Isteri Abam Kata Mahkamah Telah Buktikan Beliau Tidak Gilakan Harta
Kemenangan balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali di mahkamah telah menjawab segala kemelut dua tahun bersama bekas adik iparnya, pelawak Ali Puteh.
Nama saya dah bersih
Terbaru, Isteri Abam, Nor Hidayah sangat bersyukur persengketaan perit bertemu jalan penyelesaian selepas mahkamah memutuskan Ali untuk membayar ganti rugi RM60,000.
Nor Hidayah turut mengucapkan terima kasih kepada Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan kerana menunjukkan kebenaran.
Alhamdulillah semua dah terjawab. Terima kasih Tuan Hakim bersihkan nama saya. Saya tak gila harta dan tak fitnah sesiapa.
Doa orang teraniaya
Dalam pada itu, Nor Hidayah menekankan yang Allah akan membantu manusia teraniaya kerana doa mereka tiada hijab dan akan terus diperkenankan.
Selain itu, ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey turut menyelit hashtag iaitu #abgggsayangmenang #berkatdoasemuaorang #berkatdoaanakyatim.
Pada Mei 2020, Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu dalam prosiding hari Jumaat, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.
Selepas prosiding selesai, Nor Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.
Dalam prosiding itu, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Sumber: Instagram @hidayah_hamzahh
Isteri Abam buktikan beliau tidak gilakan harta
Baca Artikel Menarik:
Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’
Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin
Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut
Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
Tuduhan melampau – Ebit Lew
Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim
Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli
The post Isteri Abam kata mahkamah telah buktikan beliau tidak gilakan harta appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/20/isteri-abam-kata-mahkamah-telah-buktikan-beliau-tidak-gilakan-harta/