Ismail Sabri Perlu Nyatakan Pendirian Sokong Zahid Atau Tidak Jangan Main Dua Kolam


 

March 26, 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menyatakan dengan jelas pendirian diri sama ada menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau sebaliknya.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir berkata, ia penting untuk memastikan memposisikan diri sebagai Naib Presiden UMNO dalam kedudukan politik dan nasional kerana pendiriannya akan menentukan hala tuju parti.
Dr Jeniri turut yakin Ismail Sabri akan menyatakan pendiriannya pada Perhimpunan Agung UMNO minggu ini.
Tambahnya, ia medan menentukan secara muktamad sama ada UMNO hendak menyokong atau berpisah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau memperkukuhkan kerjasama dengan Muafakat Nasional (MN) dan Pas.
“Sebarang perhitungan atau pendirian yang dibuat itu akan memberi kesan dan implikasi tertentu dari segi bagaimana prestasi UMNO dan kedudukan tokoh pemimpin politik UMNO itu sendiri. Kalau mereka dilihat menyokong Bersatu dan perdana menteri, tentu ada implikasi tertentu, begitu juga sebaliknya menjelang PRU nanti.
“Jadi mana-mana pemimpin politik itu harus membuat satu keputusan yang jelas dan konkrit serta pragmatik, bukan sahaja menentukan survival UMNO tetapi juga untuk menjamin bagaimana kedudukan mereka selepas PRU15 nanti.
“Mereka tidak boleh dilihat berdiri di atas pagar kerana pemimpin sedemikian adalah pemimpin yang dilihat ‘selamat’ dan cuba meraih keuntungan daripada kedua-dua pihak selepas sesuatu keputusan diambil,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Sebelum ini, Ismail Sabri menegaskan, tindakan disiplin boleh dikenakan sekiranya terdapat ahli dan pemimpin UMNO yang didapati menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.
Katanya, pihak pimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti itu.
Tegasnya, UMNO juga tidak pernah berganjak dengan keputusan yang telah diputuskan itu.
Dalam pada itu, Dr Jeniri berkata, sebarang keputusan yang saintifik berdasarkan kajian politik akademik dan profesional akan memastikan keputusan yang tepat diambil dan akhirnya akan menentukan survival UMNO.
Tambahnya, ia sekali gus dapat memastikan UMNO muncul semula sebagai parti dominan dalam PRU akan datang.
Mengulas isu sama, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, Ismail Sabri sepatutnya membuat pendirian jelas sama ada ingin bersama Bersatu atau menyokong Ahmad Zahid.
“Secara rambang jika jajaran baharu dibentuk dan ikut perkiraan awal mampu membentuk kerajaan yang kuat dan stabil malah mampu memperoleh majotiti dua pertiga dalam Parlimen, mengapa tidak UMNO berusaha ke arah itu, bukankah UMNO sebuah parti yg memperjuangkan kebajikan rakyat?
“UMNO patut melepaskan agenda lain selain dari membela rakyat, Ismail Sabri tidak boleh duduk diam macam air dalam kolam yang tidak beriak jika tiada ikan yang melompat. Beliau sepatutnya membuat pernyataan sebelum ucapan Presiden, itu sebaiknya untuk UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, akar umbi termasuk 124 Bahagian UMNO telah membuat keputusan untuk tidak bersama Bersatu dalam PRU-15.
Jadi tegasnya, mana-mana pemimpin yang menentang keputusan itu pasti akan ditolak dalam pemilihan UMNO akan datang. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/ismail-sabri-perlu-nyatakan-pendirian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepak Keluaq Buang La Kalau Yang Nak Main Dua Kolam Tu Pun Nak Kena Ajar Kah

Sepak Keluaq Buang La Kalau Yang Nak Main Dua Kolam Tu Pun Nak Kena Ajar Kah

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 222 hits
Umno sahkan ada individu berpura pura di dalam partiMarch 27 2021 UMNO perlu memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 bagi mengembalikan maruah parti Melayu itu yang tewas dalam pilihan raya lalu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ber...
Kenapa Ismail Sabri Serang Anwar Bincanglah Masalah Dalaman Dengan Zahid

Kenapa Ismail Sabri Serang Anwar Bincanglah Masalah Dalaman Dengan Zahid

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 414 hits
Serangan tanpa asas yang dibuat oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh merugikan Umno dalam percaturan politik jangka panjang parti itu Ketua Penerangan KEADILAN Datuk...
Ketetapan Mkt Kekal Jangan Cepat Melatah Cerita Cerita Tidak Untungkan Umno Ismail Sabri

Ketetapan Mkt Kekal Jangan Cepat Melatah Cerita Cerita Tidak Untungkan Umno Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 245 hits
umno online myKUALA LUMPUR 24 Mac Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri hari ini sekali lagi mengulangi ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi parti dan menyatakan bahawa ianya akan kekal dan fokus UMNO adalah untu...
Xavier Pernah Dakwa Menteri Kanan Paksa Sokong Pn Atau Berdepan Tindakan Saifuddin Nasution

Xavier Pernah Dakwa Menteri Kanan Paksa Sokong Pn Atau Berdepan Tindakan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 424 hits
Tindakan Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat mengukuhkan lagi dakwaan ada usaha tersusun oleh kerajaan minoriti untuk menarik sokongan ahli ahli parlimen pembangkang Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin N...
No Directive From Assembly For Umno Reps To Quit Govt Posts Ismail Sabri

No Directive From Assembly For Umno Reps To Quit Govt Posts Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 260 hits
The Umno delegates who were present at the Umno general assembly at Kuala Lumpur World Trade Centre last Saturday 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR No decision was made at last weekend s Umno general assembly for ministers menteris besar d
Akar Umbi Umno Maran Pertikai Kreadibiliti Ahli Parlimen Gesa Beliau Nyatakan Pendirian

Akar Umbi Umno Maran Pertikai Kreadibiliti Ahli Parlimen Gesa Beliau Nyatakan Pendirian

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 315 hits
MARAN Tindakan Ahli Parlimen Maran Dato Seri Hj Ismail Muttalib hadir dalam satu Program Malaysia Prihatin bersama sama YB Datuk Saifuddin Abdulllah Menteri Komunikasi Dan Multimedia di sini semalam telah mendapat kecaman daripada akar umbi...
Tiada Kerjasama Dengan Ppbm Pru15 Ismail Sabri

Tiada Kerjasama Dengan Ppbm Pru15 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 185 hits
Ismail Sabri Jelaskan Keputusan MKT Umno Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno jelas menetapkan tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada PRU15 Katanya UMNO jel
Nyatakan Pendirian Jika Anda Menjadi Menteri Kerajaan Pn

Nyatakan Pendirian Jika Anda Menjadi Menteri Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 366 hits
Panas Khir Toyo gesa kluster menteri UMNO nyatakan pendirian sokong Zahid atau tidakMarch 26 2021 Mana mana pemimpin UMNO berjawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional termasuk Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menyatak...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil