Pemimpin Melayu Yang Ghaib


 
Faisal Tehrani -August 11, 2022 

Berapa lama seorang pemimpin Melayu yang boleh diharap akan ghaib, dan enggan menjelma? Kata orang, Mat Kilau sempat ghaib (atau sebetulnya bersembunyi) sebelum membuat kemunculan setelah beberapa lama.
Ya, itu setelah penjajah dan pengganas beredar. Tapi Mat Kilau sahajakah ‘pahlawan Melayu’?
Kali terakhir saya menulis sebuah drama pentas, ia diharamkan. Ada beberapa buah drama tulisan saya selalu dipentaskan, misalnya ‘Misi’, itu pernah digarap dan diarahkan oleh karyawan ternama Nam Ron. Drama ‘Angin Madinah’ dan ‘Monsopiad (Dan Lain-lain Cerita)’ pula pernah diarahkan oleh Dr Rosdeen Suboh. Kedua-duanya aktor terbaik negara ini. Ada dua skrip drama saya yang lain pernah juga merangkul Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Kemudian, dek sibuk mengejar doktorat dan melakukan kajian bersifat sosiologi terhadap macam-macam minoriti, jalur Islam dan kumpulan politik; untuk pelbagai badan termasuk ISEAS-Yusuf Ishak di Singapura, ia telah membuatkan saya sedikit terputus dari dunia pentas.
Akan tetapi – mujur – berlaku pandemik. Mujur, kerana untuk sesetengah orang pandemik benar-benar petaka, untuk segelintir ia adalah peluang mencipta kekayaan. Untuk saya, mujur terbenam di rumah membaca semula naskah-naskah pentas Harold Pinter, Dario Fo dan Anton Chekhov lantas mencetuskan kembali minat untuk berdrama.
Demikian bermula idea dan ilham sebuah drama pentas bergentel-gentelan dalam benak. Ketika itu juga negara kita mengalami percekcokan politik yang keras. Ada pengkhianatan berlaku sehingga kerajaan pilihan rakyat jatuh.
Terdapat kemarahan terhadap pimpinan tertentu. Ia juga mendorong penelanjangan kelompok agamawan dalam siasah yang penuh kemunafikan. Saya terjerit-jerit di kolum ini. Dalam aneka pojok saya. Ramai seniman dan sasterawan memilih diam, kadang serasa sunyi berteriak-teriak. Kuasa rakyat yang tercurah di media sosial tatkala itu sedang melampias siapa sahaja, dan suara mereka bersipongang sampai kayangan. Kuning, hijau, merah, dan biru semua dibelasah rakyat. Pada ketika tertentu, bendera hitam diangkat dan dikibar. Orang lapar. Ada yang terdesak membunuh diri. Kematian bertimpaan.
Dalam dua tahun, semua itu menjadi perca-perca penuh episodik yang mahu dilupakan. Kalau boleh, alangkah baik jika kita – dapat ghaib – lantas dibenar memilih mana satu lapis yang boleh diingat dan dikenang, dan mana lapis lain yang boleh dilenyapkan.
Poster rasmi Ghaib yang akan dipentaskan pada 8 sehingga 11 September ini.Saya menukilkan drama Ghaib kerana saya rasa Melayu sedang berada di persimpangan, dan berdepan dengan krisis moral yang meruntuhkan. Di simpang itu, Melayu akan melintas jalan tetapi tiada lampu isyarat menghentikan. Di jalanan tersebut, ada banyak kenderaan cepat yang melesat laju. Antara sela kenderaan yang bersilih arus, Melayu sedang mengagak dan menelah untuk menyeberang atau menunggu. Kalau nasibnya buruk bakal ditempuh dan dilanggar. Tapi kalau terus menunggu, untuk berapa lama?
Dilema Melayu saya kira sudah memasuki fasa kedua (mungkin ketiga), jauh meninggalkan dilema yang pernah digariskan oleh Dr Mahathir lama dahulu. Dua dekad Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, muslim di negara kita menjadi Melayu yang kuat menghukum; sudah tiada ihsan dalam jiwa mereka. Melayu yang beroleh untung dek Dasar Ekonomi Baru lupa daratan dan ramai sekali tercicir. Rasuah makin membengkak macam bisul bernanah menanti letus. Kemudian terjadi insiden sensasi di Hotel Four Points, melarat ke insiden keji Hotel Sheraton dan sekelip mata; tubuh kita rakyat diterbalikkan dan belakang kita yang tidak sempat ditutup, selamba dilanyak ditutuh sesedapnya oleh mereka.
Akan tetapi bagaimana menuang itu semua menjadi sebuah karya seni? Jika drama terlalu memaksakan maka terlalu silau mengilau menjadi Mat Kilau (yang ghaib beberapa lama).
