Ismail Sabri Siapa Tak Setuju Boleh Cabar Zahid Kemudian


Shakira Buang Diterbitkan Hari ini 4:10 petang

Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambung semula tugasnya sebagai presiden Umno boleh mencabar kedudukan bekas timbalan perdana menteri itu pada pemilihan akan datang.

Untuk masa ini, kata Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, seluruh anggota dan pimpinan perlu bersatu dan memberikan fokus kepada isu yang lebih besar.

Kata Ismail Sabri, Umno mempunyai perlembagaan dan ia membenarkan sesuatu jawatan dipertandingkan setiap tiga tahun sekali.

“Jadi ketika itu nanti, kita fikirkan (kedudukan Ahmad Zahid). Cuma dalam keadaan sekarang, tak perlu fikir soal jawatan dan soal pertandingan, banyak isu lain," katanya kepada media di lobi parlimen hari ini.

Menurut anggota parlimen Bera itu lagi keutamaan anggota Umno sekarang bukanlah wajar atau tidak Ahmad Zahid menyambung semula tugasnya sebagai presiden, atau siapa lebih layak menjadi presiden.

Katanya isu berkenaan sudah diputuskan sewaktu pemilihan parti pada tahun lalu.

Ismail Sabdi berkata demikian sebagai mengulas sesuai atau tidak Ahmad Zahid menamatkan cutinya daripada tugas sebagai presiden Umno.

Baca Sumber: Memang ada gerakan nak bawa Zahid kembali

Sepanjang tempoh Ahmad Zahid bercuti, tugas presiden dijalankan timbalannya Mohamad Hasan. Beberapa pihak berpendapat Mohamad berjaya merapatkan saf kepemimpinan parti berbanding sewaktu Ahmad Zahid bertugas.

Untuk rekod Ahmad Zahid kini berdepan lebih 80 tuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.
Dalam pemilihan parti pada 30 Jun tahun lalu, Ahmad Zahid berjaya mengatasi cabaran empat tokoh lain, termasuk bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahmad Zahid, menang selepas mendapat 93 undi, jauh meninggalkan dua pencabar utamanya, Khairy yang memperoleh 51 undi dan Tengku Razaleigh 23 undi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri membayangkan wujud kumpulan dalam Umno yang tidak senang dengan kembalinya Ahmad Zahid menerajui tampuk pimpinan parti.

Katanya sekarang adalah masa yang sesuai buat Ahmad Zahid menamatkan cuti sebagai presiden.

“Jika semua pihak menyokong Ahmad Zahid, maka tiada isu (ahli Umno berpecah), tapi jika semua ada pandangan masing-masing dan berterusan dengan perbezaan, parti akan berpecah,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/ismail-sabri-siapa-tak-setuju-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Ismail Sabri Remains As Opposition Leader

Zahid Ismail Sabri Remains As Opposition Leader

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 341 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi told a press conference at the Parliament lobby on Monday that Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob will continue his duties as Opposition leader despite the former s return as Umno president JOHORTIMES MY Please ...
Who Is Najib Apakah Dia Boleh Akur Mahathir Betul Apa Pendirian Nya Pula Kalau Zahid Pilih Sokong Mahathir

Who Is Najib Apakah Dia Boleh Akur Mahathir Betul Apa Pendirian Nya Pula Kalau Zahid Pilih Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 433 hits
SEBAGAI AHLI umno aku letakan SEBAGAI pengkhianat parti BANGSA ugama Dan NEGARA hingga akibatnya hilang kuasa Kecuali lokman Adam Dan yang makan dedak apakah ADA AHLI umno yang siuman tidak menganggap bapak SEGALA punca MASALAH hingga umno ...
Umno Kembali Bergolak Kj Tak Setuju Zahid Kembali Tanpa Dibincangkan

Umno Kembali Bergolak Kj Tak Setuju Zahid Kembali Tanpa Dibincangkan

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 283 hits
KJ tak setuju Zahid kembali tanpa dibincangkanPosted By on July 07 2019Anggota Umno yang tidak gembira dengan kepulangan presidennya Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai pilihan selain akur keputusan parti dan menunggu pemilihan seterusnya da...
Muktamar Setuju Pas Bekerjasama Dengan Umno Dikuatkan Lagi Dengan Kehadiran Semula Zahid

Muktamar Setuju Pas Bekerjasama Dengan Umno Dikuatkan Lagi Dengan Kehadiran Semula Zahid

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 310 hits
Perkhabaran bahawa MAHATHIR perlu disingkirkan untuk menghidupkan dan selamatkan semula watak in ADA relevannya
Parlimen Ismail Sabri Dikekalkan Sebagai Ketua Pembangkang

Parlimen Ismail Sabri Dikekalkan Sebagai Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Ketua Pembangkang kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata kini terdapat pembahagian tugas ...
Najib Zahid Boleh Kembali Terajui Umno Tanpa Persetujuan Mt

Najib Zahid Boleh Kembali Terajui Umno Tanpa Persetujuan Mt

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 384 hits
Diterbitkan Hari ini 8 28 pagiBekas presiden Umno Najib Razak berkata presiden Umno yang sedang bercuti Ahmad Zahid Hamidi boleh kembali menerajui parti jika dia mahu biarpun tanpa persetujuan pihak lain termasuk Ahli Majlis Tertinggi Kata ...
Ada Pihak Merosakkan Diri Saya Zahid Hamidi

Ada Pihak Merosakkan Diri Saya Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR 7 Julai Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan penularan sepucuk surat akaun bersumpah yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peralihan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Menur...
Haziq Cabar Azmin Saman

Haziq Cabar Azmin Saman

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 276 hits
News Diterbitkan Hari ini 9 46 pagiKetua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mencabar Azmin Ali mengambil tindakan undang undang terhadapnya jika isu klip video seks dan dakwaan hubungan sejenis adalah fitnah Haziq yang sebelum i...
Cabar Ekonomi Kerajaan Komited Tangani Pelbagai Pendekatan

Cabar Ekonomi Kerajaan Komited Tangani Pelbagai Pendekatan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 278 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi