Isharefans Scam Atau Tidak


Ramai yang tanya tentang isharefans. Sebenarnya malas nak tulis. Sebabnya modus operandi sama saja. Saya tak nak kata isharefans ini scam atau tidak. Tapi mari saya bagi pencerahan. Maaf, bahasa post ini mungkin agak pasar sebabnya saya tak sihat sangat ni. Mungkin saya edit balik nanti.
 
 

Pertama sekali, bila ada apps, atau website, atau program “bagi duit percuma”, pertama sekali kita mesti cari maklumat syarikat di internet. Mesti ada website rasmi. Bila dah jumpa website rasmi, kita boleh teruskan ke langkah kedua.
 

 
Isharefans.com adalah website rasmi. Jadi kita ke whois domain search untuk melihat maklumat pemilik domain ini. Yakni maklumat siapakah tokey isharefans ini. Dan…. maklumat isharefans di carian whois adalah…”RAHSIA”. Tiada maklumat. Private. RED FLAG #1.
 
Seterusnya kita lihat tarikh domain didaftar. Baru bulan 8 lepas. Terlalu baru. Domain pula didaftar hanya untuk setahun sahaja. Jarang syarikat besar daftar domain setiap tahun. Biasanya mereka renew lump sump minima 3 tahun. RED FLAG #2 DAN #3.
 

Kita korek lagi. Sistem reward pun pelik. Takde la pelik. Tapi jelas nampak ponzi di situ. User boleh recruit user lain. User direcruit tak akan dapat buat task lebih banyak dari recruiter a.k.a upline. Jadi kalau downline nak duit lebih dr upline, downline kena beli lagi VIP level supaya “mata reward tak terbazir”. Semakin tinggi level VIP, semakin mahal harga “lesen” VIP dan semakin mahal reward. Cash out pun belum lagi, anda dah kena keluarkan duit. RED FLAG #4, #5 dan #6.
 

Lagi. Isharefans ni nampaknya macam website China. Tapi maklumat di whois menunjukkan registration di Amerika? Pelik. Segala maklumat ini membawa bau ikan dan mengimbau kembali sejarah silam melanda netizen. Buat task macam nak gila, tapi nak cashout kena bayar dulu. Dah bayar company hilang, domain ghaib. Nak report, nama company pun tak tahu.
 
Akhir sekali, semakan terkini mendapati isharefans sudah menambah domain “tambahan” iaitu isharefans.vip dan isharefans.net. Kalau tanya saya, agak mencurigakan. Seperti sediakan kenderaan untuk melarikan diri dari kawasan rompakan.
 
Akhir kata, tak ada orang suka-suka nak bagi duit percuma. Orang gila pun tahu nak beli air teh beng kena guna duit. Janganlah kita dikencing dua tiga kali dengan skim yang sama cuma nama berbeza.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/isharefans-scam-atau-tidak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isharefans Scam Ke

Isharefans Scam Ke

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 1359 hits
Assalamualaikum Ayue tahu lately memang kecoh dekat semua media social tentang iSharefans ni Ramai yang tertanya tanya iSharefans ni legit ke Scam ke Memang betul boleh dapat duit ke Ye lah semua orang yang share tu masing masing tunjuk has...
Patuhi Sop Pakai Pelitup Muka Atau Sedia Dikompaun

Patuhi Sop Pakai Pelitup Muka Atau Sedia Dikompaun

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 406 hits
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Polis Wangsa Maju akan mengambil tindakan tanpa prejudis ke atas individu yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Ke...
Pemprorogan Parlimen Solusi Atau Sekadar Pilihan

Pemprorogan Parlimen Solusi Atau Sekadar Pilihan

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 333 hits
Oleh Ahmad Syukri bin KhusainiPengumuman Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah memperoleh sokongan yang signifikan di kalangan ahli Parlimen bagi membolehkannya diangkat sebagai Perdana Menteri yang baharu telah membuka lembaran bahar...
Semak Atau Mohon Full Settlement Loan Cimb

Semak Atau Mohon Full Settlement Loan Cimb

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 386 hits
Semak Atau Mohon Full Settlement Loan CIMB Ada pelbagai persoalan bermn di minda anda bagaimana mahu membuat full settlement loan anda dengan cimb Kalau drive pergi cimb office pun ambil masa traffic jem lagi ambil no giliran lagi dan banya...
Titah Agong Amanah Sokong Atau Tolak Belanjawan 2021 Diputuskan Selepas Mesyuarat Ph Esok

Titah Agong Amanah Sokong Atau Tolak Belanjawan 2021 Diputuskan Selepas Mesyuarat Ph Esok

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 488 hits
Sama ada Amanah akan menyokong atau menolak Belanjawan 2021 akan diputuskan selepas majlis presiden Pakatan Harapan bermesyuarat esok selepas Agong hari ini menasihatkan ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 Kita akan bincang pelbagai per...
Dap Atau Mca

Dap Atau Mca

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 402 hits
Ooo dengan syarat tak libatkan kerjasama dengan DAP sebab DAP yang berjanji kepada pengundi pengundi Melayu Islam untuk hantar mereka mengerjakan umrah semasa Prk Tanjung Piai Sampai ke sudah pengundi pengundi Melayu Islam tertipu Teruk bet...
Hukum Memasak Atau Memakan Haiwan Yang Masih Hidup

Hukum Memasak Atau Memakan Haiwan Yang Masih Hidup

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 983 hits
Soalan Assalamualaikum w b t Saya ingin bertanya apakah hukum memasak atau memakan haiwan yang masih hidup Harap Datuk Mufti dapat memberi pencerahan Jawapan Waalaikumussalam w b t Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam ...
Hiburan Idam Watak Selain Komedi Ropie Teringin Nak Berlakon Serius Dalam Drama Atau Filem

Hiburan Idam Watak Selain Komedi Ropie Teringin Nak Berlakon Serius Dalam Drama Atau Filem

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 430 hits
Sering saja tampil dengan membawa watak komedi pelawak Ropie berkata dia benar benar teringin untuk membawa karakter yang lebih serius dalam sesebuah naskah filem atau drama Namun begitu sejak kemunculannya dalam industri seni negara Ropi k...
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Truth About Slot Gampang Menang And Consistent Wins

Kedai Makan Cantik Di Bangi Lauk Pauk Meriah Sedap Teruk Update Secara Pukal

Indonesia Plans Rupiah Redenomination Bill

Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb