Hamas Dakwa Israel Bunuh 70 Penduduk Palestin Walaupun Dakwa Kurangkan Operasi


Hamas Dakwa Israel Bunuh 70 Penduduk Palestin Walaupun Dakwa Kurangkan Operasi
BANDAR GAZA/ISTANBUL, 5 Okt (Bernama-Anadolu) — Serangan udara dan bedilan Israel telah membunuh 70 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Sabtu, termasuk wanita dan kanak-kanak, walaupun Israel mendakwa telah mengurangkan operasi ketenteraan terhadap orang awam, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Peningkatan pertumpahan darah yang berterusan ini mendedahkan pembohongan dakwaan kerajaan penjenayah perang Netanyahu berhubung pengurangan operasi ketenteraan terhadap orang awam yang tidak berdaya,” kata Hamas dalam satu kenyataan.
Ia menggesa masyarakat antarabangsa, negara-negara Arab dan Islam, untuk memikul “tanggungjawab” undang-undang dan kemanusiaan mereka dengan melindungi rakyat Palestin, menyediakan bantuan dan menggiatkan tekanan untuk menamatkan “perang pembasmian” dan kebuluran selama dua tahun di Gaza.
Kenyataan daripada Pejabat Media Gaza menyebut bahawa tentera Israel telah melakukan 93 serangan udara, membunuh 70 orang, termasuk 47 di Bandar Gaza. Peristiwa itu berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat menggesa Israel untuk “menghentikan pengeboman Gaza serta-merta” selepas Hamas mengumumkan kesediaannya untuk membebaskan tawanan Israel di bawah cadangan gencatan senjata beliau, sambil mengatakan beliau percaya pergerakan itu “bersedia untuk keamanan yang berkekalan.”
Mesir mengumumkan pada Sabtu bahawa ia akan menjadi tuan rumah kepada delegasi Israel dan Hamas pada Isnin untuk membincangkan butiran pertukaran tahanan sebagai sebahagian daripada rancangan Trump untuk menamatkan perang di Gaza.
Trump telah mendedahkan rancangan 20 perkara beliau pada 29 Sept, termasuk pembebasan tawanan Israel dalam tempoh 72 jam selepas kelulusan Israel, gencatan senjata dan pelucutan senjata Hamas.
Tel Aviv menganggarkan bahawa 48 tawanan Israel kekal di Gaza, termasuk 20 yang masih hidup. Israel, sementara itu, menahan sekitar 11,100 tawanan Palestin, yang kebanyakannya menghadapi penyeksaan, kebuluran, dan pengabaian perubatan, menurut kumpulan hak asasi manusia Palestin dan Israel.
Sejak Oktober 2023, pengeboman Israel telah membunuh lebih daripada 67,000 rakyat Palestin di Gaza, dan kebanyakan infrastruktur telah menjadi runtuhan.
BACA: Selamat Tiba Di Turki, Aktivis GSF Dedah Detik Hitam Ditahan Israel
Sumber: BERNAMA
The post Hamas Dakwa Israel Bunuh 70 Penduduk Palestin Walaupun Dakwa Kurangkan Operasi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/05/hamas-dakwa-israel-bunuh-70-penduduk-palestin-walaupun-dakwa-kurangkan-operasi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aisar Khaled Sambut Kepulangan Sahabat Baik Haroqs Pulang Dari Palestin Selepas Dibebaskan Tentera Israel

Aisar Khaled Sambut Kepulangan Sahabat Baik Haroqs Pulang Dari Palestin Selepas Dibebaskan Tentera Israel

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR Tular di TikTok apabila Aisar Khaled memuat naik video menyambut kepulangan sahabat karibnya Haroqs yang baru pulang ke tanah air selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel di Palestin Menerusi perkongsian video berkena...
Pempengaruh Pro Israel Dakwa Kapal Flotilla Tiada Bantuan Netizen Balas Pedas

Pempengaruh Pro Israel Dakwa Kapal Flotilla Tiada Bantuan Netizen Balas Pedas

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 228 hits
MEDITERRANEAN SEA Pada 3 Oktober 2025 kapal terakhir dalam konvoi Global Sumud Flotilla Marinette disekat oleh tentera laut Israel kira kira 42 5 batu nautika dari Gaza Semua penumpang termasuk aktivis iklim terkenal Greta Thunberg ditahan ...
Rakaman Disahkan Benar Penduduk Gaza Raih Rezeki Laut Selepas Flotilla Alih Tumpuan Israel

Rakaman Disahkan Benar Penduduk Gaza Raih Rezeki Laut Selepas Flotilla Alih Tumpuan Israel

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 271 hits
GAZA Sebelum ini tular rakaman penduduk Palestin berjaya menangkap ikan dalam jumlah yang banyak di pantai Gaza Ia berlaku selepas perhatian tentera Israel beralih kepada Global Sumud Flotilla Terbaru menurut perkongsian aburatiba my video ...
Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam

Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 678 hits
Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam Penduduk sebuah kampung di Kotawaringin Timur wilayah Kalimantan Tengah digemparkan dengan dakwaan penampakan makhluk penanggal pada Khamis lalu lapor portal Prokal Dalam sebu...
Pengiktirafan Palestin Sahkan Israel Tiada Kedaulatan Ke Atas Tanah Diduduki Diplomat

Pengiktirafan Palestin Sahkan Israel Tiada Kedaulatan Ke Atas Tanah Diduduki Diplomat

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 539 hits
Pengiktirafan Palestin Sahkan Israel Tiada Kedaulatan Ke Atas Tanah Diduduki Diplomat BAITULMUQADDIS 21 Sept Pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara merdeka oleh United Kingdom Australia dan Kanada sekali lagi mengesahkan bahawa Israel...
Ketukan Misteri Ketika Waktu Malam Undang Resah Penduduk

Ketukan Misteri Ketika Waktu Malam Undang Resah Penduduk

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 394 hits
Ketukan Misteri Ketika Waktu Malam Undang Resah Penduduk Penduduk di Kecamatan Kemranjen Kabupaten Banyumas dilanda resah selepas diganggu beberapa siri kejadian ketukan pintu misteri yang berlaku dua malam berturut turut di dua buah kampun...
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Resepi Puding Roti Karamel Confirm Jadi Untuk Pemula

Ruqyah 3 Surah Perlindungan

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Cepat Habis Jika Begini

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan