Hukum Memasak Atau Memakan Haiwan Yang Masih Hidup


Soalan :
Assalamualaikum w.b.t
Saya ingin bertanya, apakah hukum memasak atau memakan haiwan yang masih hidup (contohnya sotong kurita). Harap Datuk Mufti dapat memberi pencerahan.
Jawapan :
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT :
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”
(Surah al-Nahl : 90)
Syeikh al-Sa’di menyatakan bahawa berlaku adil itulah adalah wajib, sedangkan berbuat baik (Ihsan) adalah merupakan nilai tambah yang disunatkan seperti manusia memberi manfaat dengan hartanya atau jasadnya atau ilmunya atau lain-lain perkara yang bermanfaat sehinggakan termasuk juga di dalamnya (suruhan) berbuat baik kepada haiwan ternakan yang dimakan atau selainnya (tidak dimakan). (Lihat Tafsir al-Sadi, hlm. 447)
Berbuat baik kepada haiwan
Sebagai umat Islam kita dituntut untuk melakukan kebaikan kepada kesemua makhluk. Ia merangkumi berbuat baik kepada manusia sama ada orang Islam atau bukan Islam. Demikian juga, kita dituntut untuk berbuat baik kepada haiwan.
Kita tidak boleh sewenang-wenangnya membunuh haiwan melainkan bertujuan bagi mendapat manfaat darinya seperti memakannya. Rasulullah SAW pernah bersabda :
ما من إنسانٍ قتلَ عُصفورًا فما فوقَها بغيرِ حقِّها إلّا سألَهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ عَنها قيلَ: يا رسولَ اللَّهِ ! وما حقُّها؟ قالَ : يذبحُها فيأكُلُها ولا يقطعُ رأسَها يرمي بِها
Maksudnya : “Tidaklah seseorang membunuh burung pipit dan yang lebih besar daripadanya (burung tersebut) tanpa hak melainkan Allah SWT akan bertanya mengenainya. Ditanya : Wahai Rasulullah! Apakah haknya? Baginda menjawab : Haknya adalah menyembelihnya, kemudian memakannya. Dan tidak memotong kepalanya (membunuhnya), kemudian membuangnya.”
Riwayat al-Nasaie (4349)
Sehinggakan saat hendak menyembelih haiwan pun kita disuruh untuk berbuat ihsan (baik) kepadanya (haiwan tersebut), dengan mematikan (menyembelih) dengan cara yang terbaik. Rasulullah SAW bersabda mengenai perkara ini :
إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإحْسانَ على كُلِّ شيءٍ، فَإِذا قَتَلْتُمْ فأحْسِنُوا القِتْلَةَ، وإذا ذَبَحْتُمْ فأحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada setiap sesuatu. Apabila kamu semua hendak mematikan (haiwan), matikanlah dengan cara yang terbaik. Apabila hendak menyembelih, sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kamu menajamkan pisau dan mengistirehatkan sembelihannya.”
Riwayat Muslim (1955)
Hadis ini secara jelas telah menyatakan mengenai kewajiban berlaku ihsan kepada setiap makhluk. Kata Syeikh al-Sa’di : “Maka termasuklah antaranya berbuat ihsan kepada kesemua kategori manusia, dan juga kepada haiwan-haiwan. Sehinggakan pada saat ingin menyembelih haiwan juga dituntut (untuk berlaku ihsan).” (Lihat Bahjah Qulub al-Abrar, 1/127).
Memasak atau memakan haiwan yang masih hidup
Terlebih dahulu, kita kena ketahui bahawa perkara ini tidak mungkin akan berlaku kepada haiwan yang hidup di darat kerana bagi menghalalkan dagingnya, ia hendaklah disembelih terlebih dahulu. Sekiranya haiwan tersebut tidak disembelih sebagaimana sembelihan yang telah ditetapkan oleh syarak, maka ia menjadi bangkai dan haram ke atas kita memakannya.
Begitu juga, apa-apa bahagian yang terpotong daripada haiwan ternakan (darat) yang masih hidup, menjadi bangkai. Sabda Nabi SAW :
ما قُطِعَ منَ البَهيمةِ وَهيَ حيَّةٌ فَهوَ ميتَةٌ
Maksudnya : “Apa-apa yang dipotong dari haiwan ternakan dalam keadaan ia masih hidup maka ia adalah bangkai.” Riwayat al-Tirmizi (1480)
Al-Khatib al-Syirbini menyatakan bahawa :
وَالْجُزْءُ الْمُنْفَصِلُ مِنْ الْحَيَوَانِ الْحَيِّ …كَمَيْتَتِهِ أَيْ ذَلِكَ الْحَيِّ : إنْ طَاهِرًا فَطَاهِرٌ، وَإِنْ نَجِسًا فَنَجِسٌ… فَالْمُنْفَصِلُ مِنْ الْآدَمِيِّ أَوْ السَّمَكِ أَوْ الْجَرَادِ طَاهِرٌ، وَمِنْ غَيْرِهَا نَجِسٌ… أَمَّا الْمُنْفَصِلُ مِنْهُ بَعْدَ مَوْتِهِ فَحُكْمُهُ حُكْمُ مَيْتَتِهِ بِلَا شَكٍّ إلَّا شَعْرَ… الْمَأْكُولِ فَطَاهِرٌ بِالْإِجْمَاعِ
Maksudnya : “Bahagian yang terpisah daripada haiwan yang hidup… (hukumnya) adalah seperti bangkainya. Iaitu haiwan yang hidup tersebut, sekiranya ia suci (iaitu bangkainya) maka bahagian yang terpisah itu juga adalah suci, sekiranya ia adalah najis maka bahagian yang terpisah itu juga adalah najis… Oleh itu, bahagian yang terpisah daripada manusia atau ikan atau belalang adalah suci, manakala selainnya (manusia, ikan dan belalang) adalah najis… Adapun, bahagian yang terpisah daripada haiwan yang sudah mati, hukumnya mengikut sebagaimana haiwan tersebut mati (disembelih ataupun tidak) tanpa syak lagi melainkan pada bulu haiwan yang boleh dimakan. Hukumnya adalah suci secara Ijma’ (para ulama).” (Lihat Mughni al-Muhtaj,1/235)
Akan tetapi, bagi haiwan atau hidupan (yang hidup di dalam air), tidak perlu disembelih dan bangkainya adalah suci. Firman Allah SWT :
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ
Maksudnya : “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.”
(Surah al-Maidah : 96)
Nabi SAW juga ada bersabda :
هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ
Maksudnya : “Airnya suci, dan bangkainya suci (tidak perlu disembelih).”
Riwayat al-Tirmizi (68)
Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, disebutkan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah bahawa sekiranya seseorang mendapatkan ikan yang masih hidup, tidak boleh untuk dia terus memakannya sehinggalah ikan tersebut mati atau dimatikan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ulama Hanafiyyah dan Hanabilah. Dan makruh hukumnya memanggang ikan tersebut hidup-hidup kerana ia telah menyeksanya tanpa keperluan. Hal ini kerana ikan adalah hidupan yang cepat mati, maka boleh ditunggu ia mati terlebih dahulu (sebelum dimasak). (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/131)
Imam al-Nawawi telah menyebutkan di dalam kitabnya bahawa sekiranya ditelan ikan ketika ia masih lagi hidup atau dipotong separuh daripadanya (ketika masih hidup), kemudian dimakan, ada dua pendapat. Pendapat yang paling sahih ialah makruh dan bukannya haram. Manakala pendapat yang kedua ialah haram dan ini adalah merupakan pendapat Imam al-Ghazali. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/73) Maka, termasuklah juga haiwan-haiwan atau hidupan lain yang hidup di dalam air, yang mana mengambil hukum ikan.
Oleh itu, kami berpendapat memasak ikan atau sotong kurita atau lain-lain hidupan air (yang halal dimakan) ketika masih lagi hidup adalah makruh. Matikanlah terlebih dahulu haiwan berkenaan dengan cara yang terbaik atau menunggunya mati terlebih dahulu kerana kebiasaannya haiwan yang tinggal di air tidak dapat hidup lama di atas darat (berpisah dengan air).
Demikianlah juga, hukum memakan haiwan berkenaan ketika masih lagi hidup adalah makruh sekiranya tidak memudaratkan. Hal ini kerana kebiasaannya daging haiwan yang masih mentah (belum dimasak) mudah terdedah dengan pelbagai jenis bakteria yang boleh memberi mudarat dan membahayakan tubuh badan. Oleh itu, adalah lebih baik haiwan berkenaan dibuang perutnya, kemudian dibersihkan dan dimasak terlebih dahulu, sebelum dimakan. Ini adalah lebih selamat dan menepati sebagaimana firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا
Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”
(Surah al-Baqarah : 168)
Kesimpulannya
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa hukum memakan dan memasak haiwan seperti ikan atau sotong kurita atau hidupan yang seumpamanya (hidup di dalam air dan halal dimakan), ketika masih lagi hidup adalah makruh.
Lebih-lebih lagi, kita dituntut supaya berbuat baik (ihsan) kepada haiwan. Maka, termasuk dalam perbuatan ihsan tersebut, tidak menyeksanya dengan memasaknya dalam keadaan ia masih lagi hidup.
Begitu juga, kita dituntut untuk memakan makanan yang halal lagi baik. Memakan haiwan yang telah dimasak dan dibersihkan adalah lebih menjamin konsep baik (kualiti) pada makanan tersebut kerana daging haiwan yang masih mentah (belum lagi dimasak) kebiasaannya mudah terdedah kepada pelbagai jenis bakteria yang boleh membahayakan tubuh badan kita.
Akhir kalam, kami berdoa agar Allah SWT memberikan kefahaman yang baik kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Hukum Memasak Atau Memakan Haiwan yang Masih Hidup appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-memasak-atau-memakan-haiwan-yang-masih-hidup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Ianya Masih Berterusan Atau Mati Dipertengahan Jalan

Adakah Ianya Masih Berterusan Atau Mati Dipertengahan Jalan

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 233 hits
Tenang Faktanya 1 DSAI tak pernah umumkan jumlah MP yang menyokongnya dan siapa Hanya kita yang berspekulasi boleh jadi umno atau siapa sahaja 2 Zahid keluar kenyataan media untuk meredakan ketegangan dikalangan penyokong Umno Hakikatnya Za...
Berapa Orang Lagi Pemfitnah Anwar Yang Masih Hidup

Berapa Orang Lagi Pemfitnah Anwar Yang Masih Hidup

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 313 hits
YEOP ANTANPenulis buku 50 Dalil Arwah Khalid Jafri pernah disaman kerana memfitnah DSAI dan diperintahkan oleh Mahkamah membayar saman RM4 5 juta Agak agak tinggal berapa orang pemfitnah DSAI yang masih hidup Hidup pun dalam penuh kehinaan ...
Pergelangan Tangan Mangsa Mungkin Dipotong Ketika Dia Masih Hidup Polis

Pergelangan Tangan Mangsa Mungkin Dipotong Ketika Dia Masih Hidup Polis

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 1151 hits
Penelitian video rakaman kamera litar tertutup berhampiran lokasi kejadian setakat ini menunjukkan suspek utama keluar dari rumah mangsa Siti Nur Surya 19 yang dibunuh dengan kejam sehingga pergelangan tangannya dipotong sehingga putus Piha...
Masih Dianggap Hidup Mewah Hasil Haram Fara Mendoza Tegas Duit Halal Hasil Titik Peluhnya

Masih Dianggap Hidup Mewah Hasil Haram Fara Mendoza Tegas Duit Halal Hasil Titik Peluhnya

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 557 hits
Masih sampai sekarang semua tuduh Fara makan duit haram Saya nak tegaskan di sini dari dulu sampai sekarang semua itu adalah hasil titik peluh saya sendiri source
Lockdown Berterusan Mereka Terpaksa Makan Haiwan Yang Menjijikan Untuk Terus Hidup

Lockdown Berterusan Mereka Terpaksa Makan Haiwan Yang Menjijikan Untuk Terus Hidup

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 284 hits
Masyarakat di permukiman kumuh Myanmar nekat memakan reptilia seperti ular dan tikus demi bertahan hidup selama lockdown pandemik virus corona Setelah gelombang pertama virus corona melanda Myanmar pada March silam seorang warga bernama Ma ...
Kami Masih Berada Dalam Negeri Selangor Bella Ditahan Polis Kerana Rentas Sempadan Negeri

Kami Masih Berada Dalam Negeri Selangor Bella Ditahan Polis Kerana Rentas Sempadan Negeri

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 478 hits
Pelakon Bella Dally dan rakannya ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat semalam Nabilah Ali Dally 29 ditahan untuk membantu siasatan selepas polis melihat satu gambar yang dimuat naiknya di Instagram yang menunjukkan...
Bapa Masih Belum Ditemui Balkisyh Gembira Temui Salasilah Keturunannya

Bapa Masih Belum Ditemui Balkisyh Gembira Temui Salasilah Keturunannya

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 275 hits
Meskipun bapa Semundur Khan Gulam Khan masih gagal ditemui walaupun ramai mendakwa dia kerap dilihat sekitar bandar Tawau Sabah namun pelakon Balkisyh Semundur Khan 34 memberitahu dia gembira apabila sudah mengetahui salasilah keturunannya ...
Masih Bercakaran Hingga Kini Masalah Zarina Anjoulie Dan Fara Mendoza Masih Belum Selesai

Masih Bercakaran Hingga Kini Masalah Zarina Anjoulie Dan Fara Mendoza Masih Belum Selesai

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 287 hits
Jangan ingat golongan selebriti ni tak ada yang bercakaran sesama sendiri ada je tau cuma tak ada la kecoh sangat sampai scene tarik rambut Pada 21 Oktober lalu pelakon Fara Mendoza ada membuat satu video live di laman Instagram miliknya sa...
Masih Mahu Usung Orang Tua Ini

Masih Mahu Usung Orang Tua Ini

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 195 hits
Kenapalah orang tua ini yang dipercayainya lagi Cukuplah kita beri dia peluang untuk berubah tapi dia sendiri tidak mahu berubah Bukan kita yang mencipta permusuhan dengannya tapi dia sendiri yang mencipta permusuhan Itulah Mahathir Sesiapa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip