Irfan Khairi Apa Yang Saya Buat Masa Mula2 Dalat Rm1 Juta


 


Ramai yang tanya saya, apa yang saya buat dengan pendapatan RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun. Maklumlah, untuk seorang yang berumur 25 tahun, jumlah tersebut adalah agak besar.
Jawapan mudahnya adalah, sebuah rumah dan satu kereta.
Kereta pertama saya. Kini boleh dilihat di luar pusat latihan saya
Ruang@IKSB menjadi company car!
Namun, jawapan yang lebih panjang bukanlah seperti ramai yang akan sangka. Rumah yang dibeli bukanlah rumah hebat bungalow besar. Atau kereta yang dibeli bukanlah kereta sports kereta import impian. Tetapi hanyalah sebuah apartment kecil, dan kereta tempatan, Perodua Kembara.
Teringat saya ketika menjalankan perniagaan Internet. Ketika itu saya tinggal di apartment sewa. Sebuah studio flat, tiada berbilik, di situ juga tempat tidur dan kerja. Saiznya dalam lingkungan 3×3 meter sahaja. Cuba bayangkan – ya, memang kecil!
Memang ketika itu saya masih lagi muda di awal 20-an, belum mendirikan rumah tangga, belum mempunyai tanggungan apa-apa.
Waktu inilah terbaik untuk mulakan perniagaan bak kata ‘you have nothing to lose!’.Kenalan mengatakan saya seorang yang ‘workaholic’ oleh kerana waktu kerja (masih bekerja makan gaji ketika itu) 9 pagi hingga 5 petang di pejabat. Pejabat pula berdekatan dengan flat dan hanya berjalan kaki sahaja. Sengaja menyewa flat yang dekat kerana ingin jimat.
Tetapi satu lagi sebab saya memilih flat tersebut adalah kerana ia betul-betul dihadapan sebuah rumah yang besar dan mewah! Setiap hari ketika melakukan kerja di komputer saya, saya akan menjenguk diluar tingkap untuk perhatikan rumah tersebut dan dalam hati, satu hari nanti, saya akan memiliki rumah mewah seperti itu!
Waktu luar pejabat 5 petang hingga 2 pagi pula menjalankan perniagaan di Internet. Namun, saya tidak kira saya seorang ‘workaholic’ kerana apa yang saya lakukan adalah sesuatu yang saya minat dan menggembirakan saya.
Sehingga hari ni, saya tidak menganggap kerja sebagai kerja oleh kerana ‘kerja’ yang saya lakukan adalah amat seronok! Lebih seronok dari menonton TV, surf Internet, dan membuang masa ke perkara yang lain.
Oleh kerana seronok dan minat dengan apa yang lakukan, walaupun gagal dalam perniagaan Internet pada tahun pertama (12 bulan hanya dapat balik modal sahaja), tetapi saya tetap teruskan.
Kejayaan saya bukanlah cara mudah, short cut ataupun semalaman. Tetapi 3 tahun berusaha menjayakan perniagaan di Internet untuk mencapai keuntungan RM1,000,000.
Pendapatan saya bukanlah umpama durian runtuhOleh sebab pendapatan saya bukanlah umpama durian runtuh, tiba-tiba mendapat sejumlah wang yang besar. Tetapi sedikit demi sedikit, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, baru mendapat keuntungan RM1,000,000 itu, maka saya sangat sayang dan berkira dengan setiap sen yang dikumpul oleh kerana ianya atas usaha yang keras!
Sebab itu, rumah yang besar dan kereta idaman bukan keutamaan saya ketika itu. Sayang sangat hendak berbelanja besar pada dua perkara ini.
Tambahan, sekiranya membeli rumah bunglow dan kereta mewah, bukannya cukup RM1,000,000 bukan? paling tidak memerlukan RM2 juta… RM3 juta ketika itu. Dan sekiranya ini pilihan saya, maka apa gunanya mempunyai RM1 juta sedangkan kita masih perlu berhutang.
Rumah pertama saya adalah apartment kecil sahajaOleh sebab itu, rumah pertama saya adalah apartment kecil sahaja walaupun bergelar jutawan. Tetapi Alhamdulillah saya dapat membayarnya secara cash. Tiada berhutang. Ingat lagi ketika itu harganya adalah sekitar RM200,000 sahaja di Ampang.
Bermula dengan hanya studio flat tanpa bilik, dan kemudian memiliki apartment kecil adalah satu upgrade kepada saya! Sekurang-kurangnya saya tahu bahawa sekiranya terjadi apa-apa pada diri saya, atau hilang punca pendapatan saya, saya masih memiliki apartment untuk melindungi saya, isteri dan anak-anak. Biarlah kecil, tetapi sudah selesa bukan sahaja secara fizikal, tetapi secara mental juga selesa oleh kerana tiada berhutang.
Kemudian tiba masanya untuk membeli kereta pula. Walaupun kereta idaman saya adalah Porsche (ketika bersekolah, saya meletakkan poster kereta Porsche di belakang pintu bilik saya untuk tatapi setiap hari), dan memang cukup duit untuk membeli Porsche ketika itu, namun, saya mengambil langkah berhati-hati. Apa gunanya berkereta mewah sekiranya berhutang sekali lagi.
Kereta pertama saya adalah Perodua KembaraOleh sebab itu, kereta pertama saya adalah Perodua Kembara. Dibayar secara tunai juga pada harga dalam lingkungan RM50,000.
Jadi, di mana perbelanjaan wang RM1,000,000 saya ketika itu? Jawapannya hanya membelanjakan RM250,000 pada sebuah apartment dan kereta kecil- tanpa hutang.
Rata-rata kini apabila dilihat usahawan yang baru mencapai kejayaan yang kecil, ataupun bukan usahawan yang baru naik pangkat dalam pekerjaan, terus membeli rumah besar dan kereta besar. Apa yang jadi, hutang juga besar dan kemudian meletakkan diri mereka sendiri dalam satu kitaran bekerja, untuk membayar hutang. Mat salleh menggelarkannya “rat race”. Sebab itu agama kita tidak bersetuju pada konsep berhutang. Apatah lagi yang perlu bayar interest.
Bayangkan apa akan terjadi sekiranya punca pendapatan anda terhenti.
Bayangkan apa akan terjadi sekiranya punca pendapatan anda terhenti. Bayangkan keadaan anda kini. Bayangkan pula keadaan anda dan keluarga anda. Berapa tahun, bulan atau minggu anda dapat survive sekiranya punca utama pendapatan anda terhenti? 6 bulan? 3 bulan? 1 minggu?
Oleh kerana fikirkan soalan ini masak-masak, sebab itu saya tidak membelanjakan wang RM1,000,000 pada kemewahan. Tetapi pada sesuatu untuk melindungi diri dan keluarga sekiranya hilang punca pendapatan.
Inilah kisah saya lebih 15 tahun yang lalu…Kini, syukur Alhamdulillah, perniagaan telah berkembang bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara juga. Pelajar dan pelanggan consultation juga tempatan mahupun global. Apabila pendapatan lebih, dan asas gaya hidup hidup telah dilindungi, maka tak salah untuk bermewah sedikit pada rumah, tanah, melancong, dan kereta.
Ohw ya, Alhamdulillah kini saya memandu kereta Porsche yang merupakan kereta idaman ketika kecil lagi di poster sebalik pintu bilik saya. Namun saya tidak akan lupa perjalanan saya yang bermula dengan hanya kereta Kembara yang merupakan kereta pertama saya. Kini, kereta Kembara itu masih disimpan sebagai company car sebagai peringatan untuk saya. Rumah pula telah upgrade ke rumah yang lebih besar dan selesa untuk keluarga.
Nasihat saya, tidak perlu bekejar-kejar memiliki rumah besar atau kereta mewah, bercuti di luar negara sekiranya itu bukan dalam kemampuan kita. Kadang kala kita lihat seseorang itu segak bergaya, berumah besar dan kereta mewah bercuti di luar negara diletakkan di Instagram dan upload di Facebook, cuma pada hakikatnya, hutang keliling pinggang dan hidup sentiasa tertekan di dalam kitaran rat race. Mudahan dijauhkan keadaan ini dari diri kita, keluarga dan kenalan!
PS: Harap dapat kongsikan perkongsian ini kepada kenalan2 anda! 🙂
SUMBER


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pusatjagaanyatim.blogspot.com/2021/09/irfan-khairi-apa-yang-saya-buat-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usahawan Batang Buruk Hedy S Bakal Kongsi Rahsia Raih Jualan Rm1 Juta Sepanjang Pkp Dalam Program Titan Summit 2021

Usahawan Batang Buruk Hedy S Bakal Kongsi Rahsia Raih Jualan Rm1 Juta Sepanjang Pkp Dalam Program Titan Summit 2021

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 479 hits
Usahawan Batang Buruk Hedy s Bakal Kongsi Rahsia Raih Jualan RM1 Juta Sepanjang PKP Dalam Program Titan Summit 2021 Dimana ada kemahuan disitu ada jalan Bagi saya pepatah ini sangat sinonim dengan mereka yang sedang berjuang dalam perniagaa...
Saya Percaya Dalam Rezeki Saya Ada Rezeki Orang Lain Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran Rm1 1 Juta

Saya Percaya Dalam Rezeki Saya Ada Rezeki Orang Lain Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran Rm1 1 Juta

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 317 hits
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berhasrat mahu berkongsi rezeki selepas menerima ganjaran RM 1 juta bersama insan yang memerlvkan Liek Hou berkata itu perkara pertama yang akan dilakukan sebaik menerima ganjaran tersebut seperti ...
Sambut Ulang Tahun Ke 13 Debut Iu Derma Rm3 Juta Buat Golongan Memerlukan

Sambut Ulang Tahun Ke 13 Debut Iu Derma Rm3 Juta Buat Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 479 hits
IU ataupun Lee Ji eun sememangnya terkenal dengan kebaikannya Meskipun sudah popular dia langsung tidak lokek untuk memberi kepada golongan yang memerlukan Terbaru wanita genit itu telah telah menderma sebanyak 850 milion won barangan kepad...
Polisi Selidiki Pembobolan Atm Bri Rp306 Juta Di Serang

Polisi Selidiki Pembobolan Atm Bri Rp306 Juta Di Serang

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 195 hits
Analisa sementara kepolisian kata dia diduga maling naik ke atap minimarket menggunakan tangga kemudian menjebol internit Polisi sudah melakukan olah tempat kejadian perkara dan memeriksa berbagai saksi
Kedah Dapat Rm78 Juta Bantuan Banjir Tapi Hanya Rm2 Juta Untuk Sabah Soal Ahli Parlimen

Kedah Dapat Rm78 Juta Bantuan Banjir Tapi Hanya Rm2 Juta Untuk Sabah Soal Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 420 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata Sabah sepatutnya mendapat bantuan banjir lebih banyak sebagai layanan adil daripada kerajaan persekutuan KOTA KINABALU Seorang Ahli Parlimen pembangkang Sabah menyelar kerajaan persekutuan ...
Kpmg Akan Bayar Rm333 Juta Kepada Kerajaan Malaysia Untuk Penyelesaian 1mdb

Kpmg Akan Bayar Rm333 Juta Kepada Kerajaan Malaysia Untuk Penyelesaian 1mdb

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 225 hits
Bagi memenuhi semua tuntutan berkaitan dengan tanggungjawab fidusiari mereka KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa KPMG telah bersetuju dengan penyelesaian bernilai RM333 juta bagi memenuhi semua tuntutan yang berkaitan denga...
Kutip Uang Rp20 Juta Calo Proyek Di Aceh Ditangkap Polisi

Kutip Uang Rp20 Juta Calo Proyek Di Aceh Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 192 hits
Kepolisian Resor Kota Banda Aceh menangkap pria berinisial MN warga Kabupaten Aceh Barat Daya karena diduga menjadi calo proyek
Jebol Tembok Indomaret Perampok Gasak Uang Atm Senilai Rp849 Juta

Jebol Tembok Indomaret Perampok Gasak Uang Atm Senilai Rp849 Juta

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 189 hits
Dia memaparkan kejadian pembobolan ATM tersebut pertama kali oleh karyawan minimarket mengetahui tembok dan mesin ATM sudah jebol Petugas yang mendapat laporan tersebut langsung melakukan olah tempat kejadian perkara
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda