Island Hoping Di Langkawi 2nd Day
Island hoping di Langkawi memang mengujakan. Semua orang dah tak sabar nak main dengan air dan dekat dengan laut. Saya beli voucher di Shopee juga. Kos untuk Island Hoping adalah ; Kids RM19.00 Adults :RM28-29 (Pakej combo jadi lebih murah). Kami risau juga, sebab pada 28 Julai ini, hujan turun dengan lebatnya. Tapi kami tawakal jer la, tiket dah beli, harapan menggunung untuk menikmati alam dan suasana laut. Maka, doa sahaja. Cerita – 1st day disini Island hoping di Langkawi ; perjalanan dalam hujan renyai-renyai Masa kami sampai ke kawasan untuk naik boat, hujan masih ada. Renyai-renyai pun takut juga. UN tanya pada beach boy, “{okay ke dik kalau nak teruskan, risau juga akak.. ” “Tak pa kak, selagi nampak bukit dan pulau, kita boleh teruskan perjalanan .. ” Jadinya akak redha je lah.. tapi tahu yang suami dah risau. Dia sangat pentingkan keselamatan kami semua. UN doa sahaja banyak-banyak, semoga dapat happykan anak-anak dan mak. Itu yang utamanya. Island hoping di Langkawi ; Bermulanya trip kami Masa berlalu pantas, jam 9 kami sampai masih renyai-renyai. Tapi dalam 920pagi gitu, cuaca semakin baik. Ombak memang bergeloralah, sebab sebelumnya hujan dan masih ada angin yang menunjukkan hujan boleh turun dengan lebat. Apapun teruskan perjalanan yang penting. Nampak je cool gitu, tapi turun jer daripada boat kecil ini, dah mula mau rasa nak muntah. Ombak memang kuat. UN ni jenis mabuk kalau bergentak…ehm..ku redha jer la…tak lama, rasa bergelodak dalam perut tau! Adui.. Kami di bawa ke Tasik Dayang Bunting dahulu. Memandangkan kami dah pernah ke tasik, jadi kami tunggu je disini. Nak jadi ceritanya; masa dalam boat bagi mak pegang pisang. Senang la nanti anak-anak nak makan, dan pisang tu tak lah lembik kalau letak dalam beg. Turun je kat tepi jeti Tasik Dayang Bunting > mak kena serbu dengan monyet! Ingatkan garanglah monyet-monyet ini, langsung tak ingat pasal pisang.. rupanya depa ni lapar. Habis pisang yang kami bawa, sedekahkan pada monyet-monyet yang ada. Roti yang kami bawa pun jadi rezeki kepada monyet-monyet ini. Lapar sangat agaknya. Kami rehat di jeti tak jauh dari tempat beach boy turunkan penumpang. Sejam juga disini, menikmati alam. Tapi masa nak balik, hujan lebat sangat, tapi sekejap je la hujan tu datang dan berlalu pergi. Hujan dah reda, baru kami teruskan perjalanan untuk beri helang makan. Peminat haiwan memang terujalah. Nampak ada helang turun ambil makanan, ada helang hitam dan helang putih. Sangat-sangat enjoy. Peminat alam seperti Angah dan Ben memang teruja lah. Cuma siapa ada lense yang lebih baik, boleh shoot helang dengan lebih dekat. Berada disini dalam 10 minit, kami di bawa ke Pulau Beras Basah dan diberikan masa selama 1 jam untuk mandi manda dan bermain dengan air. kat sini roti pula kena sambar dengan monyet. So berhati-hati kalau bawa makanan semasa melakukan Island Hoping ya. Turun daripada boat kami dapat lihat pantai yang bersih dan halus je pasir kat sini. Ini kali ke-2 kesini, yang lepas tu tahun 2014 atau 2015. Masa tu sarah masih kecil lagi, dalam beberapa bulan sahaja. Island hoping di Langkawi – boleh juga ‘Camping’ di tepi laut Kami bawa khemah untuk salin baju kalau perlu, tapi memandangkan masa kami sampai tu hujan renyai, pasangkan untuk mak berehat kat dalam khemah. Boleh la mak berteduh seketika. Masa yang diberi digunakan sebaiknya untuk berendam di lautan. Anak-anak enjoy sangat bermain dengan pasir dan berada di pantai. Tapi, sebabkan kami ambil pakej boat sharing, maka kami kena ikut juga pakej, minta untuk mereka hantar kami ke Pantai tapi beach boy cakap kena tunggu yang lain juga. Rugi masa masa kat Tasik Dayang Bunting. Tapi okayla chill gitu… kalau nak beach boy ikut kehendak diri, kena la ambil yang private boat..heheh mahal la pula kan 🙂 Apapun bersyukur sebab dapat menikmati percutian ini. Tak ada yang lain , melainkan lihat ahli keluarga happy. Sesekali bercuti inilah masa untuk bonding bersama anak-anak. Kalau hari biasa , memang sibuk. Kami tak sama seperti orang lain. Masa kalau boleh nak tambah jadi 36jam sehari. Kesimpulannya, Island hoping di Langkawi memang best. bawa anak-anak pun masih okay dan masih boleh control anak-anak. Laksa ikan sekor – airport Langkawi Masa otw balik dari jeti ke Alia Residence, tempat kami menginap. Perut dah lapar, tak teringin nasi pun. Jadi kami singgah makan kat Laksa Ikan Sekoq Kuah Pekat. Ehm, kedai banyak, tapi kami pilih yang ini. Tips : Kata orang kalau nak makan masuk ke kedai yang ramai orang masuk. Jadi kami pilih kedai ini. Memang sedap! Kuah memang pekat, kedai ini pun nampak bersih , orang yang jual pun bersih dan puas hati walaupun hanya gerai tepi jalan. Lokasi dia seolah-olah duduk tepi Anjung Tinjau kat KLIA. Laksa RM5.00 biasa, kalau Laksa ikan sekoq RM7.00 dan bihun sup RM6. Cucur udang atau pasembor pun sedap. Semua kami rasa. Cendol pun best. Overall walaupun gerai tepi jalan, tapi bersih dan sedap. Semoga murah rezeki penjaja makanan Laksa Ikan Sekoq. Cuma kalau dia letak nama Laksa Ikan Sekoq Abg Shah ke… kan senang orang mau cari. Ini kalau recomend pun, orang jumpa semua kedai laksa ikan sekoq kat sederet kedai ini. Kereta sewa murah di Langkawi Sepanjang perjalanan kami di Langkawi, inilah kenderaan kami. Best sesekali bergaya naik HONDA! kami ni pengguna kereta Malaysia ja, jadi dapat naik H pun teruja..hahahah! Kalau nak p sana boleh hello – Abg Mat Langkawi – Sky Cab Langkawi – aktiviti petang di hari ke-2 Dulu kami honeymoon kat sini juga. Ni gambar selepas 11 tahun perkahwinan kami. Nanti nak update gambar masa honeymoon..hehehe Kawasan parking lengang je..maybe sebab bukan cuti sekolah. Kalau cuti sekolah pun tak sure mcmna, sebab orang masih berhati-hati untuk jalan-jalan kerana Covid 19. Enjoy sangat view dari atas, lagi pula lepas hujan. Redup je pun, cuma macam biasa kalau mendung, bukan lah cuaca cantik untuk bergambar. Kena rajin edit bagi lawa. Family potrait. Anak-anak UN jenis mudah bergambar. Maybe sebab train dari mereka kecil. So im happy..gambar senang nak ambil dan boleh la jadikan kenangan dengan anak-anak. Ini shoot selepas 10 tahun perkahwinan – Doa ummi untuk anak-anak : Ummi doakan anak-anak Ummi dari kecil sampai besar, akan terus akrab dan bersamasusah dan senang. Tak ada yang iri hati atau ada hasad dengki. Kena tolong menolong dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Yang penting, jaga hati dan kena dengar nasihat adik beradik. Itu yang selalu UN pesan pada anak-anak. Jangan lupa saat bersama masa kecil. Hati kena jaga! Parking : Parking masuk ke sini total RM10.00, sejam berapa RM lupa. tapi kami sampai dalam jam 430ptg – kul 7 la duduk kat situ. Sory. Ini sahaja aktiviti hari kedua kami, semoga perjalanan ini akan tinggalkan memori indah dalam keluarga kami terutamanya anak-anak. Mereka banyak bantu dalam keluarga. Lipat kain, cuci kain dan lap pinggan semua anak-anak bantu. Semoga mereka sentiasa happy dan mudah menerima pelajaran. Amin Esok nya kami balik jam 1tghari. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua orang happy. Syukur ada kesempatan ini untuk bercuti. Alhamdulillah – next Raya Aidiladha pula. Plan nak ke Kelantan ? Boleh stay disini
The post Island Hoping di Langkawi ; 2nd day appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2020/08/island-hoping-di-langkawi/