Cukuplah Jangan Politikkan Lagi Kes Hakim Nazlan



(Utusan Malaysia) – BARU-BARU ini, ketika sesi soal jawab di Dewan Negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penjelasan Mahkamah Persekutuan yang mendapati tiada unsur jenayah rasuah terkait dengan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.
Ini melibatkan perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Anwar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah mendapat laporan telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd. Nazlan berhubung dengan kes rasuah.
SPRM telah menyiasat teliti kes tersebut dan mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan. Perkara ini telah dipersetujui dengan Jabatan Peguam Negara.
Jawapan Perdana Menteri ke atas hasil siasatan SPRM yang diperakui oleh Peguam Negara adalah jelas membuktikan isu berkenaan bebas daripada campur tangan politik.
Secara ringkasnya, keseluruhan prosiding perbicaraan kes SRC International melibatkan Najib yang bertindak sebagai tertuduh dan kemudian di peringkat rayuan sebagai perayu telah melalui proses seadil-adilnya berasaskan fakta serta dokumen yang dijadikan sebagai barang kes, juga menerusi keterangan saksi yang waras.
Sabitan dan hukuman di peringkat Mahkamah Tinggi tidak tergugat malah gagal dipatahkan di peringkat kedua-dua Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan oleh pasukan pembelaan perayu.
Ruang dan peluang secukupnya telah diberikan kepada pasukan pembela perayu, namun tiada alasan kukuh untuk mahkamah membebaskan serta melepaskan tertuduh.
Malah, isu berkaitan soal salah laku Mohd. Nazlan yang kononnya dikatakan berlaku unsur berat sebelah sehingga perayu dihukum penjara 12 tahun dan denda tidak langsung memberi kesan bagi tujuan pembebasan dari sudut perundangan.
Tidak dinafikan rakyat turut bersimpati ke atas nasib yang menimpa Najib, namun dari persepsi undang-undang, suatu keputusan yang adil serta bijaksana telah dinoktahkan di semua peringkat mahkamah di negara ini termasuk permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan.
Untuk rekod, dinyatakan keseluruhan keputusan panel hakim dalam mencapai keputusan bersalah terhadap perayu adalah secara statistik 13 -1. Ini termasuk keputusan 4-1 di peringkat semakan kehakiman di hadapan lima panel hakim Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan jika ada pihak berhasrat mencadangkan agar ditubuhkan satu tribunal kehakiman bagi menyiasat tuduhan salah laku Mohd. Nazlan di bawah Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan.
Setidak-tidaknya cadangan berkenaan bagi meredakan perasaan tidak puas hati kumpulan yang setia bersama Najib walaupun kadangkala mereka layak diklasifikasikan sebagai golongan yang lebih arif pengetahuan melebihi kelayakan pendakwa raya dan hakim.
Cuma persoalannya, tidakkah cadangan penubuhan tribunal berkenaan dilihat seperti tidak menghormati mahupun bercanggah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan?
Dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan harus meletakkan soal kebebasan kehakiman sebagai keutamaan sepertimana dijanjikan di samping berlapang dada atas keputusan SPRM yang turut diperakui oleh Peguam Negara.
Justeru, diharapkan titik noktah yang telah dimeterai ke atas isu sedemikian tidak dibangkitkan semula atas dasar selera politik semata-mata serta tiada elemen pusingan U dalam soal pembebasan Najib.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/06/25/cukuplah-jangan-politikkan-lagi-kes-hakim-nazlan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Unsur Jenayah Ditemui Pada Hakim Nazlan Ertinya Jangan Dipertikai Lagi Hukuman Mahkamah Terhadap Najib

Tiada Unsur Jenayah Ditemui Pada Hakim Nazlan Ertinya Jangan Dipertikai Lagi Hukuman Mahkamah Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 104 hits
Kedudukan Hakim Nazlan Ghazali yang dipertikaikan selama ini berikutan keputusannya menjatuhkan hukuman terhadap Najib Razak terjawab sudah akhirnya Dalam jawapan di Dewan Negara Anwar Ibrahim berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ...
Sprm Dapati Tiada Kesalahan Jenayah Babitkan Hakim Nazlan Anwar

Sprm Dapati Tiada Kesalahan Jenayah Babitkan Hakim Nazlan Anwar

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 166 hits
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mendapati tiada sebarang bukti kesalahan jenayah dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu turut dipersetujui Jaba...
Isham Tuntut Penubuhan Tribunal Selepas Anwar Bersihkan Nama Hakim Nazlan

Isham Tuntut Penubuhan Tribunal Selepas Anwar Bersihkan Nama Hakim Nazlan

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 217 hits
bharian com myOleh Jun 19 2023 6 08pmGambar fail Isham JalilKUALA LUMPUR Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menuntut penubuhan sebuah tribunal kehakiman bagi menyiasat dan mengambil tindakan berkaitan salah laku hakim Datuk Seri Mohd ...
Isu Hakim Nazlan Anak Najib Tak Puas Hati Dengan Kenyataan Pmx Di Dewan Negara

Isu Hakim Nazlan Anak Najib Tak Puas Hati Dengan Kenyataan Pmx Di Dewan Negara

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 136 hits
agendaily com20 06 2023Nooryana Najwa bersama bapanya Datuk Seri Najib Razak di mahkamah Anak perempuan bekas Perdana Menteri Nooryana Najwa Najib tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membebaskan Hakim ...
Dah Macam Kes Buang Anak Anjing Ditemui Diikat Pada Pili Bomba Nota Terakhir Pemilik Buat Ramai Sebak

Dah Macam Kes Buang Anak Anjing Ditemui Diikat Pada Pili Bomba Nota Terakhir Pemilik Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 140 hits
8216 Dah macam kes buang anak 8217 Anjing ditemui diikat pada pili bomba nota terakhir pemilik buat ramai sebak SEEKOR anjing ditemui ditinggalkan di jalanan bersama sebuah beg mengandungi permainan Anjing bernama Baby Girl itu ditemui diik...
Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 102 hits
Pemimpin di negara ini perlu mempunyai ilmu sebelum menimbulkan sesuatu isu jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada isu Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor b...
Hiburan Ds Nazri Aziz Minta Rakyat Malaysia Rilek Jangan Cepat Sentap Dengan Lawak Jocelyn Chia Tak Perlu Jadi Childish

Hiburan Ds Nazri Aziz Minta Rakyat Malaysia Rilek Jangan Cepat Sentap Dengan Lawak Jocelyn Chia Tak Perlu Jadi Childish

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 167 hits
Kata kata pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia dan menggunakan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka sehingga hari ini masih menjadi bualan ramai Bukan hanya netizen di Malaysia tetapi Harith Iskander dan pelawak Singapura Kumar juga...
Awas Jangan Ambil Mudah Peningkatan Suhu Badan Mendadak Anak Boleh Menyebabkan Anak Terkena Strok Haba

Awas Jangan Ambil Mudah Peningkatan Suhu Badan Mendadak Anak Boleh Menyebabkan Anak Terkena Strok Haba

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 105 hits
Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau anda boleh mendapat kelesuan haba atau lebih teruk strok haba Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebab...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Staycation Di Flemington Hotel Taiping



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Websitepgslot 4 May 67 Pgslot Top 36 By Joy Temmax69 Temmax69 Me

Pgslot Pgslotth Games 24 24 Pg Top 32 By Shona

Crisis Management 101

Elok Kita Saja Yang Tanam Bawang Harian Metro 09 05 2024

Tarikh Bayaran Gaji Ogos 2024

Sophia Liana Mahal Chord