita semua akan bermula berpuasa. Para ibu kenalah bijak mengatur menu supaya tidak bosan dan boleh memikat selera seluruh keluarga. Anak-anak terutamanya yang baharu nak belajar berpuasa perlulah kita reward dengan hidangan yang menarik dan kena dengan ‘tekak’ mereka.
Salah satu resipi yang boleh dicuba adalah nasi butter ini. Resipi mudah tapi sedap ini dikongsikan oleh Syue Haida yang juga mempunyai anak kecil. Tambahnya lagi, masakan ini sangat digemari anaknya yang berumur setahun lapan bulan.
Ikuti perkongsian resipi ini.
NASI BUTTER ALA2 KFC + AYAM GORENG ALA2 KFC + SUP
Bahan2 nasi butter:
(Untuk 5org makan)
4cawan beras
4biji bawang putih(ketuk dan potong halus2)
1biji bawang merah (optional) (hiris nipis2)
125g butter
Halia (ketuk biar pecah sikit)
1 cawan freshmilk (apa2 brand janji full cream)
1kiub pati ayam
Garam
Resipi Menarik: [Stok Sambal Geprek Untuk Buka Puasa, Lagi Laju Makan. Nak Diet Pun Boleh!]
Cara masak :
1-Panaskan kuali masukkan butter tumis bawang putih kalau nk masukkan bawang merah tumiskan skali sampai naik bau.
2-Masukkan halia.
3-Masukkan freshmilk kacaukan sekejap dalam 2minit.
4-Masukkan beras yg dah dibasuh,pastu masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3minit.
5-Alihkan beras ke dlm rice cooker dan masukkan air,sukatan air ditambahkan dgn secawan susu xd. Mcm sy beras 4cawan air 4cawan+1cawan susu
masukkan sedikit garam dan masak spt biasa (sukatan air bergantung pd jenis beras yg u olls guna la sukat mcm masak nasi biasa la cuma air tu kena + dgn susu skali) sbb dah ada penggunaan susu so kena kurangkan la air
Ini hasil nasi, gebu kan?
Bahan ayam goreng ala2 kfc:
10ketul ayam
1cawan tepung bestari original
1cawan tepung bestari spicy
(Sy xletak telur xletak tepung2 lain tp camni pon dah mmg sedap)
(KALAU ADA ANK BAWAH PADA 3TAHUN MEMANG XMAKAN PEDAS BETTER GUNA TEPUNG ORIGINAL SAHAJA YEE,CAMPURAN TEPUNG NI SESUAI UTK DEWASA SBB AYAM AKAN RASE MACAM AYAM KFC SPICY)
Rangupnya nampak ayam goreng ni!
Cara masak:
1-Ambik 5-6 sudu besar campuran tepung xd masukkan dlm ayam gaulkan sekali biarkan sebati perap ayam dgn tepung selama 2jam nk lg sedap perap lame lg
2-Dah siap perap panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap xd gaulkan dgn tepung campuran xd salutkan tepung tebal2 dan masukkan dlm kuali. Goreng hingga garing. Goreng dgn api yg sederhana yee.
Resipi Menarik: [Ayam Goreng Cili Kering Macam Di Restoran Cina Muslim. Resipi Mudah & Sedap!]
Bahan2 sup chicken meatball:
Leher/kaki ayam potong kecil2
10biji chicken meatball
Daun sup
1kiub pati ayam
Halia (ketuk)
Bawang putih
3cawan air
Garam secukupnya
Cara masak:
1-Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam yg dah dipotong kecil2 biarkan sekejap.
2-Masukkan chicken meatball,kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak
3-Masukkan garam dan daun sup
Siapppp
boleh dihidangkan.
Sup simple, tapi penuh rasa
#nasibutterala2kfc
#airtangansyuehaida
#shareresepi
The post Resipi Nasi Butter Ala KFC, Kalau Buat Confirm Suami & Anak Jilat Jari! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-nasi-butter-ala-kfc-kalau-buat-confirm-suami-anak-jilat-jari/