Sebuah drama tidak boleh terlalu memberitahu. Juga ia adalah drama. Maka khalayak mengharapkan ‘drama’. Akan tetapi menulis drama sebetulnya bukanlah kerja mudah. Ini kerana ada tuntutan dramaturgi yang perlu dipenuhi. Sebagai seorang penulis drama saya perlu membayangkan diri saya bukan sahaja sebagai pengarang sebuah naskah tetapi mestilah boleh membayangkan diri ini sebagai seorang pengarah, dan juga sebagai pelakon. Menulis drama beza dengan genre sastera lain.
Akan tetapi lebih dari itu, sebagai seorang pengarang naskah saya berlumba dan bersaing dengan diri saya yang lalu. Saya pernah menulis ‘Misi’, ‘Karbala’, ‘Rintih Chicago’ dan ‘Bila Tuhan Berbicara’, entah bagaimana saya akan mengatasi diri sendiri.
Saya perlu mencabar diri menjadi Konstantin Treplev dalam drama Anton Chekhov (dramatis Rusia) yang tersohor, The Seagull itu. Cabaran utama Konstantin dalam drama tersebut ialah mempersembahkan bentuk dan stail baru (new forms and styles). Dramanya ditertawakan sehinggalah akhirnya diterima dengan hangat di Moscow. Tentu sahaja ia mencerminkan nasib Chekhov sendiri yang cuba bereksperimen, gagal, tetapi kemudian disambut hangat di Moscow Art Theatre.
Saya juga mesti menulis sesuatu yang berjarak dari drama di era Nam Ron dan teman-temannya yang telah mencipta sensasi dalam gerakan teater tanahair sepanjang hujung tahun 1990an dan 2000an. Sesuatu yang mesti lain.
Kenapa, atau bagaimana Chekhov boleh berjaya? Padahal dia mempersembahkan sesuatu yang lain. Dan sesuatu yang lain itu amat dimusuhi terutama oleh orang yang tidak bersedia terbuka. Ini kerana Chekhov bekerja dengan tokoh teater Stanislavsky. Dan Stanislavsky ketika itu memimpin Moscow Art Theatre yang tulis Anne Cattaneo (seorang dramaturgis berjaya) dalam ‘The Art of Dramaturgy’ adalah orang tepat untuk mencipta gelombang teater yang ‘groundbreaking’ menerusi protes kepada segala yang sedia ada.
Stanislavsky komited untuk mencipta sesuatu berbeza, falsafah kompeni teaternya adalah; ‘the founding of our New Moscow Art Theater was in the nature of a revolution. We protested against the customary manner of acting, against theatricality, against bathos, against declamation, against overacting, against the bad manner of production, against the habitual scenery, against the star system which spoiled the ensemble, against the light ands farcical which was being cultivated on the Russian stage at that time.’
Saya justeru berbesar hati dapat bekerjasama dengan penulis, dan sarjana drama Fasyali Fadzly yang juga merupakan Dekan Fakulti Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Saya ingin mengkhayalkan beliau Stanislavsky, dan dengan tidak malu membayangkan saya sendiri Chekhov (ampuniku Anton!).
Maka drama Ghaib saya tulis dengan cara yang melanggar, supaya Melayu di persimpangan dirempuh kenderaan. Tentu, kalian akan mentertawakan kerana mana ada sebuah drama menggugah kuasa? Terutama di negara kita, tetapi ya bertahun lamanya ada pihak yang gerunkan mak yong, menora dan wayang kulit; siapa tahu ya?
Fasyali, sang Stanislavsky saya akan mengarah dan mereka set untuk pementasan ini. Drama Ghaib ini akan dilakonkan oleh Junainah M. Lojong, iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31. Siapa tahu Junainah akan menjadi Olga Knipper, primadona pentas Rusia kurun ke 19 itu, si protagonis The Seagull.
Junainah dibantu oleh pelakon dan dramatis yang sedang mendapat perhatian di kaca televisyen dan layar perak iaitu Zera Hariz, Fadhli Masoot, Kirin Muhamad, dan Sri Idrina. Kru yang akan turut mengerjakan projek ini adalah Pengarah Artistik, Rime Nazren; Pereka Cahaya, Nawfal Zamri; Pereka Busana, Riz; dan Pereka Bunyi, Faizal Fauzi.
Kami berusaha mementaskan sesuatu yang berbeza. Untuk membangkitkan semula teater kita yang lama pejam lantaran kesenduan seni dan ketiduran pandemik, kami berusaha memaksa pemimpin Melayu yang ghaib agar keluar menjelma.
Ghaib akan dipentaskan pada 8 sehingga 11 September. Terdapat dua pementasan pada 10 September iaitu pada pukul 3 dan 8 malam, manakala satu pementasan petang (pukul 3) pada 11 September. Marilah datang menonton Ghaib, drama pertama saya sejak tahun 2009.
 
