Isham Tuntut Penubuhan Tribunal Selepas Anwar Bersihkan Nama Hakim Nazlan


bharian.com.my
Oleh Mahani Ishak 
[email protected] 19, 2023 @ 6:08pm
Gambar fail - Isham Jalil
KUALA LUMPUR: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menuntut, penubuhan sebuah tribunal kehakiman bagi menyiasat dan mengambil tindakan berkaitan salah laku hakim, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mengikut Artikel 125, Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil, berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melihat semula fakta membabitkan Mohd Nazlan, demi memberi keadilan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Bagi tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan, saya menyarankan supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri supaya melihat semula tentang pembabitan Mohd Nazlan (yang kini Hakim Mahkamah Rayuan) dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd (SRC International) pada 2010.

"Bagaimana fakta ini menyebabkan ketidakadilan ke atas Najib dalam penghakiman ke atasnya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Anwar dilaporkan memaklumkan di Dewan Negara, bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mohd Nazlan, tidak menemukan sebarang bukti berlaku kesalahan jenayah.

Perdana Menteri berkata, SPRM sudah menyiasat secara menyeluruh perkara itu dan mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan hakim terbabit dan dapatan siasatan itu juga dipersetujui Jabatan Peguam Negara (AGC).

Mohd Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan Najib ketika berdepan pertuduhan jenayah membabitkan syarikat SRC International.

Penyokong Najib mendakwa hakim berkenaan terbabit dalam konflik kepentingan ketika mendengar perbicaraan itu serta melanggar kod etika.

Isham yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO, mendakwa sebelum ini Mohd Nazlan tidak pernah mendedahkan beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank di antara 2006 hingga 2015.

"Beliau juga tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terbabit dalam penubuhan SRC International pada 2010, sedangkan Maybank mempunyai peranan dalam penubuhannya itu.

"Ini memberi asas kepada mana-mana pihak yang rasional, bahawa Mohd Nazlan tidak dapat memberi kehakiman dengan minda yang objektif dan terbuka kerana pembabitannya dengan Maybank yang terbabit dengan penubuhan SRC International," dakwanya.

Isham berkata, Maybank juga pernah menasihatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menubuhkan SRC International sebagai sebuah syarikat khusus bagi tujuan perolehan aset strategik.

"Fakta berkenaan pembabitan Mohd Nazlan ini boleh menyebabkan penghakimannya terhadap Najib sebagai berat sebelah dan bias.

"Walaupun tindakan Mohd Nazlan yang tidak menyatakan pembabitannya dengan Maybank ini mungkin tidak sampai ke tahap jenayah, namun besar kemungkinan melanggar etika hakim dan asas kuat untuk kes SRC International dibicarakan semula dengan hakim yang dilihat tidak berat sebelah dan tidak bias supaya keadilan dapat ditegakkan untuk semua," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/isham-tuntut-penubuhan-tribunal-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Dapati Tiada Kesalahan Jenayah Babitkan Hakim Nazlan Anwar

Sprm Dapati Tiada Kesalahan Jenayah Babitkan Hakim Nazlan Anwar

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 280 hits
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mendapati tiada sebarang bukti kesalahan jenayah dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu turut dipersetujui Jaba...
Isu Hakim Nazlan Anak Najib Tak Puas Hati Dengan Kenyataan Pmx Di Dewan Negara

Isu Hakim Nazlan Anak Najib Tak Puas Hati Dengan Kenyataan Pmx Di Dewan Negara

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 432 hits
agendaily com20 06 2023Nooryana Najwa bersama bapanya Datuk Seri Najib Razak di mahkamah Anak perempuan bekas Perdana Menteri Nooryana Najwa Najib tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membebaskan Hakim ...
Cukuplah Jangan Politikkan Lagi Kes Hakim Nazlan

Cukuplah Jangan Politikkan Lagi Kes Hakim Nazlan

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 205 hits
BARU BARU ini ketika sesi soal jawab di Dewan Negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penjelasan Mahkamah Persekutuan yang mendapati tiada unsur jenayah rasuah terkait dengan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd G...
Tiada Unsur Jenayah Ditemui Pada Hakim Nazlan Ertinya Jangan Dipertikai Lagi Hukuman Mahkamah Terhadap Najib

Tiada Unsur Jenayah Ditemui Pada Hakim Nazlan Ertinya Jangan Dipertikai Lagi Hukuman Mahkamah Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 232 hits
Kedudukan Hakim Nazlan Ghazali yang dipertikaikan selama ini berikutan keputusannya menjatuhkan hukuman terhadap Najib Razak terjawab sudah akhirnya Dalam jawapan di Dewan Negara Anwar Ibrahim berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ...
A Half Truth Is An Absolute Lie Says Anwar About Penang Kedah Tiff

A Half Truth Is An Absolute Lie Says Anwar About Penang Kedah Tiff

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 336 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim speaking on controversial claims about Penang belonging to Kedah said a little knowledge is dangerous GEORGE TOWN The country s leaders must be well read and speak with knowledge when making statements on any is...
Zahid Ingatkan Anwar Lantik Wakil Umno Ke Exco Kerajaan Negeri

Zahid Ingatkan Anwar Lantik Wakil Umno Ke Exco Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 360 hits
freemalaysiatoday com 09 Jun 2023Umno mahu diwakili dalam exco kerajaan negeri yang ditadbir PH dan ia akan pertahankan penguasaan gabungan itu di Pulau Pinang Selangor dan Negeri Sembilan Zahid Hamidi bersama Pengerusi PH Anwar Ibrahim di ...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik