Israel Bebaskan 88 Tahanan Palestin Sebagai Sebahagian Daripada Fasa Pertama Perjanjian Gencatan Senjata


Israel Bebaskan 88 Tahanan Palestin Sebagai Sebahagian Daripada Fasa Pertama Perjanjian Gencatan Senjata
RAMALLAH, 13 Okt (Bernama-WAFA) — Pihak berkuasa Israel telah membebaskan 88 tahanan Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup daripada Penjara Tentera Ofer, terletak di barat Ramallah, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan fasa pertama perjanjian gencatan senjata.
Menurut laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) mengumumkan pada pagi Isnin bahawa pihaknya telah menerima 20 tawanan Israel di Semenanjung Gaza dalam dua kumpulan dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa pendudukan.
Mengikut pelan fasa pertama, semua tawanan Israel yang masih hidup di Gaza akan dibebaskan sebagai pertukaran dengan 250 tahanan Palestin yang menjalani hukuman penjara yang lama, termasuk 88 daripada Penjara Ofer dan 162 daripada Penjara Ketziot di Negev.
Mereka akan dipindahkan ke Semenanjung Gaza sebelum kebanyakannya diusir ke Mesir.
Dalam masa yang sama, sekitar 1,718 tahanan dari Gaza yang ditahan selepas perang bermula pada 7 Okt 2023 juga akan dibebaskan. Pihak berkuasa Israel pada Isnin turut menghalang kira-kira 100 ahli keluarga tahanan yang dijadualkan dibebaskan daripada ke luar negara untuk menyambut kepulangan mereka, yang akan diusir keluar dari Palestin sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata itu.
Pada 9 Sept lepas, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan persetujuan untuk melaksanakan fasa pertama pelan damai Asia Barat yang diumumkannya pada 29 Sept.
Pelan itu menyeru penamatan perang di Semenanjung Gaza, pengunduran pasukan pendudukan dari wilayah itu, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pertukaran tahanan.
Menurut Institusi Tahanan Palestin, jumlah tahanan yang ditahan dalam penjara Israel kini melebihi 11,000 orang yang mengalami keadaan amat teruk termasuk penyeksaan, kebuluran dan pengabaian perubatan secara sistematik yang telah mengakibatkan kematian beberapa tahanan.
Jumlah keseluruhan tahanan Palestin yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kini mencecah 350 orang, manakala 40 lagi masih menunggu hukuman.
Terdapat 53 tahanan wanita, termasuk tiga dari Gaza, serta dua tahanan bawah umur.
Kira-kira 400 tahanan kanak-kanak ditahan di Penjara Ofer dan Megiddo, manakala jumlah tahanan tanpa perbicaraan mencecah kira-kira 3,380 orang setakat Oktober.
Sejak 7 Okt 2023, pasukan tentera Israel telah melakukan jenayah genosid di Semenanjung Gaza, mengorbankan lebih 67,806 orang dan mencederakan lebih 170,000 yang lain, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain menyebabkan kebuluran yang meragut nyawa 463 rakyat Palestin termasuk 157 kanak-kanak.
BACA: Wartawan, Saleh Aljafarawi Dilapor Terbunuh Di Gaza
Sumber: BERNAMA
The post Israel Bebaskan 88 Tahanan Palestin Sebagai Sebahagian Daripada Fasa Pertama Perjanjian Gencatan Senjata appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/13/israel-bebaskan-88-tahanan-palestin-sebagai-sebahagian-daripada-fasa-pertama-perjanjian-gencatan-senjata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
480 Trak Bantuan Memasuki Gaza Di Bawah Perjanjian Gencatan Senjata

480 Trak Bantuan Memasuki Gaza Di Bawah Perjanjian Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 174 hits
480 Trak Bantuan Memasuki Gaza Di Bawah Perjanjian Gencatan Senjata ISTANBUL 17 Okt Pihak berkuasa tempatan di Gaza memaklumkan bahawa kira kira 480 trak bantuan telah memasuki wilayah yang dikepung itu pada Rabu di bawah perjanjian gencata...
Palestin Sambut Gembira Pengumuman Gencatan Senjata

Palestin Sambut Gembira Pengumuman Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 304 hits
GAZA Tular di media sosial apabila rakyat Palestin dilihat bersyukur dan meraikan berita gembira selepas dimaklumkan mengenai pengumuman gencatan senjata di Gaza Hamas Setuju Dengan Pelan Damai Memetik laporan BERNAMA kumpulan Palestin Hama...
Laungan Pertama Azan Subuh Dari Jantung Gaz Selepas Gencatan Senjata

Laungan Pertama Azan Subuh Dari Jantung Gaz Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 262 hits
Laungan azan subuh kedengaran buat pertama kali di Gaza sejak gencatan senjata diumumkan semalam menandakan detik bersejarah selepas bumi itu diselubungi bunyi letupan dan peperangan selama dua tahun Menerusi video dikongsi pengguna TikTok ...
Ketahui Tentang Perjanjian Baharu Gencatan Senjata Gaza Afp

Ketahui Tentang Perjanjian Baharu Gencatan Senjata Gaza Afp

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 221 hits
Ketahui Tentang Perjanjian Baharu Gencatan Senjata Gaza AFP Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Rabu bahawa Israel dan Hamas telah mencapai persetujuan untuk fasa pertama gencatan senjata di Gaza Ini selepas beberapa har...
Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata

Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 189 hits
Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata GAZA Ribuan penduduk gaza kembali menjejakkan semula kaki di masjid masjid bagi menunaikan solat Jumaat pertama selepas gencatan meskipun struktur konkrit i...
Hamas Selesai Bebaskan Semua 20 Tahanan Israel Yang Masih Hidup Di Semenanjung Gaza

Hamas Selesai Bebaskan Semua 20 Tahanan Israel Yang Masih Hidup Di Semenanjung Gaza

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 232 hits
Hamas Selesai Bebaskan Semua 20 Tahanan Israel Yang Masih Hidup Di Semenanjung Gaza BAITULMUQADDIS ISTANBUL 13 Okt Sayap tentera pergerakan Hamas Briged Al Qassam pada Isnin telah menyempurnakan pembebasan 20 tahanan Israel yang masih hidup...
Hamas Dakwa Israel Bunuh 70 Penduduk Palestin Walaupun Dakwa Kurangkan Operasi

Hamas Dakwa Israel Bunuh 70 Penduduk Palestin Walaupun Dakwa Kurangkan Operasi

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 220 hits
Hamas Dakwa Israel Bunuh 70 Penduduk Palestin Walaupun Dakwa Kurangkan Operasi BANDAR GAZA ISTANBUL 5 Okt Serangan udara dan bedilan Israel telah membunuh 70 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Sabtu termasuk wanita dan kanak kanak wal...
Ribuan Tahanan Palestin Dibebaskan Tangisan Dan Pelukan Iringi Kepulangan

Ribuan Tahanan Palestin Dibebaskan Tangisan Dan Pelukan Iringi Kepulangan

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 148 hits
GAZA Suasana penuh emosi menyelubungi Gaza apabila hampir 2 000 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel pada Isnin sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Pembebasan Besar Besaran Sebagai Tanda Gencatan Senjata Lebih...
Israel Tahanan Aktivis Sumud Flotila Akan Diusir Ke Eropah

Israel Tahanan Aktivis Sumud Flotila Akan Diusir Ke Eropah

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 267 hits
Malaysiakini nbsp Kementerian Luar Israel memaklumkan bahawa aktivis yang ditahan daripada Flotila Global Sumud akan diusir tidak lama lagi Merujuk kepada aktivis itu sebagai penumpang Hamas Sumud kementerian berkenaan turut mengesahkan mer...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej