Isteri Cari Madu Untuk Suami Berpoligami



Ku sunting maduku buat suamiku..
PERKENALANNYA bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya
Khuzatul Atiqah Abu Seman, 31, memilih untuk melamar Nur Fathonah Abdul Rahim, 30, sebagai isteri kedua suaminya, Samuel Dzul, 29, sebelum pasangan terbabit selamat diijab kabul, baru-baru ini
Ia bukan sesuatu yang mudah namun bagi Khuzatul Atiqah yang sarat mengandung anak sulungnya kerana dia mahukan kehidupan suami tidak terabai serta mendapat layanan adil
Lebih menggembirakan apabila mereka memilih untuk tinggal sebumbung di Shah Alam, Selangor yang bukan sahaja membolehkan mereka beribadah bersama-sama malah berkongsi kasih
“Selepas disahkan mengandung, saya tidak sihat. Suami terpaksa dukung setiap hari untuk naik ke pejabat di tingkat tiga. Apabila melihat wajah suami, hati saya terdetik untuk membantunya dan saya berusaha mencari seorang lagi isteri untuknya
“Saya terfikir jika keadaan ini berterusan siapa hendak jaga suami. Lantaran, saya mengambil keputusan untuk mencari jodoh untuknya
“Ramai wanita yang saya temui, ada antara mereka masih anak dara tetapi apabila memberitahu niat saya, mereka memberi pelbagai alasan. Hinggalah saya bertemu Nur Fathonah dan saya melamarnya untuk suami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro
Katanya, pertemuan berlaku tahun lalu dan pada ketika itu, Khuzatul Atiqah tidak berbincang mengenai niatnya sehingga pertemuan kedua beberapa bulan kemudian
“Ketika itu, saya memegang tangannya dan memberitahu niat saya. Saya tahu dia ibu tunggal dua anak dan melihat kepada keperibadiannya selain solat istikharah memohon petunjuk daripada-Nya
“Dia (Nur Fathonah) tidak terkata apa-apa dan hanya memandang mata saya. Saya jelaskan kepadanya kebaikan serta pendapat mengenai berpoligami. Alhamdulillah, dia terima lamaran hingga disatukan,” katanya
Sebelum ini, Khuzatul Atiqah memuat naik status kisah dia membantu mencarikan calon untuk suaminya
Coretan itu mendapat pujian ribuan netizen malah ada yang memuji kemuliaan hatinya demi memastikan kehidupan suaminya terjaga sepanjang masa
“Sesungguhnya… cantik aturan Tuhan. Saya pernah menolak poligami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat poligami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mentua ada 3 orang isteri, di mana arwah ibu adalah isteri pertama
Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mentua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga poligami yang harmoni.”Tidak kurang juga coretan madunya, Nur Fathonah: “Ya Allah terima kasih Ya Allah. Untuk segala nikmat yang diberikan. Tak pernah saya sangka untuk hidup dalam keluarga yang berpoligami. Sesungguhnya tidak pernah terlintas pun dalam diri saya untuk berpoligami. Setelah saya berpisah dengan bekas suami, saya telah bertekad untuk tidak berkahwin lagi apatah lagi akan menerima suami orang. Sejak dari itu, kehidupan saya hanyalah untuk saya dan anak-anak saya sahaja
“Saya bertungkus lumus siang dan malam demi untuk mencukupkan keperluan kehidupan. Walaupun begitu, di mata masyarakat, saya masih isteri orang dan saya sedaya upaya cuba menutup status sebenar saya sebagai ibu tunggal. Ini kerana, bagi saya, saya tidak mahu orang mengambil kesempatan dan saya dipandang rendah dan hina.”Khuzatul Atiqah dia tidak menjangka status dimuat naik itu dikongsi warga maya hingga tular di media sosial
“Kehidupan bermadu saya banyak pelajari daripada keluarga mentua. Bapa mentua saya berkahwin tiga dan saya masih mempunyai tiga ibu mentua,” katanya
Ditanya apa reaksi suaminya apabila dia mahu mencari isteri kedua, Khuzatul Atiqah berkata, suaminya tidak banyak tanya dan sekadar melemparkan senyuman
“Semua sudah selesai, saya bukan sahaja menghadiahkan sesuatu untuk suami malah turut membantu Nur Fathonah yang sebelum ini bergelar ibu tunggal,” katanya
Ketiga-tiga pasangan terbabit menetap bersama di rumah di Shah Alam dengan membuka sebuah studio rakaman di Seksyen 15, Shah Alam
“Status yang dimuat naik itu kerana mahu menceritakan perkara sebenar. Ini kerana, ada yang salah faham dan melemparkan fitnah kepada madu saya,” katanya








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/08/isteri-cari-madu-untuk-suami-berpoligami.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Odyssey Dari Lembah Ke Puncak Kisah Hidup Sepasang Suami Isteri Menjadi Sumber Inspirasi

Odyssey Dari Lembah Ke Puncak Kisah Hidup Sepasang Suami Isteri Menjadi Sumber Inspirasi

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 455 hits
AssalamualaikumBaru baru ni Lyssa ada terbaca satu buku yang mengisahkan kisah hidup sepasang suami isteri yang sangat unik versatile merendah diri dan penyayang dan juga dua insan ini sangat hebat dalam melalui pelbagai halangan dan rintan...
Pemergian Pilu 3 Beranak Sehidup Semati Suami Isteri Bayi 14 Bulan Rentung Kebakaran

Pemergian Pilu 3 Beranak Sehidup Semati Suami Isteri Bayi 14 Bulan Rentung Kebakaran

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 419 hits
Seolah berjanji sehidup semati suami isteri pergi buat selama lamanya bersama sama Lebih menyayatkan hati si kecil buah cinta mereka turut sama terkorban Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Alah Batu Selangor Slim River mengorbankan ...
Suami Isteri Direman 7 Hari Kes Maut Akibat Gaduh Di Lebuh Raya

Suami Isteri Direman 7 Hari Kes Maut Akibat Gaduh Di Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 415 hits
Suami isteri direman 7 hari kes maut akibat gaduh di lebuh raya Motif kejadian adalah berpunca daripada isu kemalangan jalan raya dan tiada kena mengena dengan isu perkauman seperti yang ditularkan kata polis
Suami Larang Isteri Mengenakan Tudung

Suami Larang Isteri Mengenakan Tudung

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 552 hits
Soalan Adakah wajib isteri taat kepada suaminya yang menyuruh isteri membuka tudung ketika keluar dari rumah kerana suaminya mahu kepala isterinya itu tidak ditutup ketika keluar dengannya Adakah menjadi derhaka jika isteri enggan menurut p...
Suami Berang Bila Ajakan Untuk Lakukan Hubungan Intim Ditolak Terus Bunuh Isteri Bakar Rumah

Suami Berang Bila Ajakan Untuk Lakukan Hubungan Intim Ditolak Terus Bunuh Isteri Bakar Rumah

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 831 hits
Polis percaya suspek bertindak sedemikian selepas isterinya menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim Tergamak gile Berang ajakan untuk lakukan hubungan intim ditolak suami bunuh isteri bakar rumah Polis menahan seorang lelaki yang dida...
Suami Adalah Syurga Atau Neraka Bagi Isteri

Suami Adalah Syurga Atau Neraka Bagi Isteri

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 259 hits
Soalan Saya ada dengar dalam kuliyah di youtube yang mana ustaz ada menyebut suami adalah syurga atau neraka bagi isteri Jika isteri itu taat maka syurga baginya dan jika dia derhaka maka neraka baginya Soalan saya adakah hadith yang menyok...
Suami Nekad Ceraikan Isteri Kerana Hanya Diberi Makan Ladu

Suami Nekad Ceraikan Isteri Kerana Hanya Diberi Makan Ladu

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 325 hits
The ReporterSeorang lelaki di Daerah Meerut Uttar Pradesh mahu bercerai kerana isterinya hanya memberi dia makan ladu selepas wanita itu dinasihatkan oleh bomoh untuk berbuat demikian Menurut keterangan lelaki itu di mahkamah bomoh terbabit...
Suami Cakap Sayang Isteri Tapi Susahnya Nak Buang Ego Silap Sikit Asyik Marah

Suami Cakap Sayang Isteri Tapi Susahnya Nak Buang Ego Silap Sikit Asyik Marah

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 483 hits
Ego seorang suami Kita cakap kita sayang isteri kita tapi kita sendiri susah nak turunkan ego kita sebagai seorang suami Bila gaduh tak pernah nak mengalah suka tinggikan suara suka guna perkataan yang kesat hina dia maki dia ugut dia ungki...
Hati Saya Hancur Sedih Lihat Suami Disepak Heret Dan Curah Mi Goreng Di Kepala Isteri Oku Dipukul

Misi Jiwa Prihatin Mcm Ke Syria Bermula Harian Metro 19 01 2025

Why Malaysians Are Stuck With Religious And Racial Syndrome And How To Overcome This Conundrum

Bonding Time Dengan Anak Anak Masa Cuti Sekolah

Perak Mca Alcohol Sale Already Banned In Manjoi Beware Of Expansion

Bystander Apathy And What It Says About Us

Apa Nak Buat Kalau Geran Tanah Hilang

Drama Boleh Saya Bantu 2


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trending 4 Tahun Mesti Kena Pandai Baca Menulis Pakar Terapis Luah Rasa Bimbang

Melangkah Ke Usia 40 Wanita Ini Kongsi Perasaan Ramai Akan Faham

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Scammer Lagiiii Senang Betul Scammer Buat Duit

Shampoo Kelemumur Terbaik Untuk Rambut Bebas Gatal

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2025