Islam Dan Melayu Tidak Terancam Di Bawah Pentadbiran Pakatan Kata Pemimpin Amanah


 


WALAUPUN kehilangan kerajaan persekutuan akibat beberapa siri pengkhianatan yang dimulakan oleh Langkah Sheraton, bekas menteri agama Dr Mujahid Yusof Rawa berkata orang Melayu akhirnya menyedari Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang lebih baik.


Bercakap kepada The Malaysian Insight, Mujahid berkata isu Islam dan Melayu diancam semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad ketika memimpin PH, hanyalah tuduhan tidak berasas dan digunakan tanpa fakta.


Bekas ahli PAS itu menegaskan sehingga hari ini, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob kini masih belum menyelesaikan pelbagai perkara membabitkan masyarakat Islam.


“Umno dan PAS ketika menjadi pembangkang mengelirukan rakyat apabila mereka menuduh PH menjual Islam dan Melayu. Terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap kami tetapi tidak ada yang disokong dengan fakta.


“Kami berada dalam kerajaan selama 22 bulan, dan jika kami dibenarkan untuk menyelesaikan mandat kami, saya fikir hari ini, Umno dan PAS tidak akan mempunyai sebarang isu lain untuk digunakan terhadap kami kerana mereka menyebarkan pembohongan.


“Apa yang mereka katakan tentang isu sensitif dan menaikkan kebencian. Dia (Umno) pun tak dapat selesai isu kes Adib, isu pemandu mabuk, LGBT lagi teruk. Zaman saya, nak panggil Sajat nak tegur, ini sekarang dia lari terus ke Australia.


“Di mana Islam terancam semasa PH? Islam tidak pernah terancam,” kata ahli Parlimen Parit Buntar itu.


Adib, yang merupakan anggota perkhidmatan penyelamat perubatan kecemasan balai bomba dan penyelamat Subang Jaya, mengalami kecederaan parah semasa rusuhan di luar kuil di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.


Beliau meninggal dunia pada 17 Disember, 2018, selepas 21 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara. 


Pada 27 September, 2019 mahkamah koroner memutuskan kematian Adib disebabkan oleh perbuatan jenayah oleh lebih daripada dua individu yang tidak dikenali. 


Tiada seorang pun yang didakwa berhubung kematiannya. 


Sajat pula kini berada di Australia selepas diberi suaka di negara itu baru-baru ini berikutan penerbangannya ke Thailand yang mana beliau ditahan atas kesalahan imigresen.


Lelaki berusia 36 tahun itu berkata dia melarikan diri ke Thailand awal tahun ini kerana “didera dan diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan” oleh pegawai agama di Malaysia.


Beliau ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand bulan lalu kerana pasport yang tidak sah dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.


Mujahid berkata, Umno dan PAS tidak boleh lagi menggunakan isu agama dan kaum kerana rakyat Malaysia kini semakin matang.


Beliau berkata walaupun beliau mengkritik Umno dan PAS, kritikan beliau bukan bermaksud memperlekehkan agama.


“Sekarang isu Islam tidak dibela. Sekarang lebih teruk orang hina Islam. Setiap langkah itu ada hikmahnya,” tambahnya. – 12 Ogos, 2022.


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/395845






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/islam-dan-melayu-tidak-terancam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Kata Mahathir Tak Iklas Nak Tolong Melayu

Anwar Kata Mahathir Tak Iklas Nak Tolong Melayu

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 332 hits
Yesss Kenyataan macam ini yang aku nak baca dituturkan oleh pemimpin PH Nampaknya DS Anwar masih belum hilang taringnya Aku tak mahu ulas penubuhan GTA tu Aku dah tulis tadi Aku cuma nak ulas tentang kenyataan DS Anwar ini Dah lama aku suar...
Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 250 hits
Takiyuddin Hassan berkata PAS akan terus berusaha untuk mempertahankan MN demi perpaduan ummah dan penyatuan nasional PETALING JAYA Kerjasama antara pemimpin PAS dan Umno masih diteruskan walaupun pemimpin Umno menganggap hubungan kedua dua...
Apakah Anwar Mengaku Pkr Todak Mampu Bantu Melayu Dan Islam

Apakah Anwar Mengaku Pkr Todak Mampu Bantu Melayu Dan Islam

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 364 hits
Era PH ada sedikit kontroversi berhubung ugama dan racial atas sikap rakus DAP Langkah Sheraton adalah antara motif penyingkiran DAP dari kerajaan dan mengelak Anwar sebagai PM yang akan menyuburkan lagi DAP Gagasan diketuai Mahathir akan m...
Anwar Tidak Setuju Inisiatif Gerakan Melayu Islam Dr M

Anwar Tidak Setuju Inisiatif Gerakan Melayu Islam Dr M

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 211 hits
freemalaysiatoday com August 4 2022 6 38 PMPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan inisiatif terbaharu bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan gerakan Melayu Islam baharu hari ini Saya...
Kerjasama Dengan Umno Tiada Yang Mustahil Kata Pemimpin Dap

Kerjasama Dengan Umno Tiada Yang Mustahil Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 342 hits
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook tidak menolak kemungkinan partinya menjalin kerjasama dengan Umno kerana segalanya mungkin dalam politik katanya Bagaimanapun sebarang kerjasama hanya akan berlaku selepas pilihan raya umum seterusnya Lok...
Mcdonald S Malaysia Membayar Zakat Korporat Rm200 000 Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Mcdonald S Malaysia Membayar Zakat Korporat Rm200 000 Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 367 hits
Hii selamat hari raya korang Tak terlambat lagi rasanya walaupun dah nyata nyata hari ini dah berapa haribulan Semua dah masuk kerja semula selepas pulang beraya dekat kampung minggu lepas Alhamdulillah ada rezeki lebih nampaknya tahun ini ...
Pemimpin Melayu Yang Ghaib

Pemimpin Melayu Yang Ghaib

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 299 hits
August 11 2022 Berapa lama seorang pemimpin Melayu yang boleh diharap akan ghaib dan enggan menjelma Kata orang Mat Kilau sempat ghaib sebelum membuat kemunculan setelah beberapa lama Ya itu setelah penjajah dan pengganas beredar Tapi Mat K...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2

Syazwan Syahmi Luka Dalam Diam Chord