Islamic Tourism Month Kembali Dengan Tema Serlahkan Jiwa Mesra Muslim Malaysia


Islamic Tourism Month (ITM) Kembali Dengan Tema Serlahkan Jiwa Mesra Muslim Malaysia
Bulan Pelancongan Islam (Islamic Tourism Month, ITM) 2025 kembali bermula 18 Ogos hingga 30 September, menampilkan edisi keempat yang lebih meriah dengan pelbagai program berteraskan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH).
Daripada lawatan masjid hingga pakej pelancongan halal, rawatan spa hingga tawaran runcit, lapan kategori yang pelbagai mencerminkan kekayaan tradisi dan gaya hidup moden yang menjadi kebanggaan Malaysia.
Kempen ini telah dilancarkan dalam satu majlis gilang-gemilang yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.
Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, tema Kemampanan dan Keterangkuman amat signifikan kepada ITM 2025 yang akan merangkumi lebih 300 mesyuarat, program dan persidangan.
“Keberhasilan penganjuran bulan pelancongan itu sangat penting. Jika kita berjaya menjadikan pelancongan Muslim sebagai komponen utama dalam naratif pelancongan negara, bayangkan kesan positif yang boleh menyumbang kepada TMM2026,” kata beliau.
ASEAN kekal sebagai penyumbang utama ketibaan pelancong antarabangsa
Pemangku Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC), Nur Alyssa Coraline Yussin memaklumkan bahawa benih yang ditanam pada tahun 2022 kini telah bercambah menjadi acara yang meraikan kekayaan tarikan mesra Muslim Malaysia.
Ia merupakan satu penghargaan kepada ekosistem MFTH yang kukuh dan berkembang.
“Menjelang VM2026, kita ingin kongsi keindahan budaya Malaysia dengan dunia. Pelancongan mesra Muslim di Malaysia menawarkan pengalaman asli, mudah diakses dan mencerminkan gaya hidup tempatan
“Kita mengalu-alukan pelancong domestik dan antarabangsa untuk meneroka tawaran sepanjang ITM dan memanfaatkan promosi yang tersedia,” tambahnya.

Nur Alyssa berkata berdasarkan data Tourism Malaysia, ASEAN kekal sebagai penyumbang utama ketibaan pelancong antarabangsa bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.
Data berkenaan diterajui Singapura (6.52 juta meningkat 28.5 peratus), Indonesia (1.47 juta meningkat 11.6 peratus) dan Thailand (833,610 meningkat 3.4 peratus), malah ITM telah melibatkan 300 rakan industri dan menjana nilai melebihi RM5 juta sejak diperkenalkan.
Islamic Tourism Centre 2025 bakal menampilkan lapan kategori iaitu hari terbuka masjid, produk makanan dan minuman, penginapan, pameran, pakej pelancongan, acara membeli-belah, spa dan kesihatan serta tarikan pelancong dan taman tema.

“ITC telah memenangi BrandLaureate Brand of The Year Award 2024 bagi kecemerlangan dalam penyelesaian pelancongan Muslim melalui inisiatif MFTH Assurance and Recognition (MFAR)
“Terdapat tujuh pengendali pelancongan baharu daripada Persatuan Pelancongan China Masuk Malaysia (MICA) turut menyertai program (MFAR),” ujarnya lagi.
Pengalaman baharu melancong di Malaysia bersama ITM 2025
Lebih menarik lagi, tarikan utama yang dianjurkan ITM ialah “Cabaran TikTok ITM” yang menggalakkan orang awam berkongsi pengalaman mereka di premis rakan kerjasama.

Pelbagai hadiah menarik turut disediakan seperti hadiah bernilai RM50,000 termasuk percutian ke Xi’an, China dan percutian pelayaran bersama Aroya Cruise.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, ITM 2025 bukan sahaja meraikan kepelbagaian tarikan mesra Muslim, namun memperlihatkan bagaimana nilai keterangkuman, hormat, ihsan, inovasi, kesejahteraan dan keberdayaan ekonomi dapat dizahirkan melalui pelancongan.
Inilah yang menjadikan Malaysia sebuah destinasi yang mesra, berbudaya, dan relevan kepada dunia.
Daripada pengalaman yang tidak dapat dilupakan hingga tawaran yang sukar ditolak, ITM 2025 adalah jemputan untuk semua menjejaki Malaysia dari sudut yang berbeza.
Terokai tawaran yang tersedia dan sertai kemeriahan ini di www.itm.itc.gov.my atau ikuti perjalanan ITM di Instagram (@itm_itc) dan Facebook (Islamic Tourism Month) untuk maklumat terkini.
The post Islamic Tourism Month (ITM) Kembali Dengan Tema Serlahkan Jiwa Mesra Muslim Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/27/islamic-tourism-month-itm-kembali-dengan-tema-serlahkan-jiwa-mesra-muslim-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagu Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2025

Lagu Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 5923 hits
30 Ogos 2025 Sabtu Bagi tahun 2025 lagu tema sambutan Hari Kebangsaan diberi judul Malaysia Madani Rakyat Disantuni hasil ciptaan Affan Mazlan dan dinyanyikan oleh Biduanita Negara Dato Sri Siti Nurhaliza Melodi dan susunannya menampilkan g...
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 3089 hits
Membincangkan Pengisian Program Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2025Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni Menjelang Ogos biasanya setiap agensi atau Jabatan akan mulai membuat berbagai program pengisian sempen...
Klook And Hong Kong Tourism Board Launch First Multi Market Partnership To Enhance The Muslim Travel Experience

Klook And Hong Kong Tourism Board Launch First Multi Market Partnership To Enhance The Muslim Travel Experience

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1134 hits
Partnership aims to strengthen Hong Kong s positioning as a welcoming destination for Muslim travelers Muslim leisure travelers have the same motivations as others explore new cultures discover local experiences and create meaningful memori...
Tourism Malaysia Dan Star Media Group Lancar Star Karnival Cuti Cuti Malaysia 2025

Tourism Malaysia Dan Star Media Group Lancar Star Karnival Cuti Cuti Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1743 hits
Tourism Malaysia dan Star Media Group Lancar Star Karnival Cuti Cuti Malaysia 2025 PETALING JAYA 22 Ogos 2025 Tourism Malaysia dengan kerjasama strategik Star Media Group Berhad hari ini melancarkan Star Karnival Cuti Cuti Malaysia 2025 sat...
Mulakan Pengembaraan Mesra Muslim Anda Di Hong Kong Hari Ini

Mulakan Pengembaraan Mesra Muslim Anda Di Hong Kong Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 397 hits
Pelancong Muslim yang melancong untuk tujuan yang santai mempunyai motivasi yang sama seperti pelancong lain meneroka budaya baharu merasai pengalaman tempatan dan mencipta kenangan bermakna Perbezaan utamanya terletak pada keperluan mereka...
Malaysia Must Do The Right Thing Sim Tells Guan Eng On Minimum Wage

Malaysia Must Do The Right Thing Sim Tells Guan Eng On Minimum Wage

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 2083 hits
PARLIAMENT Human Resources Minister Steven Sim has pressed home the importance of mandating the same minimum wage for Malaysian workers and migrant workers alike During his winding up speech on the 13th Malaysia Plan at Parliament today he ...
Malaysia Tidak Rancang Anjur Semula Formula 1 Hannah

Malaysia Tidak Rancang Anjur Semula Formula 1 Hannah

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 302 hits
Malaysia Tidak Rancang Anjur Semula Formula 1 Hannah KUALA LUMPUR 21 Ogos Malaysia tidak merancang untuk menganjurkan semula kejohanan Formula 1 memandangkan kos yuran hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi serta kalendar perlu...
Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 2170 hits
Original Content Dalam dunia digital hari ini pembayaran tanpa tunai semakin menjadi kebiasaan Sama ada ketika membeli barangan di laman e dagang membayar bil utiliti atau melangsaikan cukai kerajaan kita lebih selesa menggunakan kaedah bay...
Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Motherboard Baru Maxsun B580 Bkb Terminator Yang Pelik Dan Unik

Semakan Mysara 2026 Cara Semak Kelayakan

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Be Fair Over Closure Of Company Accounts Association Tells Banks

Sebanyak 24 592 Usahawan Dan Koperasi Di Pahang Menerima Pembiayaan Berbentuk Pinjaman Serta Geran Bernilai Rm425 Juta

Keluarga Fatin Syazwani Dibebaskan Netizen Sebak Lihat Ibu Bapa Bermalam Di Lokap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukuman Fifa Bermotif Politik Langgar Peraturan Sendiri Tmj

Pondering Over Education

Mutiara Dalam Debuan Kabus Drama Menarik Penuh Plot Twist Dan Buat Darah Tinggi Naik Je Haha

1 Slot Pgslot Top 34 By Dominick Secufamilyhouse Org 29 Nov 26

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Memorial Abadi Mengingati Lima Anak Dr T J