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/pemimpin-melayu-yang-ghaib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Islam Dan Melayu Tidak Terancam Di Bawah Pentadbiran Pakatan Kata Pemimpin Amanah

Islam Dan Melayu Tidak Terancam Di Bawah Pentadbiran Pakatan Kata Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 163 hits
WALAUPUN kehilangan kerajaan persekutuan akibat beberapa siri pengkhianatan yang dimulakan oleh Langkah Sheraton bekas menteri agama Dr Mujahid Yusof Rawa berkata orang Melayu akhirnya menyedari Pakatan Harapan adalah kerajaan yang lebih ba...
Mat Sabu Melayu Lemah Enggan Hukum Pemimpin Rasuah Malaysia Bakal Jadi Walaun Dok Diam Saja

Mat Sabu Melayu Lemah Enggan Hukum Pemimpin Rasuah Malaysia Bakal Jadi Walaun Dok Diam Saja

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 246 hits
Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu atau Mat Sabu ketika membahas rang undang undang anti lompat parti menekankan kepentingan masyarakat menghukum pemimpin rasuah dengan tidak mengundi mereka Mat Sabu turut menyelar pemimpin yang memanipul...
Anwar Kata Mahathir Tak Iklas Nak Tolong Melayu

Anwar Kata Mahathir Tak Iklas Nak Tolong Melayu

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 286 hits
Yesss Kenyataan macam ini yang aku nak baca dituturkan oleh pemimpin PH Nampaknya DS Anwar masih belum hilang taringnya Aku tak mahu ulas penubuhan GTA tu Aku dah tulis tadi Aku cuma nak ulas tentang kenyataan DS Anwar ini Dah lama aku suar...
Kasi Pecahlah Semua Melayu

Kasi Pecahlah Semua Melayu

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 219 hits
MALAYSIALANDTU PASAI SERAHKAN SINGAPURA PADA CINA MAKA JADILAH SINGAPURA CINALANDMERDEKAAAAA KONON NAK SATUKAN MELAYU ISLAMBILA MAHADHIR SEBUT NAK SATUKAN MELAYU ISLAM SEPATUTNYA DIA RUJUK PADA AL QURAN Maksudnya Dan berpegang teguhlah semu...
Anwar Tidak Setuju Inisiatif Gerakan Melayu Islam Dr M

Anwar Tidak Setuju Inisiatif Gerakan Melayu Islam Dr M

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 178 hits
freemalaysiatoday com August 4 2022 6 38 PMPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan inisiatif terbaharu bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan gerakan Melayu Islam baharu hari ini Saya...
Orang Melayu Tidak Perlukan Mahathir Lagi Mahathir Yang Perlukan Orang Melayu

Orang Melayu Tidak Perlukan Mahathir Lagi Mahathir Yang Perlukan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 252 hits
Oleh Sirajuddin AhmadApakah umpama Mahathir cuba pancing undi dan sokongan orang Melayu dengan menubuhkan gagasan baru berteras agenda Melayu Islam Umpama nya seperti ayam jantan yang panjat reban pagi pagi dan berkokok dikala matahari terb...
Apakah Anwar Mengaku Pkr Todak Mampu Bantu Melayu Dan Islam

Apakah Anwar Mengaku Pkr Todak Mampu Bantu Melayu Dan Islam

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 299 hits
Era PH ada sedikit kontroversi berhubung ugama dan racial atas sikap rakus DAP Langkah Sheraton adalah antara motif penyingkiran DAP dari kerajaan dan mengelak Anwar sebagai PM yang akan menyuburkan lagi DAP Gagasan diketuai Mahathir akan m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator