Isteri Aziz M Osman Tak Laju Tapi Microsleep Kru Kongsi Detik Kemalangan


'Tak sedar mereka kemalangan, kami sudah jauh di depan' - Aziz M Osman
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Kru produksi filem maut, 3 rakan parah "Kami ke Kota Bharu pada Isnin lalu bagi menjalani penggambaran projek Dokumentari Seniman Negara: Khatijah Awang. Kami menaiki dua kenderaan, satu saya bersama keluarga iaitu isteri, bapa mentua yang juga pengarah projek ini serta anak saya yang mana terbabit sebagai kru. Satu lagi kereta dinaiki empat kru itu.


"Ketika kejadian itu kami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kalau tanya saya, saya sendiri tidak boleh jelaskan bagaimana kemalangan boleh berlaku. Ini kerana kami sudah jauh ke depan dan tidak dapat berhubung terus dengan mereka," kata pengarah Aziz M Osman, 59.


Empat kru produksi filem yang terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu semalam sehingga seorang daripadanya maut itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik Aziz M Osman iaitu Ace Motion Pictures Sdn Bhd.

Aziz, 59, ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, bapa mentua dan seorang anaknya yang juga kru produksi menaiki kenderaan lain untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu, Kelantan.


Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, pengarah serta penyunting, Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 27, yang juga pemandu Perodua Alza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas.


Menurut Aziz, mangsa yang meninggal dunia sudah dibawa pulang ke Kuala Lumpur sementara tiga yang cedera dirawat di sebuah hospital di Terengganu: "Isteri saya dalam perjalanan ke rumah keluarga arwah," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ace Motion Pictures Sdn Bhd juga isteri Aziz iaitu Puteri Lily Lokman menerusi komen yang ditulis di Facebook Harian Metro berkata, kejadian mungkin disebabkan oleh 'microsleep'.


"Mereka pekerja saya. Mereka tak laju tapi 'microsleep'. Peringatan untuk kita juga, kalau mengantuk berhenti. Mereka baru lepas makan tengah hari, mungkin lepas makan mengantuk. Minta semua doakan semoga dipermudahkan urusan mereka dan keluarga. Budak yang baik. 'Happy person' selalu tersenyum. Allah sayang kau Sham. Al Fatihah," tulisnya.

Salah seorang kru, Kamarul Anuar Mohamed Nasir telah menceritakan detik-detik cemas dimana ketika kejadian dia sedang tidur namun hanya terdengar pemandu yang juga Allahyarham Muhammad Nurshamril Abdul Malek menjerit menyebut nama Allah. Kamarul yang mengalami patah tiga jari tangan kirinya turut melihat seorang lagi rakannya Amir Daniel Suhaimi tercampak dari kerusi belakang.


"Sekarang ini saya dirawat di Hospital Besut. Tiga jari tangan kiri saya patah dan badan sakit sampai tak boleh nak bergerak. Sebenarnya saya tak pasti macam mana kemalangan berlaku sebab ketika itu saya sedang tidur. Tapi sebelum saya tidur, Sham dan Azizi tengah menyanyi kuat-kuat.


"Ketika sedang tidur, tiba-tiba saya rasa terhentak dan sempat dengar Sham menjerit 'Allah!'. Saya nampak Daniel yang duduk belakang saya tercampak ke hadapan saya. Kepala Daniel dekat airbag depan saya, kaki dia di tempat duduk belakang dan badan dia di atas saya," cerita Kamarul.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terlanggar tunggul kayu di kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.


Afandi berkata, penumpang hadapan, Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, serta penumpang belakang, Amir Daniel Suhaimi, 23, mengalami kecederaan parah retak di bahagian leher. Sementara itu seorang lagi penumpang belakang, Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, parah selepas putus tangan kiri. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SOURCE: myartis

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hdmalaysia.blogspot.com/2021/10/isteri-aziz-m-osman-tak-laju-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Tak Laju Tapi Microsleep Baru Lepas Lunch Kru Produksi Aziz M Osman Dilapor Temui Ajal Terlibat Kemalangan

Mereka Tak Laju Tapi Microsleep Baru Lepas Lunch Kru Produksi Aziz M Osman Dilapor Temui Ajal Terlibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 386 hits
Terdahulu dilaporkan telah berlaku satu nahas jalanraya yang teruk menimpa sebuah kru produksi di Setiu Terengganu Kejadian yang berlaku kira kira jam 1 15 tengah hari itu telah mengakibatkan seorang lelaki menemui ajal manakala 3 lagi yang...
Hiburan Nak Kongsi Kasih Mental Kena Kuat Zarina Zainuddin Beri Nasihat Pedas Buat Isteri Muda Di Luar Sana

Hiburan Nak Kongsi Kasih Mental Kena Kuat Zarina Zainuddin Beri Nasihat Pedas Buat Isteri Muda Di Luar Sana

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 379 hits
Berikutan kisah poligami yang tular di media sosial baru baru ini pelakon senior Zarina Zainuddin tampil memberikan sedikit nasihat buat mereka yang baru sahaja bergelar isteri muda serta yang telah hidup bermadu ARTIKEL BERKAITAN Advertise...
Dah Report Tapi Dijamin Isteri Dia Konon Nak Bagi Kasih Sayang Gadis Dakwa Dicium Rakan Sekerja

Dah Report Tapi Dijamin Isteri Dia Konon Nak Bagi Kasih Sayang Gadis Dakwa Dicium Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 343 hits
Menakutkan Itulah gambaran yang diberikan oleh pengguna di laman Twitter selepas tular video seorang lelaki mencium kepala seorang wanita Seorang gadis dilaporkan mengalami trauma apabila mendakwa telah dicium oleh seorang rakan sekerjanya ...
Kami Datang Bertiga Tapi Balik Berdua Saja Azmi Isteri Yakin Allah Berikan Yang Lebih Baik

Kami Datang Bertiga Tapi Balik Berdua Saja Azmi Isteri Yakin Allah Berikan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 314 hits
Siapa yang tidak bersedih bila mana zuriat yang dinantikan sekian lama hanya dipinjam Allah cuma seketika Sayu dan sedih namun betapa kuat dan sabarnya insan bernama Azmi Saat ini dia reda bila mana takdir yang sudah tertulis buatnya dan is...
Video Cinta Pertama Hayla Aeril Zafrel Kongsi Detik Bahagia Dengan Anak Perempuan Kesayangan

Video Cinta Pertama Hayla Aeril Zafrel Kongsi Detik Bahagia Dengan Anak Perempuan Kesayangan

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 312 hits
Benarlah yang dikatakan oleh orang anak perempuan sebenarnya lebih rapat dengan si ayah Lihat saja Awal ashaari dan anaknya Lara Alana Tidak ketinggalan juga Aeril Zafrel dan anaknya Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa atau lebih mesra dengan pangg...
Tak Perlu Berahsia Soal Gaji Suami Isteri Kongsi Sama Sama Makin Berkat Rumah Tangga

Tak Perlu Berahsia Soal Gaji Suami Isteri Kongsi Sama Sama Makin Berkat Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 364 hits
Tidak dinafikan kehidupan kita hari ini semakin bertambah baik dengan adanya sokongan kewangan dari isteri Jika bukan untuk membantu perbelanjaan keluarga sekurang kurangnya isteri mampu berdikari sendiri untuk membeli kelengkapan dirinya s...
Makan Semua Tapi Ada Had Ibu 2 Anak Kongsi Tipsnya Dapat Berat Sebelum Mengandung

Makan Semua Tapi Ada Had Ibu 2 Anak Kongsi Tipsnya Dapat Berat Sebelum Mengandung

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 273 hits
Sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan kebanyakan ibu akan mengalami banyak perubahan dari segi fizikal dan juga emosi Keadaan ini akan beransur ansur stabil bila bayi dalam kandungan semakin besar dan selamat dilahirkan Namun yang menjadi masa...
Suami Isteri Tidak Boleh Berkira Sangat Perlu Kongsi Beban Bersama

Suami Isteri Tidak Boleh Berkira Sangat Perlu Kongsi Beban Bersama

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 273 hits
Suami Isteri Tidak Boleh Berkira Sangat Perlu Kongsi Beban Bersama ALAM perkahwinan biasa dengarkan susah sama senang bersama Cuma adakah kata kata ini masih relevan atau tidak untuk pasangan suami isteri muda zaman sekarang ini lebih lebih...
Kenapa Sanggup Buat Lagi Isteri Shuk Terkilan Peluang Diberi Tapi Tak Dihargai

Kenapa Sanggup Buat Lagi Isteri Shuk Terkilan Peluang Diberi Tapi Tak Dihargai

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 267 hits
Isteri kepada pelawak dan pengacara Shuk Sahar iaitu Sera berkongsi luahan hati menerusi beberapa InstaStory seolah olah memberi bayangan mengenai hubungan rumah tangganya ketika ini
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp