Barang Kes Sprm Dicuri Mana Suara Ismail Sabri Cergaskah Beliau Sebagai Perdana Menteri


 
Pelbagai pihak telah bersuara dan memberi reaksi berhubung kes tiga pegawai kanan SPRM didakwa mencuri wang tunai berjumlah AS$6 juta atau kira-kira RM25 juta yang merupakan bahan bukti siasatan dan menggantikannya dengan wang palsu.
Wang tersebut adalah sebahagian daripada rampasan yang dibuat susulan penahanan Hasanah Ab Hamid, bekas Ketua Pengarah Agensi Perisikan Luar Malaysia atau MEIO sebaik tumbangnya BN pada 2018 lalu.
Mahkamah Tinggi pada 12 April lalu telah melepas tanpa membebaskan Hasanah daripada pertuduhan melakukan pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.
Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memohon untuk tidak meneruskan kes berkenaan.
“Dalam keadaan ini, mahkamah mendapati pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang wajar dalam melaksanakan kuasa budi bicaranya untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap tertuduh.
“Oleh yang demikian, mahkamah dengan ini memberi perintah agar tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan,” kata hakim itu lagi.
Dilaporkan kecurian bahan bukti itu disedari sebaik Hasanah dibebaskan di mana wang asli ditemui bercampur-campur dengan wang palsu.
Kes ini sebenarnya amat mencemarkan nama SPRM sebagai agensi penguatkuasa yang diharapkan rakyat untuk membersihkan negara ini daripada segala kekotoran berkaitan rasuah.
Sudahlah banyak tangkapan dan penahanan SPRM sebelum ini menimbulkan pertikaian, termasuk dikaitkan bermotif politik, mencuri bahan bukti ini menampakkan parahnya kerosakan yang berlaku.
Dengan bahan bukti yang dalam kawalan SPRM sendiri boleh hilang dicuri oleh mereka yang diberi amanah menjaganya, hancurlah harapan rakyat terhadap agensi tersebut.
Sebab itu, sementara Majlis Presiden PH menggesa agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki direhatkan buat sementara, langkah yang paling wajar sekali ialah beliau sepatutnya diberhentikan serta-merta.
Azam harus bertanggungjawab dan diletakkan beban kesalahan atas kes ini, tambahan lagi SPRM juga didapati bertindak menahan reman tiga pegawai kanan terbabit secara senyap-senyap dan berita mengenainya hanya diketahui selepas tahanan reman itu berakhir.
Kes mencuri bahan bukti itu sepatutnya diserahkan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan, bukan SPRM sendiri menyiasat pegawainya yang mencuri itu.
Faktanya SPRM tiada kuasa dalam sebarang kes kecurian, waima kehilangan telur ayam sekali pun, jadi sandiwara apakah tiba-tiba SPRM menyiasat SPRM itu?
Diberitakan kemudiannya, hanya setelah itu barulah tiga pegawai SPRM itu ditahan polis dan hasil siasatan pula mendapati ada dia antaranya terlibat dengan dadah dan senjata api.
Nampaknya siasatan polis mendapati kes ini bertambah buruk serta lebih mencemarkan nama SPRM.
Mencuri bahan bukti iaitu wang tunai, mengganti dengan wang palsu yang bermakna sudah tentu mereka ada hubungan dengan pengedar wang palsu, terlibat dadah, senjata api dan selepas ini entah apa-apa lagi.
Inikah wajah SPRM yang diharapkan untuk membanteras rasuah di negara ini?
Sementara KP SPRM sepatutnya diberhentikan, malah tidak berani mengeluarkan sepatah kata pun mengulas mengenai isu ini, lebih buruk lagi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sendiri tidak mengulas apa-apa sehingga kini.
Kenapa Perdana Menteri masih tidak bersuara, walhal sebagai ketua kerajaan dan SPRM itu pula dalam kawalannya, beliau seharusnya tidak berlengah lagi memberi reaksi sebagai gambaran sikap prihatinnya terhadap isu yang memalukan negara ini?
Setelah berakhir era Mahiaddin Md Yasin yang lebih banyak membisu dalam pelbagai isu sebelum ini, kecuali hanya berani muncul melalui perutusan khasnya saja, apakah kita terus bernasib malang mempunyai Perdana Menteri yang lebih kurang saja perangai dan sikapnya?
Atau kita sebenarnya sedang memiliki Perdana Menteri yang tidak cukup cergas, lalu lemah dan tidak bermaya menangani isu-isu kritikal yang berlaku dalam negara? – 


ShahbudinHusin 25/09/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/barang-kes-sprm-dicuri-mana-suara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen Ujian Pertama Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

Sidang Parlimen Ujian Pertama Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 215 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke 14 pada Isnin yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail...
Setelah Dicuri Sprm Siasat Jika Ada Barang Kes Lain Dicuri

Setelah Dicuri Sprm Siasat Jika Ada Barang Kes Lain Dicuri

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 217 hits
AGENSI antirasuah menyiasat sekiranya terdapat kecurian bahan bukti dalam kes lain yang sedang disiasat atau dibicara seperti melibatkan kes Hasanah Abdul Hamid kata sumber Pegawai kanan agensi itu memberitahu The Malaysian Insight siasatan...
Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib

Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 354 hits
Secara tiba tiba kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam tragedi rusuhan kuil di Subang yang masih belum terungkai muncul kembali menjadi perbualan dalam sehari dua ini Ia susulan kenyataan Zuraida Kamaruddin Menteri Peru...
Saya Tidak Pernah Menduduki Seri Perdana Sepanjang Saya Berkhidmat Sebagai Perdana Menteri

Saya Tidak Pernah Menduduki Seri Perdana Sepanjang Saya Berkhidmat Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 332 hits
KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASIN MANTAN PERDANA MENTERI KE 8 Saya ingin memberikan penjelasan berhubung kerja kerja membaik pulih Seri Perdana yang diluluskan semasa pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri...
Sprm Siasat Tiga Pegawai Kanan Mereka Atas Dakwaan Curi Barang Kes Wang Tunai Rm25j

Sprm Siasat Tiga Pegawai Kanan Mereka Atas Dakwaan Curi Barang Kes Wang Tunai Rm25j

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan suruhanjaya itu SPRM da...
Rm25 Juta Barang Kes Dilarikan Tiga Pegawai Sprm

Rm25 Juta Barang Kes Dilarikan Tiga Pegawai Sprm

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 446 hits
PETALING JAYA Banyak yang perlu diperbaiki terhadap institusi keadilan negara kata seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno selepas tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia direman atas dakwaan mencuri barang kes dalam siasatan m...
Susulan Kecurian Barang Kes Yang Memalukan Sprm Perlu Wajah Baru Ketua Baru

Susulan Kecurian Barang Kes Yang Memalukan Sprm Perlu Wajah Baru Ketua Baru

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 190 hits
Berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh sebuah portal berita salah seorang daripada tiga pegawai SPRM yang ditahan susulan kehilangan wang tunai berjumlah RM25 juta yang merupakan barang bukti siasatan adalah dikenali sebagai seorang yang...
Harapan Top Guns To Meet On Ismail Sabri S Offer This Evening

Harapan Top Guns To Meet On Ismail Sabri S Offer This Evening

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 265 hits
Pakatan Harapan s top leaders will hold a meeting at 5pm today to discuss a list of reforms offered by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob It is learned that during this meeting the opposition bloc may decide if they will sign a confidence a...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp