Xavier Pernah Dakwa Menteri Kanan Paksa Sokong Pn Atau Berdepan Tindakan Saifuddin Nasution



Tindakan Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengukuhkan lagi dakwaan ada usaha tersusun oleh kerajaan minoriti untuk menarik sokongan ahli-ahli parlimen pembangkang.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha itu termasuklah dengan cara umpan dan ugutan, menggunakan agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu berkata, Xavier pernah memaklumkan kepada pimpinan PKR sebelum ini, mendakwa dirinya menjadi sasaran SPRM.
“Dr Xavier baru-baru ini telah bertemu pimpinan Keadilan (PKR) memaklumkan bahawa pihak SPRM menjadikan beliau sasaran siasatan, setelah SPRM sebelumnya menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalan beliau berkait satu kes yang sedang berjalan
“Dr Xavier kemudiannya dihubungi seorang menteri kanan yang menyatakan beliau perlu menyokong Perikatan Nasional atau hadapi akibat yang serius,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Awal hari ini, Dr Xavier mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, parti yang dianggotainya sejak 1998.
Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di laman media sosialnya, Ahli Parlimen Kuala Langat itu menyatakan rasa tersangat kecewa dengan beberapa perkara yang terjadi sejak tahun lepas.
Dengan peletakan jawatan itu, Dr Xavier berkata, beliau kini merupakan Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional.
Mengulas lanjut, Saifuddin mendakwa, hal yang berlaku sekarang adalah, instrumen pemerintah termasuk SPRM sedang diperguna ahli politik kanan dalam pentadbiran Perikatan Nasional untuk mengalih sokongan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang kepada Perikatan Nasional.
Tindakan itu, tegasnya lagi, adalah satu bentuk salahguna kuasa, terutama tatkala disedari ada antara isu rasuah dan salahguna kuasa yang lain seperti tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib.
“Amatlah jelas kerajaan minoriti hari ini berlapik dengan alasan darurat dan menggantung Parlimen sambil pada masa sama berusaha mendapatkan sokongan lebih ramai Ahli Parlimen dengan cara menggunakan agensi-agensi tertentu melalui taktik umpan habuan, tekanan dan ugutan.
“Sebagai seorang yang lama mengenali Dr Xavier Jeyakumar – Tindakan dan alasan-alasan beliau dalam kenyataan hari ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. Namun yang membezakan reformis tulen dengan yang lain ialah tahan diuji pada masa senang dan sukar,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Saifuddin berkata, beliau ingin mengulangi gesaan agar semua Ahli Parlimen PKR terus berpegang kepada prinsip dan landasan perjuangan reformasi tanpa tunduk dengan umpan habuan dan ugutan.
PKR dan Pakatan Harapan, katanya lagi, akan kekal dengan hala tuju mempertingkat persiapan menuju PRU15, dan pada masa yang sama berusaha mengembalikan mandat rakyat, sesuai kerangka undang-undang dan perlembagaan.


The post Xavier pernah dakwa ‘menteri kanan’ paksa sokong PN, atau berdepan tindakan – Saifuddin Nasution appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/13/xavier-pernah-dakwa-menteri-kanan-paksa-sokong-pn-atau-berdepan-tindakan-saifuddin-nasution/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xavier Dihubungi Menteri Kanan Diugut Sokong Pn Dakwa Su Agung Pkr

Xavier Dihubungi Menteri Kanan Diugut Sokong Pn Dakwa Su Agung Pkr

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 309 hits
MALAYSIA DATELINEKeputusan yang diumum YB Datuk Dr Xavier Jayakumar hari ini berikutan dakwaan PKR bahawa wujud usaha tersusun oleh kerajaan minoriti untuk menarik sokongan ahli ahli parlimen pembangkang dengan cara umpan dan ugutan menggun...
Panas Najib Dakwa Ada Menteri Kanan Kerajaan Pn Tidak Didakwa Atas Alasan Video Tak Cukup Hd

Panas Najib Dakwa Ada Menteri Kanan Kerajaan Pn Tidak Didakwa Atas Alasan Video Tak Cukup Hd

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 298 hits
March 13 2021 2Rasanya ada seseorang bekas naib presiden parti sebelah sana yang juga ahli parlimen telah terbaca posting minggu lepas saya ini Beza antara ampu dengan lawan Berani lawan Berani kerana benar
Saifuddin Dakwa Xavier Mangsa Ugutan Politik

Saifuddin Dakwa Xavier Mangsa Ugutan Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 166 hits
Saifuddin Nasution Dakwa Xavier Mangsa Ugutan Politik Saifuddin NasutionKENYATAAN MEDIA 13 Mac 2021 1 Keputusan yang diumum YB Datuk Dr Xavier Jayakumar pagi ini terjadi dengan latarbelakang kenyataan saya beberapa minggu lepas bahawa ujud
Bekas Menteri Dari Sabah Akan Ikut Jejak Dr Xavier Dakwa Aktivis

Bekas Menteri Dari Sabah Akan Ikut Jejak Dr Xavier Dakwa Aktivis

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 281 hits
BORHAN AHMADSelain Dr Xavier Jayakumar seorang lagi bekas menteri kerajaan Pakatan Harapan dijangka akan meninggalkan Pakatan Harapan dakwa aktivis politik Kamaruzaman Yaacob Dua orang bekas menteri akan meninggalkan PH Dr Xavier telah memb...
Selepas Umum Letak Jawatan Dan Keluar Pkr Dr Xavier Maklum Beliau Sokong Kerajaan Pn

Selepas Umum Letak Jawatan Dan Keluar Pkr Dr Xavier Maklum Beliau Sokong Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR Selepas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden dan keluar PKR hari ini Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar turut menyatakan pendiriannya sebagai Ahli Parlimen Bebas menerusi satu surat bertarikh...
Pembeli Berdepan Tindakan Denda Rm2 000 Jika Di Dapati Beli Jualan Di Lampu Isyarat

Pembeli Berdepan Tindakan Denda Rm2 000 Jika Di Dapati Beli Jualan Di Lampu Isyarat

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 260 hits
PASIR GUDANG Pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2 000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitcha...
Pegawai Polis Lepas Suspek Macau Scam Pengkhianat Berdepan Tindakan Drastik Kata Hamid

Pegawai Polis Lepas Suspek Macau Scam Pengkhianat Berdepan Tindakan Drastik Kata Hamid

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 314 hits
Ketua Polis Negara Hamid Bador berkata pihaknya menyerahkan siasatan kes itu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis untuk memutuskan tindakan lanjut IPOH Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan pembabitan seorang pegawai polis di Pulau P...
Tak Tahu Hidup Atau Mati Ketika Bersalin Ibu Tak Pernah Serik Berjuang Melahirkan Anaknya

Tak Tahu Hidup Atau Mati Ketika Bersalin Ibu Tak Pernah Serik Berjuang Melahirkan Anaknya

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 315 hits
Biarpun proses melahirkan tidak mudah diiringi dengan pelbagai cabaran dan rasa sakit namun ibu tidak pernah merasa serik Sekejap rasa mulalah rasa rindu mahu hamil dan bersalin semula Tidak kiralah melahirkan secara normal atau melalui pem...
Tindakan Perundangan Ke Atas Bekas Mp Adun Pkr Sedang Berjalan Saifuddin

Tindakan Perundangan Ke Atas Bekas Mp Adun Pkr Sedang Berjalan Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 184 hits
Tindakan mahkamah atau perundangan terhadap bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang bertindak keluar daripada parti sedang dilakukan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kesemua individu berkenaan su...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different