Islam Selamatkan Saya Dari Kaki Lima


Anne Muhammad dan Mariam Nizar 
   
WAWANCARA | Pernah hidup sebagai gelandangan, malah pernah juga cuba membunuh diri sebanyak tiga kali kerana hilang arah tujuan hidup, kini semua itu menjadi lipatan sejarah hidup seorang mualaf sebelum mengenal Islam.

Mohammad Syukur Yong Abdullah, 50 ketika mengenang detik hitam itu tekad tidak mahu kembali kepada hidup lamanya.

Menyingkap kembali kisah hidupnya, Mohamad Syukur membesar di sebuah kampung Cina di Ampang.

Ketika berusia sekitar lapan tahun, setiap kali azan dilaungkan di kaca TV, hatinya berasa seronok meskipun ketika di usia mentah itu, dia tidak mengetahui apa-apa tentang azan.

Malah dia juga tertanya sendiri, mengapa hanya lelaki sahaja yang solat Jumaat sedangkan wanita tidak perlu.

“Saya lihat ramai orang lelaki ke masjid untuk solat tapi tiada perempuan pun.

"Saya kira perempuan tidak perlu solat pada hari jumaat. Tapi itu dulu, ketika saya tidak tau apa-apa lagi,” katanya kepada Malaysiakini.

Mohamad Syukur yang kematian kedua ibu bapanya sejak kecil mengambil keputusan untuk berdikari dan keluar mencari kerja, namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila akhirnya dia menjadi gelandangan.

Hidup di kaki lima bukan mudah, setiap hari mengharap bantuan orang ramai serta ihsan adik-beradik, namun jarang-jarang yang hadir membantu.
“Saya pernah berjalan kaki dari Ampang ke Kepong untuk mencari abang saya dan meminta bantuan. Ketika itu saya tidak punya satu sen pun.

“Saya berjalan sehingga kaki saya luka dan tak boleh berjalan lagi. Namun setelah sampai ke rumah abang saya, dia tidak melayan saya, malah dia kata tak boleh tolong saya lagi. Dia suruh saya cari orang lain,” katanya sambil cuba menahan air mata.

Selepas rintihannya tidak diendahkan, Mohamad Syukur hilang arah, dan merasakan tiada tempat untuknya lagi di dunia ini sehinggakan dia merasakan, mengakhiri riwayat hidup adalah jalan terbaik untuknya.

“Masa tu saya terlalu sedih dan ingin mati saja. Saya cuba bunuh diri dengan menelan racun tikus, tapi mungkin belum ajal, saya hidup sehingga kini,” jelasnya sambil ketawa kecil ketika mengimbau pengalaman pahit itu.

Titik perubahan hidup

Tanggal 11 Ogos 2010 kehidupan Mohamad Syukur mula berubah apabila seorang rakan lamanya yang dikenali sebagai Ali melawatnya di kaki lima jalan.

Ali sebelum ini beberapa kali cuba mengajaknya untuk memeluk islam.

Namun hari itu Mohamad Syukur mengambil keputusan berbeza apabila dia mengikut Ali ke Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Setibanya di bangunan Jawi dia mengikut sahaja kata-kata Ali untuk ke tingkat enam bagi mengucapkan Syahadah.

Mengingat kembali detik itu, Mohamad Syukur teringat pertanyaan seorang ustaz alasannya memeluk Islam, Mohamad lantas menjawab:

“Hati saya memang nak masuk islam. Saya suka dengar azan,” katanya tersenyum.

Selepas masuk Islam, Mohamad Syukur mula belajar agama di Kelas Fardu Ain Anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Bukit Indah Ampang serta dia cuba mendapatkan bantuan daripada pusat zakat.

Temu jodoh 

Dia turut mengakui hidupnya sangat tenang dengan Islam dan bertekad akan menjadi seorang Islam yang baik.

Selain hidup yang lebih tenang, Mohamad Syukur juga telah mendirikan rumah tangga dengan Norani Mohamad Nor, 47.

Mengakui meskipun tidak mempunyai harta yang banyak, kedua mereka saling melengkapi.
Dalam wawancara itu, Noraini turut di samping Mohamad Syukur bagi mendengar kisah hidup suaminya.

Menurut Noraini, dia menderita sakit jantung berlubang yang kronik dan pernah menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Katanya, jalan kehidupannya juga tidak mudah apabila kematian ibu bapa sejak dari kecil dan tidak memiliki ahli keluarga yang lain.

Dalam nada sebak, Noraini berkata sebelum mengenali Mohamad Syukur, dia tiada tempat mengadu namun dia bersyukur dan menganggap jodohnya dengan suaminya itu satu rahmat.

“Tuhan temukan saya dengan seorang mualaf. Dapat saya tumpang bahagia. Saya senang hati kerana apa-apa hal, saya boleh mengadu pada suami. Bila saya sakit, suami ada untuk tolong,” katanya mengelap air mata.

Kedua-dua mereka berikrar akan saling menyayangi, menjaga satu sama lain hingga ke akhir hayat dan berusaha mencari kehidupan yang diberkati.


BACA BERKAITAN:Bahagian 4 - Alah pada khinzir, ayah pesan masuk saja IslamBahagian 3- Aliya teruja jalani Ramadan pertama sebagai saudara baruBahagian 2 - Menemui cinta agung dalam kembaraBahagian 1 - Nama Islamku Tay Eng Soon



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/islam-selamatkan-saya-dari-kaki-lima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raffi Ahmad Bagi Bagi Uang Untuk Pedagang Kaki Lima Di Menteng

Raffi Ahmad Bagi Bagi Uang Untuk Pedagang Kaki Lima Di Menteng

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 362 hits
Raffi Ahmad bagi bagi uang untuk para pedagang kaki lima di Menteng Jakarta Kata Raffi ini merupakan THR bagi para pedagang
Tauke Letak Kon Rantai Di Kaki Lima Tak Bagi Orang Beratur Depan Kedai

Tauke Letak Kon Rantai Di Kaki Lima Tak Bagi Orang Beratur Depan Kedai

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 548 hits
SEORANG lelaki bersama pelanggan pelanggan lain terpaksa beratur di tengah hujan ketika membeli nasi kandar berikutan mereka dihalau dari berteduh di hadapan sebuah kedai cermin mata di Pulau Pinang semalam Lelaki itu atau Mamu memberitahu ...
Jack N Jill Calbee Snek Untuk Kaki Wayang Jun Ini

Jack N Jill Calbee Snek Untuk Kaki Wayang Jun Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 754 hits
JACK N JILL CALBEE SNEK UNTUK KAKI WAYANG JUN INI Hanya dengan makan Jack N Jill Calbee korang berpeluang untuk memenangi tiket ke Universal Studios Singapore pass masuk ke ruang akses TGV Beanie tiket eksklusif tayangan perdana dan banyak ...
Pemudik Pejalan Kaki Di Merak Keluhkan Aturan Tiket Elektronik

Pemudik Pejalan Kaki Di Merak Keluhkan Aturan Tiket Elektronik

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 334 hits
Pemudik pejalan kaki keluhkan kebijakan pihak PT ASDP Merak yang mengharuskan para pemudik menggunakan uang elektronik untuk membeli tiket kapal Pemudik mengeluh karena mereka harus mengeluarkan uang lebih untuk membeli kartu uang elektroni...
Pemanjangan Kaki Jadi Trend Baru Di Dunia

Pemanjangan Kaki Jadi Trend Baru Di Dunia

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 556 hits
Trend selalu berubah setiap saat Tidak terkecuali untuk pembedahan pemanjangan kaki Sebabnya prosedur kecantikan yang satu ini tengah menjadi trend yang berkembang di dunia kecantikan Pembedahan memanjangkan kaki dianggap sebagai sebuah kea...
Meraikan Kejayaan Di Ketinggian 2 037 Kaki

Meraikan Kejayaan Di Ketinggian 2 037 Kaki

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 338 hits
Ketika ini banyak negara di dunia yang membina bangunan pencakar langit dengan ketinggian yang cukup ekstrem Seperti di Dubai yang saat ini Burj Kalifa menjadi ikon bangunan tertinggi di dunia yang belum pernah dikalahkan Demikian juga Chin...
Kenderaan Elektrik Di Eropah Perlu Dilengkapi Sistem Bunyi Amaran Untuk Pejalan Kaki

Kenderaan Elektrik Di Eropah Perlu Dilengkapi Sistem Bunyi Amaran Untuk Pejalan Kaki

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 347 hits
Kelebihan kenderaan elektrik berbanding enjin konvensional ialah ia tidak mencemarkan udara Dengan dunia yang kini sedang menghadapi krisis pemanasan global Tetapi penggunaan kenderaan elektrik mewujudkan satu masalah baru terutamanya kepad...
Pejalan Kaki Tidak Dibenarkan Lalu Drawbridge

Pejalan Kaki Tidak Dibenarkan Lalu Drawbridge

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 464 hits
KUALA TERENGGANU Pejalan kaki dan pengguna jalan raya tidak dibenarkan keluar bersiar siar di sepanjang laluan jambatan angkat atau drawbridge yang akan mula dibuka untuk tempoh percubaan bermula esok Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonom...
Berat Kaki Untuk Tinggalkan Terengganu Igor Zonjic

Berat Kaki Untuk Tinggalkan Terengganu Igor Zonjic

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 722 hits
KUALA TERENGGANU Igor Zonjic meluahkan rasa berat hati dan sedih untuk meninggalkan Terengganu FC selepas mengganggap pasukan berkenaan bagaikan rumah kedua buat dirinya sejak awal musim lalu Khidmat pemain pertahanan import dari Montenegro...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meditation Experience 5

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri