Isteri Tidak Mahu Bersama Wajibkah Suami Terus Memberi Nafkah



SOALAN:
Seorang isteri yang tidak mengambil berat tentang keperluan batin suami sehingga menjangkau setahun dan kerap mengelak ajakan untuk bersama dengan pelbagai alasan serta tidak mempeduli nasihat suami dan tidak menjaga ibadat kepada Allah SWT. Jika isteri bersikap seperti itu, adakah wajib bagi suami untuk memberi nafkah kepada isteri?

JAWAPAN:

Hikmah Perkahwinan

Perkahwinan bertujuan untuk membangunkan institusi kekeluargaan dan ia sangatlah digalakkan di dalam Islam. Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah manusia, mengembangkan masyarakat Islam serta mewujudkan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Galakan Islam terhadap perkahwinan agar mendapat banyak kebaikan dan faedah daripadanya. Ini seperti hadis daripada Abdullah bin Amr RA, sabda Nabi SAW:

الدُّنْيَا مَتَاعٌ، وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
“Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.” [Riwayat Muslim (1467)]

Begitu juga, suami isteri merupakan pasangan yang saling melindungi di antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan. Ini diperumpamakan di dalam al-Quran, firman Allah SWT:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)

Dr. Mustafa al-Khin di dalam kitab beliau menyatakan hikmah perkahwinan di antaranya ialah:

Memenuhi keperluan fitrah manusiaMengembangkan masyarakat islam dengan keturunanMewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohaniMemelihara akhlak daripada kerosakan dan keruntuhannya.Memelihara generasi manusia yang sejahteraMengembangkan kekeluargaan dan mengeratkan semangat kerjasama
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 4/13-16)

Nafkah Dan Tanggungjawab Suami Isteri

Nafkah adalah pembelajaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)

Terdapat pelbagai Nas al-Quran dan Sunnah berkenaan nafkah di antaranya, Firman Allah SWT:

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ ۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّـهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّـهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (Surah al-Talaq: 7)

Para ulama' bersepakat (ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Ini seperti mana firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah: 233)

Syarat Wajib Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri

Nafkah disyaratkan ke atas suami sekiranya isteri memenuhi syarat yang ditetapkan. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji telah membahagikan kepada dua syarat iaitu:

Isteri merelakan dirinya untuk bermesra (istimta’), bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan syara’. Dan sekiranya isteri menolak walaupun sedikit, maka suami tidak wajib memberi nafkah kepada isterinya.Isteri ikut tinggal di rumah yang dipilih oleh suaminya. Dan isteri wajib tinggal di dalamnya melainkan tempat tinggal itu tidak sesuai untuk didiami dari sudut syara’.
Jika kesemua syarat itu dipenuhi, maka wajib bagi suami untuk memberi setiap nafkah yang diperlukan oleh isteri. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 4/181-182)

Nusyuz

Dr. Muhammad Zuhaili mentakrifkan Nusyuz bermaksud derhaka. Dan nusyuz seseorang perempuan ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya yang diwajibkan oleh Allah SWT. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90)

Firman Allah SWT:

اللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ
“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).” (Surah al-Nisa’: 34)

Perbuatan Nusyuz yang dilakukan isteri adalah haram dan ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Ini seperti mana hadis daripada Abi Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَلَمْ تَأْتِهِ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
“Apabila suami mengajak isteri untuk tidur bersama-sama, kemudian isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, maka Malaikat melaknati isterinya sehingga ke pagi.” [Riwayat Muslim (1436)]

Cara Mengatasi Nusyuz

Apabila terdapat tanda-tanda Nusyuz daripada seseorang seperti ia bersikap kurang enak dan bermasam muka. Atau pun seseorang isteri mengeluarkan kata-kata kesat kepada suaminya. Maka di dalam al-Fiqh al-Manhaji mengajar cara mengatasinya dengan:

Suami sunat menasihati dengan berdasarkan kitab Allah SWT serta mengingatkan tanggungjawab yang diwajibkan Allah SWT ke atasnya berkenaan dengan pergaulan mesra serta sanjung martabat suami. Dan menasihati tentang kemurkaan Allah SWT serta balasannya.Dan sekiranya masih tidak berubah, suami hendaklah mengasingkan dan meninggalkannya bersendirian di tempat tidur. Perbuatan ini sungguh berkesan untuk mendidiknya.Jika masih tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakan dengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.
Jika perselisihan masih tidak mampu diselesaikan maka ia hendaklah dibawa kepada hakim. Hakim hendaklah melantik orang tengah yang beragama Islam dan adil. Dan orang tengah itu hendaklah berusaha sedaya upaya mendamaikan suami isteri tersebut. (lihat: al-Fiqh al-Manhaji 107-108)

Firman Allah SWT:

وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا إِن يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّـهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah 'orang tengah' (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua 'orang tengah' itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuan-Nya.” (Surah al-Nisa’: 35)

Kesimpulan

Berdasarkan persoalan di atas dan nas yang diberikan, perbuatan seorang isteri tersebut kepada suaminya tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana tanggungjawab seorang isteri adalah melayan suaminya dengan baik serta memenuhi tuntutan suaminya.

Oleh itu, suami dan isteri seharusnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Sekiranya isteri masih tidak berubah, maka suami boleh lakukan apa yang disarankan di dalam al-Quran:

Menasihatinya secara berhikmah dengan tutur kata yang baik, kasih sayang dan berniat untuk dia menjadi lebih baik.Jika masih juga tidak berhasil, suami boleh untuk mengasingkan tempat tidurdaripada isterinya tersebut.Jika masih tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakandengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.
Oleh itu, suami tidak diwajibkan untuk memberi nafkah sekiranya isteri tidak melakukan tanggungjawabnya kepada suami serta berkelakuan nusyuz. Namun sebaiknya, perkara ini dibawa kepada pihak yang berautoriti untuk menjalankan proses sulh yang terdapat didalam undang-undang keluarga islam di negeri-negeri. Ini bertujuan mengadakan perjanjian damai serta menyelsaikan perselisihan di antara suami dan isteri.

Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada penanya. Kami berdoa agar Allah memberikan sakinah kepada keluarga.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/isteri-tidak-mahu-bersama-wajibkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Suami Nak Ceraikan Isteri Sebab Tak Mampu Bagi Nafkah Tak Sangka Ini Jawapan Si Isteri

Kisah Suami Nak Ceraikan Isteri Sebab Tak Mampu Bagi Nafkah Tak Sangka Ini Jawapan Si Isteri

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 882 hits
Manakala penceraian seringkali dianggap sebagai jalan terakhir kepada satu satu masalah dalam berumahtangga Ia terjadi bukan dipinta tetapi jika sudah tersurat siapalah kita untuk menafikannya Semua pasti menginginkan perkahwinan yang sempu...
Rugi Besar Kalau Tak Buat Ini Kepentingan Suami Isteri Kena Ada Masa Dating Bersama

Rugi Besar Kalau Tak Buat Ini Kepentingan Suami Isteri Kena Ada Masa Dating Bersama

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 278 hits
Menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia merupakan impian bagi setiap pasangan Namun begitu kesibukan bekerja sedikit sebanyak membataskan hubungan antara suami isteri Oleh itu pasangan yang sudah berkahwin memerlukan ...
Hukum Menunjukkan Kemesraan Suami Isteri Pada Khalayak

Hukum Menunjukkan Kemesraan Suami Isteri Pada Khalayak

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 244 hits
Media sosial merupakan sebuah alat untuk berkongsi baik dari sudut kebahagiaan tips ilmu dan sebagainya Kita melihat ramai manusia yang menggunakan media sosial dengan penuh bermanfaat Namun tidak kurang juga ada yang tanpa segan silu mempa...
Suami Isteri Mencuri

Suami Isteri Mencuri

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 354 hits
ALASAN menganggur digunakan sepasang suami isteri selepas ditahan kerana mencuri barangan di kedai kesihatan di Mid Valley Southkey Johor Bahru malam tadi Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata wa...
Isteri Sibuk Tapi Suami Biar Je Anak Tak Pedulikan Anak Buat Isteri Kurang Hormat Pada Suami Hati Hati

Isteri Sibuk Tapi Suami Biar Je Anak Tak Pedulikan Anak Buat Isteri Kurang Hormat Pada Suami Hati Hati

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 515 hits
Sememangnya isteri menyedari akan tanggungjawab dan rasa hormat yang perlu diberikan kepada lelaki bergelar suami Namun rasa hormat ini semakin lama semakin hilang hanya disebabkan oleh beberapa perkara Inilah yang selalunya berlaku dalam k...
7 Manfaat Berpelukan Suami Isteri

7 Manfaat Berpelukan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 527 hits
Jangan bosan memeluk suami atau isteri anda Cuba ingat bagaimana rasanya ketika ibu memberikan pelukan kepada anaknya Tentu anak anda akan merasa hangat dan nyaman berada di samping orang yang dicintainya Begitu pula dengan berpelukan setel...
Aku Mulai Menahan Tangisan Meninggal Waktu Bersalin Suami Tak Cukup Duit Kebumi Jenazah Isteri

Aku Mulai Menahan Tangisan Meninggal Waktu Bersalin Suami Tak Cukup Duit Kebumi Jenazah Isteri

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 293 hits
Tular minggu lalu apabila lelaki berusia 31 tahun ini menawarkan perkhidmatan van jenazah secara percuma Namun menurut Yunizam Yusop dia sememangnya sudah menyediakan kemudahan ini untuk orang ramai tanpa mengira bangsa sejak beberapa tahun...
Wanita Tabah Ditendang Suami Jangan Tanya Mengapa Lama Lama Isteri Hilang Hormat

Wanita Tabah Ditendang Suami Jangan Tanya Mengapa Lama Lama Isteri Hilang Hormat

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 375 hits
Bila hati terluka dengan suami maka perempuan mudah mengalirkan air mata kerana jiwanya sangat rapuh dengan kekasaran yang dilakukan oleh kaum lelaki Ada ketikanya mereka terpaksa dilihat kuat dan nampak berani demi anak anak tercinta Tapi ...
Suami Isteri Racun Baby Baru Lahir Buang Dalam Tong Sampah

Suami Isteri Racun Baby Baru Lahir Buang Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 637 hits
Pasangan suami isteri warga Myanmar ditahan polis kerana didakwa meracuni bayi perempuan mereka yang baru dilahirkan sehingga mati Polis menerima laporan berhubung penemuan mayat bayi di dalam tong sampah di sebuah pangsapuri di Selangor pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip