Zahid Berdepan Satu Lagi Tuduhan Pecah Amanah Babitkan Rm10 Juta


Adam Abu Bakar
-December 14, 2018 10:50 AM

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR:  Satu pertuduhan tambahan dikenakan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pertuduhan dikenakan terhadapnya sebanyak 46 pertuduhan.

Presiden Umno itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan, termasuk pertuduhan tambahan yang dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.

Kes berkenaan bagaimanapun ditangguh ke 20 Feb 2019 untuk sambung perbicaraan dan wang jaminan sedia ada dilanjutkan untuk turut meliputi pertuduhan terbaru.

Pertuduhan tambahan itu adalah pertuduhan ke-19 yang membabitkan Yayasan Akalbudi, dengan Zahid didakwa melakukan kesalahan pecah amanah jenayah harta sebanyak RM10 juta milik yayasan berkenaan.

Dalam pertuduhan berkenaan, Zahid didakwa secara curang memberi pinjaman wang kepada sebuah syarikat dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, iaitu penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 20 tahun, sebatan dan juga denda.

Manakala itu, 10 pertuduhan asal pula dibacakan di hadapan Zahid sebagai pertuduhan pindaan, yang kesemuanya membabitkan pertuduhan pecah amanah jenayah.

Pada 19 Oktober lalu, Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit.

Ketika itu, Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan pecah amanah dengan jumlah tertinggi RM17 juta, di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta 8 lagi pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Baki 27 pertuduhan lagi adalah berkaitan pengubahan wang haram yang berjumlah RM72 juta, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan pecah amanah didakwa dilakukan antara Jan 2014 hingga Mac 2018, kesalahan di bawah Akta SPRM itu antara Julai 2016 dan Mac 2018, manakala pengubahan wang haram sejak 27 Mac 2016.

Zahid yang dipilih menerajui Umno Jun lalu, ialah individu pertama dihadapkan ke mahkamah kerana pertuduhan jenayah ketika menjadi presiden parti itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/zahid-berdepan-satu-lagi-tuduhan-pecah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Mengaku Tidak Bersalah Beri Pinjaman Rm10 Juta

Zahid Mengaku Tidak Bersalah Beri Pinjaman Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 261 hits
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap satu lagi pertuduhan tambahan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi sebanyak RM10 juta pada 8 Disember...
Zahid Didakwa Atas Kesalahan Pecah Amanah

Zahid Didakwa Atas Kesalahan Pecah Amanah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini didakwa dengan satu pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah wang RM10 juta milik Yayasan Akal Budi tiga tahun lalu Kali ini bekas Tim...
Pengguna Dompet Digital Dana Tembus Satu Juta Orang

Pengguna Dompet Digital Dana Tembus Satu Juta Orang

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 251 hits
Chief Executive Officer DANA Vince Iswara mengatakan perusahaan fintech di Indonesia sebenarnya memiliki modal yang kuat untuk mengembangkan sayap bisnis Menurut catatannya jumlah ponsel pintar yang tersebar sudah melampaui angka penduduk T...
Mab Airasia Kekal Bayar Penalti Rm10 Juta

Mab Airasia Kekal Bayar Penalti Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 307 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDIN 20 Disember 2018 5 15 PM KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi mengekalkan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia yang m
Airasia Mas Didenda Semula Rm10 Juta Mahkamah

Airasia Mas Didenda Semula Rm10 Juta Mahkamah

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 402 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengenakan semula denda RM10 juta setiap satu kepada syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines Sistem Bhd dan syarikat pesawat tambang murah AirAsia kerana melanggar peraturan mengenai persaingan...
Pecah Kaca Mobil Pencuri Di Pekanbaru Gasak Uang Rp 50 Juta

Pecah Kaca Mobil Pencuri Di Pekanbaru Gasak Uang Rp 50 Juta

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 331 hits
Tim Rescue Satreskrim Polresta Pekanbaru menembak mati dua pencuri modus pecah kaca mobil Keduanya sempat melawan polisi dengan senjata api Keduanya bernama Asron dan Juanda
Isa Mengaku Tak Salah 10 Pertuduhan Pecah Amanah Rasuah

Isa Mengaku Tak Salah 10 Pertuduhan Pecah Amanah Rasuah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 612 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas 10 pertuduhan pecah amanah dan rasuah lebih RM3 juta berhubung kes pembelian h...
Jaga Suara Relawan Bakal Bangun Satu Juta Posko Pemenangan Jokowi Ma Ruf

Jaga Suara Relawan Bakal Bangun Satu Juta Posko Pemenangan Jokowi Ma Ruf

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 357 hits
Aliansi Relawan Jokowi siap membangun satu juta posko di seluruh Indonesia untuk memenangkan Jokowi Ma ruf Amin di Pilpres 2019 Ketua Umum ARJ Haidar Alwi mengatakan posko tidak harus membangun baru tapi bisa berupa rumah warga untuk menunj...
Amanah Ajak Pejuang Islam Melayu Bersama Ph

Amanah Ajak Pejuang Islam Melayu Bersama Ph

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 463 hits
Mohamad mengecam fahaman celaka kepada orang Melayu sehingga mereka sanggup menyokong perompak dan penyamun di negara ini atas nama mereka Melayu dan Islam Presiden AMANAH Haji Mohamad Sabu mengajak pejuang Islam dan Melayu di negara ini ag...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd