Isteri Ini Kongsi Tips Pengalamannya Apa Perlu Buat Jika Suami Meninggal Dunia


Bila dah berumah tangga, tiada apa yang diinginkan oleh pasangan suami isteri melainkan diberi jodoh yang berpanjangan dan dapat sama-sama melihat anak membesar serta meniti hari tua bersama-sama. Namun jika sampai ajal, kita sebagai hambaNya perlu reda dan terima ketentuan tersebut dengan berlapang dada.
Bukan mudah bila kehilangan insan tersayang, lagi-lagi dengan anak yang masih kecil dan banyak komitmen perlu diselesaikan. Mungkin kesedihan ini sukar untuk diungkapkan tetapi hidup perlu diteruskan.
Seperti perkongsian seorang isteri ini, Zaiti Arshad pemergian arwah suaminya secara mengejut benar-benar satu tamparan hebat buatnya. Tambah pula dapat tahu diri hamil selepas arwah pergi. Namun semangatnya itu boleh memberi inspirasi buat kita semua terutama bab pengurusan kewangan.
21/3/21
Tarikh mengubah segalanya dalam hidup. Ditinggalkan my husband was sleeping with me that night.. Bawak ronda-ronda then makan kat kedai pak chot petang tu, sempat call pomen aircond nak repair aircond estima. Maghrib kami solat jemaah utk kali terakhir, isyak dia bawak zarief solat di masjid alwi.
Cara arwah suami senaraikan komitmen bulanan dalam excel memudahkan urusan selepas pemergiannya 6am dia bercakap dgn saya, ‘sayang, abang susah nafas’, 7am his death was pronounced after 30 minutes cpr. Perasaan? Takut
Saya seorang isteri yg sangat dependant, saya tak pernah tau berapa banyak suami bayar kereta, rumah, all the bills tiap-tiap bulan. Boleh dikira masa dia ada berapa kali saya isi minyak kereta. Berapa banyak duit yg dia allocate utk simpan.. Mcm mana nak bayar bill air pon saya tak reti.. Tak tau, tak reti.. Dari awal kawin kami dah setuju, dan saya redhakan duit gaji kami berdua dia manage utk selesaikan keperluan rumah tangga kami.
Saya takut, macam mana saya nak teruskan hidup? Dia dah takde.. I cant sleep for the first few night. Otak saya berfikir macam-macam. Yang paling penting saya nak selesaikan hutang dia, so i wanna share my experiences after i lost him..
2 months before he left me. Saya dpt mseej unifi ada bill tertunggak, so mcm biasa, saya suruh dia bayar. He was doing his work at the computer, dia tegur saya sebab tak penah ambil tahu pasal benda-benda ni, and my answer to him ‘ala, kan abang ada buat semua tu’. Dia senyum and told me, ni tgk abg dah buat excell dlm pc ni monthly expenses kita.. I didnt even take a glance on it untill 2 days after he passed away.
Step 1:
Senaraikan simpanan, harta, hutang yang arwah ada
Suami saya ada
1. Simpanan dalam akaun bank M (akaun atas nama suami, tapi ada bukti transaksi dr akaun saya setiap bulan) – ini simpanan bulanan kami sama-sama, asalnya kami kumpul duit nak pegi jalan-jalan ke osaka, tapi sebab pandemik tak jadi. Then i was pregnant with Zaraa..
Setiap kali pregnant, kami akan simpan duit untuk baby yang bakal lahir, untuk urusan akikah and etc, so simpan dalam akaun tu jugak
2. Duit gaji dan elaun dalam Bank I
3. Rumah yg kami duduk sekarang shared loan atas nama saya & dia – belum habis bayar
4. Kad kredit – BSN & bank islam
5. Kereta myvi – belum habis bayar
6. Motosikal – dah habis bayar
7. Sebidang tanah getah di perak
8. Simpanan tabung haji
9. Simpanan ASB
10. Personal loan – RHB & bank islam

Step 2:
1. Duit simpanan dalam akaun bank M & duit gaji dalam Bank I
Hari ke 2 lepas suami pergi, saya decide untuk bincang. Sebab mak ayah masih ada, jadi mengikut hukum, ada bahagian dia yang perlu saya bahagikan mengikut faraid. My concern was, kalau saya tak keluarkan duit tu, bila akaun dah beku lepas daftar kematian, duit tu kena tunggu bicara baru dapat. Saya bincang dengan keluarga, saya jelaskan bukan semua duit tu duit arwah dan saya nak keluarkan duit tu. Dan saya juga nak guna duit tu utk bayar mana-mana hutang yang ada. Semua bersetuju untuk serahkan semua duit simpanan ni kepada saya dan anak-anak.
PENTING : perlu tahu nombor pin & password online banking pasangan masing-masing dan wajib bincang dengan waris yang terlibat sebelum buat keputusan sendiri. Especially kalau isteri tak kerja, banyak urusan berikutnya perlu guna duit.
Untuk duit dalam bank gaji dia, juga saya keluarkan. 2 minggu kemudian saya dapat surat dari majikan suami untuk bayar balik gaji yang telah suami terima, gaji March dibayar sehingga 31/3/21, suami meninggal pada 21/3/21, jadi gaji dari tarikh 21/3/21 – 31/3/21 perlu dibayar balik secara tunai. Jadi hal ni selesai.
Untuk urusan selanjutnya, cuma boleh diselesaikan setelah ada surat daftar kematian
Buat banyak2 salinan dokumen berikut
– surat daftar mati
– permit menguburkan
– salinan ic arwah
– salinan ic sendiri
– surat nikah
– sijil lahir & mykid anak-anak
– untuk pekerja kerajaan yg masih ada ibu bapa masa meninggal, kena ada salinan surat beranak si mati & ic ibu/ayah (untuk urusan pembayaran ganjaran pencen) Sediakan 1 fail khas, letak semua sijil asal & salinan dalam 1 fail.
2. Rumah (shared loan)
Rumah kami atas nama saya dan suami, maka 50% bahagian suami mesti difaraidkan. Yang ni saya belum selesaikan sebab ada beberapa prosedur kena buat di Pejabat Pusaka Kecil. Saya akan selesaikan selepas saya bersalin & i will share later. Mengenai loan rumah (kami ambil bank loan, bukan loan kerajaan)
– insurance akan cover bahagian arwah, tapi bukan 100%. Sementara urusan selesai, masih kena bayar bayaran bulanan macam biasa (yang ni pun masih pending, mak buyung tak larat nak ulang alik pegi bank)
3. Kad kredit
BSN – bawa surat mati, kad kredit & salinan ic arwah ke kaunter, bagitau nak check balance. Bawak duit siap-siap untuk bayar supaya dapat selesaikan hutang. Bila settle, terus gunting kad tersebut. Settle dalam masa 2 jam lebih kurang
Bank islam – ada takaful, bawa surat mati, kad kredit & salinan ic arwah ke kaunter, isi borang dan tunggu proses dr bank islam ( ini saya belum dpt feedback dr bank islam). Tapi tak payah bayar.
5. Kereta myvi – ni pun masih pending, sebab kena masuk bicara di pusaka kecil. Road tax boleh renew untuk 6 bulan sahaja. Bayaran bulanan kena sambung bayar macam biasa.
6 & 7 – motosikal & tanah – pending
8. Simpanan tabung haji
Arwah suami memang letak nama saya sebagai penama. Bukan bermakna dpt duit kat saya semua ye, penama memikul tanggungjawab melangsaikan hutang dan membahagikan secara faraid.
Pergi ke tabung haji, bawak fail dokumen tadi. Urusan di kaunter tak ambil masa lama. Termasuk urusan pembatalan permohonan haji utk arwah. Duit simpanan masuk terus ke akaun TH saya selepas 3 minggu. Suami saya sentiasa pesan kepada saya, duit simpanan bahagi sama rata untuk anak2, tak kira lelaki atau perempuan, tapi anak kami semua lelaki. Saya tolak bahagian untuk buat badal haji dan bahagian faraid untuk diri sendiri, mak dan ayah pun serahkan bahagian faraid mereka utk anak-anak kami. Boleh transfer direct ke akaun anak-anak. Kalau tak nak transfer terus, make sure tulis amaun yang kita terima di satu tempat, ini amanah kita sebagai penama, selesaikan hutang arwah dan bahagikan selebihnya kepada yg hak, jgn pandang remeh menguruskan harta anak yatim.
Kalau akaun sendiri kita namakan pasangan yang meninggal sebagai penama, jangan lupa tukar penama kepada org lain. Ada 2 pilihan, sama ada nak dihibahkan atau menamakan penama. Saya pilih penama dan letak nama adik saya sebab anak-anak belum capai umur 18 tahun. Penama ni boleh ditukar kemudian. Selesai di TH.

9. Simpanan ASB
Kalau simpanan kurang dari rm10k, waris boleh tuntut di ASB, tapi kalau lebih rm10k, tuntutan kena melalui amanah raya. Simpanan suami tak sampai 10k, jadi urusan di kaunter sahaja. Selesai urusan, dapat cash duit khairat bergantung kepada jumlah simpanan arwah. Khairat tak perlu difaraidkan.
Duit simpanan tersebut masuk ke akaun asb waris yg menuntut selepas lebih kurang 3 minggu. Sekali lagi, simpanan arwah yg diterima mesti difaraidkan setelah tolak hutang yg perlu dijelaskan. Selesai di ASB.
10. Personal loan
Suami saya buat pinjaman ada takaful. Bawa dokumen tadi ke bank. Saya dah dpt surat dari RHB yg semua covered by insurance dan tak perlu bayar apa2. Utk bank islam saya masih menunggu feedback.
Panjang lebar sharing hari ni. This is based on my experiences. Sahabat-sahabat saya Asilah Alqarny dan Wan Zaihana banyak sangat bantu saya. Walaupun sedih lepas dia pergi, saya gagahkan diri untuk selesaikan.
Semoga mengalir pahala untuk suami saya, kerana asbab kematian dia saya melalui semua ni dan jujur saya tak pernah ambil tahu tentang semua ni sebelum ni. Jika Allah izinkan, ada lagi yang saya nak share later
Till then, mohon doa sahabat semua supaya Allah kuatkan rahim saya untuk membawa anak bongsu Faisal Pessot at least 3 minggu lagi. Anak yang hanya akan kenal daddy dari gambar & cerita-cerita kami… Anak yang kehadirannya hanya saya ketahui 10 hari selepas suami pergi.. Doakan kami ye..
With ❤️
DrZaitiArshad
Isteri kesayangan

 
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
 
 
 
The post Isteri Ini Kongsi Tips & Pengalamannya Apa Perlu Buat Jika Suami Meninggal Dunia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-ini-kongsi-tips-pengalamannya-apa-perlu-buat-jika-suami-meninggal-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Suami Reda Isteri Meninggal Selepas Hanya Sehari Mendirikan Rumah Tangga

Hiburan Suami Reda Isteri Meninggal Selepas Hanya Sehari Mendirikan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 414 hits
Kisah sedih pasangan pengantin baharu yang sedang tular di platform media sosial apabila seorang suami kehilangan isteri tercinta hanya selepas sehari mendirikan rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut laporan Sinar Harian Moham...
Suami Isteri Tidak Boleh Berkira Sangat Perlu Kongsi Beban Bersama

Suami Isteri Tidak Boleh Berkira Sangat Perlu Kongsi Beban Bersama

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 282 hits
Suami Isteri Tidak Boleh Berkira Sangat Perlu Kongsi Beban Bersama ALAM perkahwinan biasa dengarkan susah sama senang bersama Cuma adakah kata kata ini masih relevan atau tidak untuk pasangan suami isteri muda zaman sekarang ini lebih lebih...
Hiburan Teman Suami Memandu Wanita Ini Kongsi Tips Tukar Suara Asal Waze Kepada Suara Sendiri

Hiburan Teman Suami Memandu Wanita Ini Kongsi Tips Tukar Suara Asal Waze Kepada Suara Sendiri

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 296 hits
Pastinya ramai sudah sedia maklum dengan kewujudan aplikasi seperti Waze dan Google Maps yang sangat berguna untuk mereka yang ingin mendapatkan petunjuk jalan dan mengelakkan kawasan sesak ataupun sekatan jalan raya Dan sudah tentu anda te...
Ciuman Terakhir Mama Buat Not Anak Perempuan Safura Ya Cob Meninggal Dunia

Ciuman Terakhir Mama Buat Not Anak Perempuan Safura Ya Cob Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 422 hits
Pelakon dan penyanyi Safura Ya cob pada petang Isnin berkongsi khabar duka apabila anak perempuannya telah meninggal dunia
Ketua Dpw Pan Jawa Tengah Suyatno Meninggal Dunia

Ketua Dpw Pan Jawa Tengah Suyatno Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 236 hits
Beliau adalah orang baik Pekerja keras Tidak pernah menyerah Banyak menorehkan prestasi sambungnya
Aktivis Ma63 Zainnal Ajamain Meninggal Dunia

Aktivis Ma63 Zainnal Ajamain Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 229 hits
Zainnal Ajamain dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung KOTA KINABALU Aktivis Perjanjian Malaysia 1963 Zainnal Ajamain meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung awal pagi tadi Difahamkan penasihat Warisan berk...
Polis Siasat Pengguna Twitter Dakwa 41 Guru Meninggal Dunia Akibat Divaksin

Polis Siasat Pengguna Twitter Dakwa 41 Guru Meninggal Dunia Akibat Divaksin

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 226 hits
October 10 2021 Abd Jalil Hassan berkata ciapan yang dimuat naik pada 8 Oktober 2021 itu mempunyai 52 retweets 1 168 quote tweets dan 70 likes mengundang pelbagai reaksi dan maklum balas warganet PETALING JAYA Polis sedang melakukan siasata...
Meninggal Dunia Selepas Dos Ke 2 Vaksin Campuran

Meninggal Dunia Selepas Dos Ke 2 Vaksin Campuran

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 212 hits
Nattha Nawo menunjukkan sijil vaksinasi anaknya FOTO Agensi Disuntik Vaksin Covid 19 Campuran Sinovac dan AstraZeneca Seorang Lelaki Thailand Alami Pendarahan Otak Hingga Meninggal Dunia Bangkok Siasatan dilakukan terhadap kematian seorang ...
Penjelasan Rasulullah Tentang Bayi Dan Anak Kecil Yang Meninggal Dunia

Penjelasan Rasulullah Tentang Bayi Dan Anak Kecil Yang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 347 hits
Arwah bayi dan anak kecil sering kali ditanya bagaimana kedudukan anak kecil yang meninggal dunia Rasulullah menggambarkan mereka dalam 2 kelompok Bagi arwah anak orang yang tidak beriman mereka akan menjadi pelayan di dalam syurga dan hidu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya