Isa Mengaku Tak Salah 10 Pertuduhan Pecah Amanah Rasuah



KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas 10 pertuduhan pecah amanah dan rasuah lebih RM3 juta berhubung kes pembelian hotel di Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Mohd. Isa, 69 , membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Isa sebagai  Pengarah Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) yang diamanahkan dengan dana syarikat itu didakwa melakukan pecah amanah dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Perbuatan itu bertentangan dengan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda Bil 303 bertarikh 25 Jun 2013 yang dibuat berkenaan pelaksanaan amanah tersebut di mana ahli lembaga pengarah Felda memberi mandat kepada Ahli Lembaga Pengarah Syarikat FIC dalam membuat keputusan pelaburan yang melibatkan projek bernilai RM100 juta ke bawah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 50 Menara Felda Platinum Park, No. 11 Persiaran KLCC pada 29 April 2014.

Dakwaan bagi pertuduhan pertama itu dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan kedua hingga kesepuluh, Mohd. Isa didakwa secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu wang tunai yang kesemua berjumlah RM3,090,000.00 daripada Ikhwan Zaidel iaitu ahli lembaga pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd melalui Muhammad Zahid Md Arip sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak oleh pihak Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.

Mohd. Isa didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 49 Menara Felda Platinum Park, No11 Persiaran KLCC  di sini antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Umar Saifuddin Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam K.Kumaraendran dan Ridha Abdah Subri. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM800,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Januari untuk sebutan semula kes. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/12/isa-mengaku-tak-salah-10-pertuduhan_14.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hmmm Setiausaha Politik Tun M Dikaitkan Dalam Pertuduhan Rasuah Isa Samad

Hmmm Setiausaha Politik Tun M Dikaitkan Dalam Pertuduhan Rasuah Isa Samad

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 454 hits
Muhammad Zahid sebelum ini telah ditangkap oleh SPRM pada Ogos 2017 berhubung urusan pembeliah hotel itu dan telah direman selama lapan hari Gambar Sinar HarianKUALA LUMPUR Muhammad Zahid Md Arip Setiausaha Politik Perdana Menteri Tun Dr Ma...
Piala Aff Fam Terima Dua Surat Pertuduhan Salah Laku Penonton Malaysia

Piala Aff Fam Terima Dua Surat Pertuduhan Salah Laku Penonton Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Selepas mengharungi empat perlawanan Piala AFF 2018 Persatuan Bolasepak Malaysia menerima dua surat pertuduhan berikutan kesalahan daripada penganjur Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara Pertama adalah disebabkan oleh bom udara ...
Zahid Didakwa Atas Kesalahan Pecah Amanah

Zahid Didakwa Atas Kesalahan Pecah Amanah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini didakwa dengan satu pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah wang RM10 juta milik Yayasan Akal Budi tiga tahun lalu Kali ini bekas Tim...
Pertuduhan Kedua Dibacakan Semula Ku Nan Mengaku Tidak Bersalah

Pertuduhan Kedua Dibacakan Semula Ku Nan Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 223 hits
Tengku Adnan hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi mendengar sebutan semula kes rasuah berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 2013 Foto BernamaKUALA LUM...
Iriana Mengaku Selalu Berdoa Agar Jokowi Amanah

Iriana Mengaku Selalu Berdoa Agar Jokowi Amanah

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 270 hits
Di lokasi yang sama Jokowi menceritakan sulitnya berkumpul dengan keluarga Sebab ketiga anak mantan Gubernur DKI Jakarta ini sudah memiliki aktivitas masing masing
Zahid Berdepan Satu Lagi Tuduhan Pecah Amanah Babitkan Rm10 Juta

Zahid Berdepan Satu Lagi Tuduhan Pecah Amanah Babitkan Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 284 hits
December 14 2018 10 50 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Satu pertuduhan tambahan dikenakan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pertuduhan dikenakan terhadapnya sebanyak 46 pertuduhan ...
Isa Samad Mengaku Tidak Bersalah

Isa Samad Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites di Kuching Saraw...
Isa Berdepan 10 Pertuduhan

Isa Berdepan 10 Pertuduhan

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 204 hits
Isa Samad didakwa satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta isu hotel di Kuching Foto oleh Miera ZulyanaBekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini didakwa di Mahkamah Sesy...
Give Umno Defectors A Chance Amanah Tells Pakatan

Give Umno Defectors A Chance Amanah Tells Pakatan

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 424 hits
Pakatan Harapan members should be more open hearted and give former Umno leaders looking to cross over a chance Datuk Mahfuz Omar said today The Amanah vice president said in his wind up speech at the party convention here that the ruling c...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga