Isteri Banyak Tolak Tepi Kemahuannya Selalu Dulukan Suami Anak Anak


Perkara normal dalam kehidupan berumah tangga untuk suami isteri saling menerima antara satu sama lain. Setiap hari ada sahaja perkara baharu yang akan kita belajar tentang pasangan kita. Harus matang dan sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.

Semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Artikel Menarik: [Pengikat Sayang Suami Isteri. Amalkan Bacaan Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Ya Latif & Selawat]
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?

 
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelah kanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood.
Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua. Awal perkahwinan, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Artikel Menarik: [Saat Suami Tengok Isteri Bertarung Nyawa Bersalin, Baru Tahu Besarnya Pengorbanan Dia!]
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah. Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.

 
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya,  menangis. Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaannya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.

Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang ister mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
The post Isteri Banyak ‘Tolak Tepi’ Kemahuannya, Selalu Dulukan Suami & Anak-Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-banyak-tolak-tepi-kemahuannya-selalu-dulukan-suami-anak-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Kelebihan Isteri Berbadan Gempal Suami Tak Kisah Janji Sihat

Banyak Kelebihan Isteri Berbadan Gempal Suami Tak Kisah Janji Sihat

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 700 hits
Gambar HiasanWanita sangat sensitif dengan fizikal mereka Baik kurus mahupun gempal sebaik baiknya soal ini jangan dijadikan satu bahan ejekan Biarpun mereka nampak tenang tapi sebenarnya ia memberi impak kepada perasaan mereka Dek kerana u...
Kita Jugak Kena Jaga Anak Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur

Kita Jugak Kena Jaga Anak Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 684 hits
Dalam kehidupan berumah tangga pastinya suami isteri akan diuji dengan pelbagai cabaran yang kadang kala boleh menggoyahkan hubungan Salah satunya adalah perubahan sikap suami atau isteri yang baran sehingga menyebabkan pasangan makan hati ...
Tak Dapat Nak Selamatkan Suami Hilang Isteri Amp 6 Anak Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

Tak Dapat Nak Selamatkan Suami Hilang Isteri Amp 6 Anak Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 346 hits
Malang tidak berbau Terbaru di Kampung Bandau Membakut sabah hari ini melaporkan seorang ibu bersama enam orang anaknya ditemui rentung selepas terlibat dalam satu kebakaran Kejadian berlaku awal pagi tadi rumah kayu yang didiami keluarga t...
Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 516 hits
Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan iste...
Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak Anak

Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 870 hits
Sesibuk mana pun kita sebagai suami jangan sampai isteri rasa macam dia tak wujud Saya cari rezeki bukan buat benda bukan bukan Ya faham Tapi lepas habis cari rezeki terus la balik rumah dah sampai rumah jangan sibuk dengan hp pulak Luang m...
Besarkan Didik Anak Itu Tanggungjawab Bersama Suami Jangan Biar Isteri Urus Seorang Diri

Besarkan Didik Anak Itu Tanggungjawab Bersama Suami Jangan Biar Isteri Urus Seorang Diri

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 414 hits
Dalam mendidik anak anak suami dan isteri punya peranan masing masing Jika ibu banyak menumpukan perhatian dengan kerja rumah tak salah rasanya jika ayah membantu uruskan anak anak Barulah ringan sama dijinjing berat sama dipikul Seperti pe...
Isteri Tak Minta Banyak Hanya Mahu Suami Setia Amalkan Doa Ini Hari Hari

Isteri Tak Minta Banyak Hanya Mahu Suami Setia Amalkan Doa Ini Hari Hari

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 1001 hits
Ada sesetengah suami isteri mengatakan apabila sudah lama berkahwin kadang kadang rasa sayang itu ada tetapi susah untuk ditunjuk Pada kita mungkin kerana suami atau isteri kita sudah tahu tentang perasaan kita jadi untuk apa kita nak luahk...
Isteri Memang Setia Pada Suami Tapi Anak Lelaki Mampu Rampas Cinta Itu

Isteri Memang Setia Pada Suami Tapi Anak Lelaki Mampu Rampas Cinta Itu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 518 hits
Suami isteri yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki zuriat sendiri Tidak kisahlah jantina anak asalkan bayi sihat sudah membuatkan kehidupan ibu ayahnya bahagia Kebanyakan pasangan mengharapkan untuk mempunyai anak sulung lela...
Suami Kalau Nak Murah Rezeki Tunaikan Kemahuan Isteri Dan Anak Anak Rezeki Datang Mencurah Curah

Suami Kalau Nak Murah Rezeki Tunaikan Kemahuan Isteri Dan Anak Anak Rezeki Datang Mencurah Curah

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 533 hits
Gambar Sekadar HiasanPesanan buat para suami janganlah terlalu berkira dengan anak anak dan isteri Selagi boleh berusahalah cuba tunaikan apa yang diinginkan Baik keperluan mahupun kehendak selagi mana dalam batas kemampuan diri Ini kerana ...
Who Is Bestinet Founder Aminul

Junk Fees Or Unbundling Airlines And Senators Battle Over Added Costs

Park Min Jae Kisah Inspirasi Pelakon Korea Yang Tengah Meletop

Pas Mp Loses Defamation Case For Claiming Dap Trio Related To Chin Peng

Trump S Middle East Challenge

Aktifkan Debit Card Maybank Di Mesin Kiosk Kuantan

Rapid Kuantan Bakal Tamatkan Operasi Operator Swasta Baharu Ganti Bagi Tempoh 2025 Hingga 2030

Rci Batu Puteh Syor Siasatan Jenayah Terhadap Dr Mahathir


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan


Royale Chulan Festive Room Packages

Slot88 Where Technology Meets Entertainment

Fenomena Air Laut Terbelah Dua Berlaku Di Kelantan

Video Tular Wanita Dibawa Lari Bukan Kes Culik Polis

Hadiah Birthday 2024 Dapat Velvet Lipmatte Dari Ex Student Intern Siti

Sorotan Dari Ucapan Utama Dr Werner Vogels Di Re Invent 2024 Oleh Eyal Estrin Dis 2024